VIP Dedaun Alam

Tuesday, February 5, 2013

Kebun Kecil Tepi Pagar - Tanaman Luar Kebun

Anak pokok dokong daripada induk yang dibawa dari Thailand pada awal tahun 1980. Anak pokok ini disemai sendiri oleh saya.

Anak pokok duku palembang. Spesis duku yang kurang dikenali oleh generasi masa kini. Buahnya kecil dan rasanya isinya sangat manis. Disebabkan keunikan buah duku ini, saya tanam 8 pokok semuanya. Anak-anak pokok duku ini dibawa dari kampung dan disemai sendiri oleh saya.

Nangka madu. Nangka yang jadi pilihan sekarang. Ada dua pokok, sepokok lagi masih ada dalam polibeg. Selain nangka, duku dan dokong, belimbing madu juga ditanam. akan menyusul selepas ini, pokok katak puru(nam-nam), mulberi dan lain-lain.

19 comments:

  1. Assalammualaikum Adery,
    Anak pokok dokong dan nangka madu tu, bila ditanam berapa lama anggaran ia akan berbuah? Terimakasih. Saya teringin nak tanam jenis pokok buah ni.

    ReplyDelete
  2. banyak tu pokok2 buah..berbuah nanti tak abis makan...sy nak tanya en adry...pokok mempelam..setinggi paras pinggang dah..aritu ada tauke jual ckp kena cantas pucuk..tapi sy lupa bila masa yang sesuai untuk cantas...

    ReplyDelete
  3. Salam En Adry..K Mar ada semai benih buah longan dan buah dokong.. Belasah je semai.. Hidup pula..masalah nak maintain pertumbuhannya. .letak baja apa ya

    ReplyDelete
  4. Wahhh...lepas ni blh open dusun ni.

    ReplyDelete
  5. Jangan lupa tanam pokok seralat...

    ReplyDelete
  6. yang anak pokok nangka bermadu dan belimbing bermadu tu mmg baka hybrid atau mmg dia genetik manis bermadu punya ?

    ReplyDelete
  7. @puteri purnama
    Wa'alaikumusallam cikgu,
    Pokok dokong lambat nak berbuah sbb kebanyakan anak pokok disemai daripada biji benih. Ia berbuah bila berusia 5 tahun ke atas. Nangka madu jenis klon dan ia cepat berbuah, ada yg berbuah dalam tempoh 2 tahun selepas ditanam(bergantung kpd tanah dan penjagaan).

    ReplyDelete
  8. @nadia rashid
    Saya kan suka pkk sbb tu tanam byk pkk buahan yg saya suka. Tak abis mkn blh bagi kat sedara mara atau kawan2.

    Pokok mempelam blh dipangkas(bukan cantas tau) bila dah capai ketinggian 1 meter atau setahun selepas ia ditanam). Pokok mempelam kena buat pemangkasan berjadual. Pangkasan pertama dibuat pada bhgn tengah(pucuk) utk menggalakan ia bercabang dan rendang.

    ReplyDelete
  9. @suka suka
    As salam kak mar,
    Pokok dokong tu mmg sesuai jika kita semia guna bji benih tp longan ni kalau kita tanam guna biji benih, ia akan lambat berbuah atau langsung tak berbuah. Biasanya utk pembesaran, gunakan baja urea dan baja sebatian. Baja organik juga bagus utk anak2 pkk.

    ReplyDelete
  10. @zamzurina zulkafi
    Nanti blh dah berbuah, dtg la umah saya. Kita pakat mkn buah2 yg mana ada..

    ReplyDelete
  11. @nadz
    Pokok seralat payah nak jumpa skrg. Saya pn tak tau nak dptkan biji benihnya kat mana. Pokok yg ada dlm entri blog ni, tuan dia dah tebang.

    ReplyDelete
  12. @Ibu Qistina
    Biasanya pkk buahan yg ada nama madu ni jenis klon. Pakar2 botani kacuk klon/baka utk hasilkan varieti baru yg lbh baik. Nangka madu klon Mastura tu hasil kacukan dua klon nangka yg lain.

    ReplyDelete
  13. okey terima kasih..dipangkas noted!..lambat lagi lah setahun..bln 7 thn ni...akan dipangkas..:D

    ReplyDelete
  14. Dipangkas atau org putih kata pruning. Potong btg bhgn tgh setinggi 1 meter dr tanah supaya pkk mangga keluar cabang dan tak naik tinggi macam pkk balak..hehe.. Nadia selalu tgk pkk mangga yg org tanam dlm ladang besar kan? Kena buat mcm tu, baru pkk rajin berbuah. Baja jangan lupa ye. Penting semasa pkk nak membesar ni.

    ReplyDelete
  15. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  16. en adry kalau nak semai benih seperti duku,langsat atau dokong semai dr biji buah tersebut ke?

    ReplyDelete
  17. Saya nak tau cara mula2 menyemai biji longan. Saya beli buah longan yg sgt sedap tapi tak tau cara nak memulakan.

    ReplyDelete
  18. Saya nak tau cara mula2 menyemai biji longan. Saya beli buah longan yg sgt sedap tapi tak tau cara nak memulakan.

    ReplyDelete
  19. Saya nak tau cara mula2 menyemai biji longan. Saya beli buah longan yg sgt sedap tapi tak tau cara nak memulakan.

    ReplyDelete