Tuesday, March 5, 2013

Teresek


Teresek merupakan salah satu masakan tradisional Kelantan. Teresek ada dua jenis yang biasa dimasak iaitu teresek kacang panjang dan teresek jantung pisang. Teresek dalam foto dimasak oleh bonda saya adalah gabungan keduanya. Bahan utamanya adalah hirisan jantung pisang, kacang panjang, cili hijau besar, isi ayam yang dicarik-carik, 'keropeh' ayam iaitu bahagian leher, kaki serta pedal. Teresek juga boleh dimasukan batang keladi setawi(spesis keladi yang semakin sukar untuk dijumpai sekarang). Masakan tradisional ini juga bukan mudah untuk didapati kerana biarpun cara memasaknya nampak ringkas tapi ia sebenar perlukan kemahiran untuk memberi rasa teresek yang sebenar. Jika tak kena cara, ia akan sekadar menjadi gulai/masakan kari yang biasa.

p/s : Siapa yang pernah makan teresek, sila angkat tangan..hehe..

27 comments:

kasihibu said...

Tak pernah dan baru hari ni mendengarnya
walaupun pernah duduk pantai timur 2 tahun++

ummuaidan said...

sedap nie teresek nie..ingat dulu pernah makan yg jantung pisang...peehhh mmg bertambah2 nasinya..

lina_pg said...

Masakan bonda tentunya terbaik..Time balik CNY dah makan teresek kenduri tapi xsedap rasa cam gulai jerr.Lagipun jantung pisang dipotong agak kasar.Pastu bonda wat wat lagi sekali, suma boleh merasa..

rostina76 said...

saya angkat tangan......lamanya xmakan

Adry@Daun said...

@kasihibu
Teresek ni payah sikit nak dapat. Yg dijual pun tak byk, dlm bulan puasa baru blh jumpa org jual sbg juadah berbuka.

Adry@Daun said...

@ummuaidan
Sedap teresek ni tp pyh nk cari yg org jual skrg. Nk mkn kena buat sendiri.

Adry@Daun said...

@lina_pg
Bonda memang terer masak. Kalau bonda buat teresek guna btg keladi lagi sedap. Keladi setawi pun dah pupus kat rmh kita. Tak tau kat mana nk dptkan benih keladi tu skrg.

Adry@Daun said...

@rostina76
Lama tak makan tu maknanya sblm ni biasa mkn teresek kan. Saya pun dah bertahun tak merasa teresek ni. Blik kg minggu lps bonda ada buat. Tak lps peluang utk mkn dan ambil gmbr sekali.

nadia rashid said...

sy dah angkat tangan...lama betul tak makan tresek ni...dulu2 kalu org kenduri kawin mesti ada lauk ni..pakat2 buat...loni payah semuanya pakai catering

@na said...

salam adry, sedaapnye teresek tu...mkn dgn nasi panas2 mesti bertambah2 nye lah

ezzyra said...

(angkat tangan) sedapnya...lapar2

Anonymous said...

I am curious to find out what blog platform you're working with? I'm experiencing some minor security problems
with my latest website and I'd like to find something more safeguarded. Do you have any solutions?

Stop by my weblog :: hair loss prevention in women

MarnieyZ said...

tak pernah rasa pun. kesian sya. =.="

Adry@Daun said...

@nadia rashid
Dulu2 teresek ni jadi antara menu utama dlm kenduri tp skrg ia semakin lenyap. Bkn saja ramai org guna catering tp tak ramai yg berminat nak buat teresek ni. Generasi muda pun hanya segelintir yg tahu tentang teresek ni. Suatu masa nanti, mungkin ia hanya tinggal nama dan kenangan.

Adry@Daun said...

@ @na
As salam @na,
Teresek ni kalau dibuat dgn cara yg betul mmg sedap. @na biasa mkn teresek tak?

Adry@Daun said...

@ezzyra
Sedap la teresek ni tp kalau nk makan kena balik kg sbb kat tmpt lain takdok org buat..

Adry@Daun said...

@MarnieyZ
Kalau Marniey nak rasa teresek ni kena buat sendiri ye sbb kat Sabah rasanya tak ada org buat masakan yg mcm ni.

dari dapur nasya said...

sedaknyo cik Daun teresek nie....

Kniedaz said...

baru ni dengar teresek ni

Adry@Daun said...

@dari dapur nasya
Nasya dah biasa makan teresek ni kan. Memang sedap.

Adry@Daun said...

@Kniedaz
Teresek ni jenis makanan tradisional Kelantan. Kalau mereka yg berasal dari Kelantan, kawin atau kawan dgn org Kelantan atau pernah ke sana tahu tentang masakan ni.

Temuk said...

Assalam. Cuma boleh angkat-buka mata saja! Sebelum baca eseinya, saya cuba nak pastikan apa bahan-bahan di dalamnya dan agak kenapa namanya begitu. Terima kasih berkongsi cerita, sebab memang tak pernah lihat, apa lagi merasa juadah spesial tu.

Dewberry said...

Wow! You have such a beautiful plate! It's very beautiful!

Adry@Daun said...

@Temuk
As salam cikgu,
Teresek ni kalau cikgu nak merasa kena gi Kelate sebab ianya berasal dari sana. Bahan2 untuk buat teresek ni mudah diperolehi tapi nak membuatnya perlukan kemahiran. Saya suka teresek kerana ia tradisional dan sukar untuk dapatkannya.

Adry@Daun said...

@Dewberry
Hi Dewberry...,
beautiful plate in the photo belongs to my mother. Roses pattern on the plate makes it more beautiful.

EmbunRosaliza said...

Sedapnya teresek bonda ni, hurmm akk buat pun tak jadi mcm bonda, rupanya semua rempah tu bonda buat sendiri , tak guna kari ke apa

Adry@Daun said...

Kalau bonda buat tersek guna batang keladi setawi buh kaki dan pedal ayam lagi sedap. Itu yg membezakan teresek ori dgn teresek tak ori iaitu guna rempah buatan sendiri.