VIP Dedaun Alam

Friday, March 22, 2013

Kebun Kecil Tepi Pagar - Terima Kasih

Ucapan terima kasih ini sebenarnya ditujukan kepada ejen penting dalam kebun kecil saya. Mereka memainkan peranan penting dalam pendebungaan. Tanpa kerja yang tak pernah tahu erti penat oleh mereka, tumbuhan biasanya tidak produktif. Terima kasih ejen debungaku.

Ejen yang paling saya suka iaitu kelulut. Satu spesis lebah yang jarang dapat dilihat tapi mereka sentiasa ada dalam kebun kecil, pagi dan petang.

Lebah tukang atau lebih dikenali sebagai kumbang antara ejen penting dalam pendebungaan.

Lebah kecil juga tak ketinggalan untuk menghisap madu dari bunga jantan peria kampung.

Ini bukan lalat rumah sebab ia mencari bunga untuk dapatkan madunya.

8 comments:

  1. lebah tukang tu mmg salu nampak di petak hijau....nyaris saya halau.... tq en adry sbb share info

    ReplyDelete
  2. sekarang musim dah start panas..memang banyak agen2 ni...agen perosak pun sama..

    ReplyDelete
  3. Assalam ooooh namanya lebah tukang ke, tukang korek tiang kayu umah orang heheh. Hurmmm sampai la ni akk panggil kumbang heheh.

    Sempat lagi tu snap gambar serangani ya

    ReplyDelete
  4. assalammualaikum Adry,
    kelulut ni, sejenis lebahkan.
    Peria jantung saya pun didebungakan oleh lebah ni..dia comelkan..hehehe dia wajar disukai.

    ReplyDelete
  5. @zamzurina zulkafli
    Lebah tukang atau org panggil kumbang ni jenis penghisap madu. Ia akan menolong kita dan tak akan merosakkan tumbuhan yg ditanam.

    ReplyDelete
  6. @nadia rashid
    Betul tu, bila musim panas mcm2 serangga yg muncul samada nk menolong kita atau nk merosakkan pkk yg kita tanam.

    ReplyDelete
  7. @EmbunRosaliza
    Nama betul utk serangga yg kita panggil kumbang tu, lebah tukang. Mungkin sbb dia pandai buat lubang kat kayu mcm tukang.

    ReplyDelete
  8. @Puteri Purnama
    Wa'alaikumusallam cikgu,
    Kelulut ni jenis lebah kecil tanpa sengat. Dlm kebun kecil saya, ia plg suka madu bunga peria dan bunga cili.

    ReplyDelete