VIP Dedaun Alam

Tuesday, March 12, 2013

Cempaka Keling


Cempaka keling adalah tumbuhan hiasan renek dalam famili Magnoliaceae. Nama botaninya, Michelia  Figo/Magnolia Figo dan Magnolia Fuscata(kelopak bunga berwarna putih seperti dalam foto). Pokok cempaka keling telah lama ditanam sebagai hiasan laman kerana bunganya berbau sangat harum. Bunga ini antara bunga yang saya paling suka baunya. Bau bunganya seakan pisang masak dan seolah-olah ianya manis. Pokok bunga cempaka keling dikenali dengan nama banana shrub kerana baunya. Ia jenis pokok yang lambat membesar dan ketinggian sekitar 4-5 meter jika ditanam di atas tanah. Sekiranya pokok ini ditanam sebagai pokok pasuan, ketinggiannya hanya sehingga 2 meter sahaja.

21 comments:

  1. Assalam che adry
    ade beza yer diantara cempaka biasa ngan cempaka keling..sy pun dah lupa baunya ..:)

    ReplyDelete
  2. As salam ummu,
    Byk bezanya antara cempaka biasa dgn cempaka keling ni. Cempaka keling pkknya rendah saja, daunnya kecil, bunganya sebesar jari dan baunya sgt harum berbanding cempaka telur dan cempaka putih.

    ReplyDelete
  3. biasa org jual berapa ni anak pokok? pokok cempaka jenis yg biasa diumah mak sy tak berbunga pun...apa silap tah..ingat nak tanam jugak..tp fikirkan takut susah nak berbunga

    ReplyDelete
  4. cempaka keling? first time dgr ni. huhuhu

    ReplyDelete
  5. @nadia rashid
    Harga anak pkk cempaka keling di nurseri biasa dr RM4-RM10 sepokok. Cempaka keling jenis cpt berbunga berbanding cempaka telur dan cempaka putih(ditanam sbg hiasan tepi jln).

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalam, boleh x saya nak dapatkan benih pokok ni dari abg? Berapa harga abg nak jual, sy tertariklah..

      Delete
    2. Wa'alaikumusallam, pokok cempaka keling yang dlm gambar ni mak saya yang tnm kat kampung. Kalau nak tanam, blh beli kat nurseri.

      Delete
  6. @MarnieyZ
    Bunga cempaka dah lama org tnm sbg pkk hiasan. Marniey blm ada, pkk ni dah ada tau.

    ReplyDelete
  7. salam
    saya ingatkan cempaka telur dan cempaka keling adalah sama..:)
    baca info kat sini baru tau

    ada cempaka putih kat laman rumah,tgh cari cempaka jenis lain pulak ni..thanks..info yg menarik

    ReplyDelete
  8. menarik.. bunga tu masih kudup atau memang macam tu rupanya?

    ReplyDelete
  9. @Kamsiah
    As salam kak Kamsiah,
    Cempaka telur bunga lbh besar drp cempaka keling. Bau kedua2 bunga tak sama. Kudup bunga cempaka keling ada bulu2 halus seakan baldu. Cempaka putih pula jenis pokok besar, bunganya juga bersaiz kecil berbanding cempaka telur dan lbh lonjong bentuknya.

    ReplyDelete
  10. @Nudabuffy
    Bunga cempaka keling ni masih kudup. Kelopak bunga yg ni berwarna putih dan spesis cempaka keling yg berwarna seakan merah jambu dan peach.

    ReplyDelete
  11. Bestnya bau cempaka keling ni...masih terbau2 keharumannya

    ReplyDelete
  12. Cempaka keling yg ni varieti baru kot. Kalau yg dulu2(tiga kelopak) lbh harum dan manis baunya. Mungkin dah pupus jenis tu.

    ReplyDelete
  13. Alhamdulillah jumpa jugak saya nama pokok ni. Terima kasih

    ReplyDelete
  14. Yg ni mmg nama sebenar utk pkk drp spesis cempaka. Ada dua jenis yg biasa org tnm sbg pkk hiasan.

    ReplyDelete
  15. Teringat arwah nenek, dia suka amik letak ngan telekong solat/bwh bantal tido, mmg wangi bau bunga ni... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bunga cempaka keling ni antara bungaan yg harum kesukaan saya. Baunya harum2 manis..

      Delete
  16. saya mencari bunga cempaka merah..mana boleh dapat?

    ReplyDelete
  17. Nk dptkan ank pokok cempaka dll..
    #0139101272
    #Zgarden

    ReplyDelete