Nama Botani : Psophocarpus tetragonolobus
Famili : Fabaceae/Leguminosae
Kacang botor atau juga dikenali dengan nama kacang botol merupakan tumbuhan jenis menjalar/memanjat yang dipercayai berasal dari Afrika Timur, Utara India dan Papua New Guinea. Kacang botor mempunyai daun jenis trifoliat dan berbunga pada ketiak daun dengan bilangan 2 hingga 10 kuntum bagi setangkai bunga. Bunganya berwarna biru, putih, merah dan kuning mengikut baka. Buah kacang botor panjang dan berbentuk empat dengan empat sayap pada setiap segi. Pokok kacang botor mula berbunga dan mengeluarkan setelah dua setengah hingga 5 bulan ditanam. Tempoh berbuah selepas ditanam adalah mengikut baka. Buahnya sesuai dipetik sebelum 20 hari selepas berbunga dan ia akan matang setelah berusia 65 hari.
Buah muda kacang botor mengandungi protein, mineral, kalsium dan Vitamin A. Daunnya mengandungi protein, mineral, Vitamin A dan Vitamin B. Biji buah yang masak mengandungi air, protein, karbohidrat, lemak dan fiber. Asid amino yang terdapat dalam kacang botor hampir sama dengan kacang soya.
Selain buah, daun dan bunganya juga dijadikan makanan. Ada baka kacang botor yang mempunyai ubi di dalam tanah dan ia juga boleh dimakan. Biji buah kacang botor boleh diproses sepertimana kacang soya. Daun kacang botor yang dikeringkan dan dijadikan sebagai teh digunakan untuk mencuci mata yang bengkak, bisul dan kudis. Untuk merawat bisul, daunnya yang ditumbuk lumat ditampal pada tempat berkenaan. Daun serta biji kacang botor yang dimasak dan dimakan dikatakan dapat merawat bisul dan ulser. Akar pokok ini direbus dan diminum airnya sebagai meredakan vertigo. Buah kacang botor mengadungi tokoferol yang bersifat anti penuaan dan antioksidan. Bagi penggemar kacang botor, ianya awet muda.
17 comments:
baru hari ni tau ubinya boleh makan juga, tengkiyu, bertambah ilmu saya
Assalammualaikum en adry....sya suka kacang botor..tp semai aritu...x tumbuh apa...huhuhu...mmg ssh nk bercmbh ke?
@smRose
Tak semua baka kacang botor ada ubi. Yg jenis ada ubi, pkk baru akan tumbuh semula selepas pkk lama dah mati.
@hitomi lavender
Wa'alaikumusallam Yana,
Lama tak dgr cite ni.. Mana Yana menghilang? Biji benih kacang botor jenis yg payah nak bercambah. Saya semai lima biji, yg berjaya hidup dan berbuah hanya dua pkk, yg lain2 mengucapkan selamat tinggal dunia.
Assalamualaikum en.adry,
tak sangka kacang botol ada banyak khasiat dan pertama kali saya dengar biji kacang botol boleh proses jadi macam kacang soya. tak dapat nk bayang rasa dia mcm mana....hehe. Kalo sape2 tak minum air kacang soya boleh la gantikan dengan makan kacang botol since khasiat dia sama je kan. :)
Assalam En Adry.. wah sempurna sungguh rupa kacan ni.. pokok K Mar masih renek lagi.. moga-moga serupa ni juga hasilnya
Best ni kcg botoi hihi..ingat dulu kat belakang umah ada pokok ni sangat rajin berbuah pastu menjalar atas pokok nyor..jenuh nk amek buah huhu
Salam. Saya suka juga berkebun. Kacang botor tuan tu nampak cantik. Kalau cicah budu, sedap gier tau.
Dari tuanpunya blog..MENCARI DAMAI DI LANGITMU.
Akk suka ulam kacang botol, kat umah akk ni ada juga tanam pokok ni, tapi selalunya kalo panas pokok2 ni layu je n daun kuning, sian lak tgk
salam adry, tima kasih atas info ni...kawan saya ada masalah vertigo..kdg tu sampai kena masuk wad..kalau mcm ni bolehlah bagi dia cuba..t/kasih
@Ibu Qistina
Wa'alaikumusallam Ibu Qis,
Sebenarnya byk tumbuhan yg ada di sekitar kita punyai khasiat tersendiri tp kita yg terlepas pandang. Kalau biji kacang botor diproses jadi minuman, rasanya hmpir sama dgn kacang soya krn kandungan bhn yg sama. Kacang botor lbh baik sbb ia awet muda. Sapa2 yg teringin nak minum air kacang botor ni, blh la tnm pkk byk2, tuai buah yg tua. Lps tu proses jadi minuman. Saya pun mcm terasa nk mencuba tp buah yg tua ada tiga biji je. Yg lain2 makan sbg ulam.
@suka suka
As salam kak mar,
Kacang botor yg saya tnm ni jenis rajin berbuah. Biarpun ada 2 pkk saja tp bekalan buahnya tak putus.
@lina_pg
Pokok kacang botor ni kalau kita biarkan ia memanjat pkk tinggi, jenuh la nak ambik buah sbb ia blh naik setinggi yg boleh.
@ABAH
Berkebun ni baik utk kita sbb ianya aktiviti yg sihat dan kita blh mkn sayuran segar. Bendi yg ditanam sendiri jauh lbh segar berbanding yg kita beli dari pasar. Kebanyakannya dah lebam pd bhgn sayap buah.
@EmbunRosaliza
Bagus la tu sbb blh awet muda kalau mkn ulam kacang botor ni. Pkk kacang botor ni jenis lasak, biarpun panas kering pkknya tetap bertahan tanpa layu. Ada sesuatu yg tak kena jika ia layu dan kekuningan semasa panas. Mungkin tanah sekitarnya kekeringan sbb akak tak siram..hehe..
@ @na
As salam @na,
Masalah vertigo ni blh menyebabkan rasa berpusing. Minum rebusan akar kacang botor ni dikatakan berkesan utk mengatasi masalah vertigo.
I take pleasure in, lead to I discovered exactly what I used to be taking a look
for. You have ended my four day long hunt!
God Bless you man. Have a great day. Bye
Look at my homepage - weider adjustable dumbbells review
Post a Comment