Thursday, February 7, 2013

Kebun Kecil Tepi Pagar - Segar Dari Kebun 02/02/13


Tuaian segar dari kebun kali ini adalah bendi singa (yang terus mengeluarkan hasil), kacang botor, cili solok siam dan petola segi (pokok dah hampir sampai ke hujung nyawa tapi masih berbuah dan ada yang mati). Sebiji petola segi (paling bawah dalam foto) adalah untuk biji benih.

35 comments:

Ibu Qistina said...

banyak tuaian en.adry dah rupa macam boleh buat juai dah.

cili solok tu,boleh en.adry bg tahu tak baja ada en.adry pakai dan macam mana maintanance yang en.adry buat untuk kekalkan solok tu berbuah. Saya tanam cili tak berjaya mana pun.

nadia rashid said...

sy pun tgh biarkan sebiji petola untuk benih..tapi pokok mcm dah semput2 nak hidup..sangat jeles tengok lada solok tu

Adry@Daun said...

Pkk sayuran yg saya tanam ni jenis rajin berbuah, byk la dpt hasilnya tp nk jual tu tak berbaloi. Baik bagi je kat sedara mara dan kawan2.

Cili solok tu saya memang tak bubuh apa2 baja bila pkk dah besar dan berbuah. Masa nak membesar, saya buh baja hijau. Lepas tu ia berbuah dgn lebat tanpa sebarang baja. Kalau Ibu Qis nak buh baja blh cuba baja NPK Blue Special (12:12:17:2) utk pkk cili atau baja organik.

Adry@Daun said...

@nadia rashid
Kalau buah petola segi tu dah tua, pkk mati pn dah blh gunakan biji benihnya utk tanaman seterusnya. Saya dah ada tiga biji petola utk benih, dah blh buka ladang petola dgn benih yg sebanyak tu.

Lada solok saya dah makin byk pkk yg berbuah. Buah dlm foto tu hasil drp 2 pkk. Nadia nak jeles buat apa. Nadia pn blh tanam cili solok ni.

nadia rashid said...

ada la jeles sikit..sebab yg sy semai...lagi kan nak dapat buah..bercambah pun tak..nanti akan disemai lagi..kut menjadi..bolih guna baja NPK blue special..:D

wanie ibrahim said...

sabut petola yang dah diambil benih tu boleh simpan buah sental badan masa mandi, boleh juga buat sental periuk belanga dan lantai...banyak gunanya. mat salleh panggil sabut petola tu loofa.

Adry@Daun said...

@nadia rashid
Tak pe kalau nak jeles sikit sbb ia blh jadi pencetus semangat utk tanam cili solok ni. Masa semai biji benih tu penting. Pastikan tiada semut yg memakan biji benih cili, letak kat tmpt yg tinggi dan gelap. Bila dah bercambah kena letak bawah teduhan dkt 2 bulan. Sblm pindahkan anak pkk ke tmpt baru, letak anak pkk bawah cahaya sekurang2nya tiga utk mengeraskan btg anak pkk. lps baru blh tanam. Nak pkk yg byk cabang, tanam pkk secara menyenget/condong. Anak2 pkk cili lambat nak besar, jadi kena byk bersabar..jgn patah semangat dan putus asa bila tgk pkk kecil cinonet je dalam tempoh sebulan dua.

Adry@Daun said...

@wanie ibrahim
Sabut petola segi blh dijadikan sental juga ye. Ingat kot petola sarang tu je..hehe.. Saya main buang je sabut buah petola segi ni.

nadia rashid said...

okey en adry terima kasih dengan tips dan tunjuk ajar..nanti boleh la kami yg kurang berjaya tanam ni praktik kan cara yg disarankan..kalau sebelum ni sy semai..tabur jer pada tanah..mana la tak dikutip semut benih cili tu

Ibu Qistina said...

saya pun jeles en.adry....pada saya antara tanaman yang paling mencabar adalah cili. kadang tu dah elok tumbuh tb2 daun kerinting,mengerekot terus rosak.

Dah berkali2 semai pun tak berapa nk selamat pokok2 cili saya. Terima kasih banyak2 en.adry atas info. :)

Adry@Daun said...

@nadia rashid
Tanaman cili antara sayuran yg cerewer utk ditanam dan perlu penjagaan khusus. Kalau ikut cara yg betul, biji benih cili disemai sebiji2 blm bekas semaian. Tabur atas tanah mmg kurang berkesan sbb semut akan cari biji cili utk dimakan. Sedap kot rasa biji cili ni.

Adry@Daun said...

@Ibu Qistina
Jeles tu ok sbb blh naik semangat utk teruskan usaha. Tak blh mengalah dan kena cuba lagi. Meananm cili ni mmg agak mencabar sbb byk serangan penyakit dan serangga. Yg daun jadi kerekot tu dianggap sbg barah kpd pkk cili sbb ia berpunca dari dalam pokok bkn serangan dari luar. Kalau teruk sangat, pkk cili terpaksa dimusnahkan.

suka suka said...

