Cili Kulai King yang saya semai dan tanam ini sama masa dengan cili solok siam. Cili Kulai King membesar lebih cepat berbanding cili solok siam tapi yang mula berbunga dan mengeluarkan buah adalah cili solok siam. Cili solok siam (barisan belakang dalam foto) dah beberapa kali dituai, cili Kulai King belum dituai kerana buahnya masih kecil. Tak sabar nak menuai cili Kulai King yang segar dari kebun. Ada lima pokok Kulai King yang ditanam, semuanya dah berbunga dan berbuah.
cili kulai king ni memang panjang dan kurus ya?
ReplyDeletekagumnye,mcm mana en.adry manage aphid dengan pokok cili banyak mcm tu? Saya sepokok pun lenguh nk spray. suka tanam cili tp kurang bernasib baik dengan pokok cili. :(
ReplyDeletesalam che adry...
ReplyDeletesy agak cili kublai king nie lebih pedas dari cili solok kan..? buat letak dlm gulai ker atau buat jeruk sedap...?
@Kniedaz
ReplyDeleteBuah cili kulai king mmg pjg dan kurus. Cili ini antara yg tinggi permintaannya di pasaran skrg. Kalau cukup nutrien, buahnya kira2 20cm pjg. Yg saya ni buahnya masih putik lagi.
@Ibu Qistina
ReplyDeletePokok cili bkn saja disukai oleh oleh aphid tp bena dan koya. Semuanya saya main tembak dgn larutan organik. Masa saya utk kebun terhad tp kena manfaat utk kawalan serangga perosak sekurang2nya 2 atau 3 hari sekali. Dlm kebun kecil saya ni dah ada lbh 30 pokok cili pelbagai jenis. Yg berbuah setakat ni, cili solok siam dan kulai king. Cili hutan pn dah nmpk putik bunganya.
@ummuaidan
ReplyDeleteCili Kulai King mmg rasanya pedas. Sesuai dimasukkan dlm masakan dan blh dijeruk. Cili ni juga dijadikan sos. Buat lada kering pn blh kot.
salam en adry..blh saya tau nama baja organik yg cik adry guna..dan blh saya tanya kat mana nak dptkan anak benih pokok cili siam dan anak benih cili kulai...?
ReplyDeleteSalam En Adry.. cili ni yg dijual di pasar2 ke..memang blur spesis cili..
ReplyDelete@IRAKI
ReplyDeleteAs salam Iraki,
Saya tak buh apa2 baja utk tanaman. Kalau ada anak2 pkk yg kurang subur, saya bubuh baja hijau, lps tu biarkan ia membesar dgn menyerap nutrien dr dlm tanah saja.
Kalau Iraki nak guna baja organik, blh cari baja guano di nurseri atau kedai pertanian. Baja tu yg terbaik utk pkk.
Biji benih cili solok siam dan kulai king tu saya beli online di www.tanamsendiri.com/ Bkn benih cili yg ni saja, cili Yong Peng pn ada dijual.
@suka suka
ReplyDeleteAs salam kak mar,
Cili Kulai King antara jenis cili yg mendapat permintaan tinggi di pasaran skrg ni. Cili yg pjg, kurus, hijau kemerahan dn kulit agak berkedut tu cili Kulai King.
oo ye ke....saya dah pernah beli benih cili dr en is..tp mungkin saya tak bernasib baik,bila semai dah jd anak pokok ok jek..tp bila dah nak membesar daunnye jd mengerekot dan terbantut..:-(kalau ada petua syer la ye..
ReplyDeletePetua dan kaedah betul nak tnm pokok cili ada saya beri dlm ruangan komen entri/posting pd 7 Feb 2013.
ReplyDeleteAssalam akk byk anak2 pokok cili kulai ni, tapi tak alihkan lagi dok berkumpul setempat je, syokknya bila tgk dah ada buah tu
ReplyDeleteAs salam kak rosa,
ReplyDeleteCili kulai king dlm kebun kecil ni ada lima pkk je. Anak2 pokok cili perlu diletak di bawah teduhan selama lbh krg 40 hari, lps tu kena ltk bwh cahaya matahari selama 3 hari sblm tanam atas tanah atau polibeg.