Salam.. tuaian En. Adry memang selalu menggembirakan...

Adry@Daun said...

As salam kak mar,
Alhamdulillah..tuaian drp tanaman sendiri mmg membuatkan tuan kebun gembira.

zamzurina zulkafli said...

Seronok tgk. Memberi semangat kepada saya :)

Adry@Daun said...

Semangat dah ada tu. Dah blh mulakan dgn dlm tempoh terdekat.

puteri purnama said...

Assalammualaikum Adrey,
Tumpang senyum2 tengok gambar hasil sayur yg menjadi.Harap2 sayur2 ku jga akan menjadi macam kebun Adry. Alhamdulillah, tahniah.

Dewberry said...

the harvest looks very promising! What are you going to cook from it?

lina_pg said...

Lada solok benih dariklate kp?tadok tempat lain tuh..kalau kaler ijo muda gitu.
Kat penang solok guna lado ijo pekak hahaha..pedas lak tuh

ummuaidan said...

salam che adry...
meriah2 ..cukuplah sayur tk 2,3 hari kan...petola tuh blhlah buat masak putih...taruk lah lada best tu...nanti blh gak buat solok lada byk2 kan..

zamzurina zulkafli said...

Petola dah mula tapi masih dalam kelambu sbb ada kekabuh timun berkeliaran

Adry@Daun said...

@puteri purnama
Wa'alaikumusallam cikgu,
Bkn setakat tumpang senyum, cikgu nak tumpang makan pun boleh tapi kena datang sini..hehe..

Sayuran yg cikgu tanam pun menjadi. Rasanya ia lebih baik drp saya.

Adry@Daun said...

@Dewberry
This harvested vegetables that I planted in the back yard. Everything is fresh and pesticide free. Some are cooked and some are eaten fresh as a salad.

Adry@Daun said...

@lina_pg
Benih lada solok siam ni beli online dari Selangor. Masa kak mein buat nasi kerabu sblm ni, puas cari lada solok tp takdak org jual. Tu yg beli benih dan tanam sendiri. Cili lain tak sesuai nak buat solok sbb saiz yg kecil dan rasanya pedas.

Adry@Daun said...

@ummuaidan
As salam ummu,
Kalau tuaian melebihi keperluan, ada yg saya simpan dlm peti ais dan beri pd org. Petola segi tu dah mcm2 menu yg dpt kitorg masak.

Adry@Daun said...

@zamzurina zulkafli
Kekabuh timun mmg suka mkn daun petola dan timun btg. Petola saya juga diserang tp saya kawal dgn semburan organik saja dan ianya berkesan.

Tiny garden said...

Maaf sebab nak tanya tntg pokok yg tak berkaitan dgn post yg ini.. Pokok yg saya maksudkan ialah pokok melur hutan. Boleh saya dapatkan pokok ini dari en. Adry atau ada tak nurseri yg jual?

Temuk said...

Assalam
Wow, cantik dan segar semuanya. Boleh penuhi keperluan 2, 3 hari juga tu rasa saya.

Adry@Daun said...

@Tiny Garden

Pkk melur tu payah nak dpt. Rasanya nurseri pokok tak jual tumbuhan yg rare mcm ni. Pkk melur hutan ni ditanam kat tepi rumah, pucuknya blh dimakan sbg ulam.

Adry@Daun said...

@Temuk
As salam cikgu,
Kalau ikut jumlah tuaian tu memang boleh dimakan untuk dua tiga hari. Saya kongsi hasil dgn sedara mara dan jiran jika tuaian melebihi keperluan.

Tiny garden said...

En. Adry, bila terbaca ulasan yg pucuk melur hutan tu boleh dibuat ulam saya begitu teringin nak tanam. Setakat ni saya cuma ada melur susun, melur selapis & melur 2 lapis. Macam mana nak dptkan cambahan?

Adry@Daun said...

Pucuk melur hutan dimakan bersekali dgn kudup bunganya. Ia sgt baik dan digalakkan utk wanita lepas bersalin. Pkk melur hutan boleh dbiakkan melalui keratan btg dan biji benih. Biji benih melur payah nak dapat sbb walaupun bunga lebat, hanya sedikit yg mnjadi buah.

Tiny garden said...

En. Adry ni tinggal di negeri mana? Kalau di sebelah utara, bolehkah semaikan saya sepkk melur hutan tu? Kalau boleh, bila dah semai nanti saya akan ke tempat tuan utk beli pkknya.

Adry@Daun said...

Rasanya tak berbaloi kalau nak dtg sendiri utk ambil anak pokok tu. Emelkan alamat ke adrymein@yahoo.com. Ada kesempatan, saya poskan keratan btg utk disemai.

Tiny garden said...

En. Adry, jutaan terima kasih.