Apa agaknya yang terselindung dan ada di bawah pasu ini? Kali ini saya ingin kongsi tip dan kaedah mudah serta ringkas untuk menyelamatkan anak-anak pokok yang baru dialihkan ke tempat baru dalam musim/cuaca panas. Biasanya bahang matahari akan menyebabkan anak-anak pokok menjadi layu. Pada waktu pagi, kita lihat pokok yang baru dialihkan masih segar tapi bila petang, ia akan layu. Paling merisaukan, anak pokok akan melecur, kekeringan dan mati dek kepanasan pada waktu siang. Untuk kebun berskala kecil, saya guna dua cara iaitu menggunakan jaring hijau sebagai peneduh. Kaedah ini berkesan tapi ianya agak cerewet kerana kita perlu memasang jaring menggunakan kerangka ringkas. Jaring ini akan melindungi seluruh kawasan yang ditanam dengan pokok baru. Cara atau kaedah kedua yang saya sering pratikkan untuk kebun kecil ni adalah menggunakan pasu kecil kitar semula. Pasu-pasu kecil ini biasanya kita dapat percuma apabila membeli anak-anak pokok daripada nurseri. Pasu kecil ada dua jenis iaitu yang dibuat menggunakan tanah liat dan plastik. Kedua jenis pasu sesuai digunakan sebagai peneduh ringkas dan mudah alih. Caranya mudah saja, bila anak pokok dah ditanam di tempat baru, siram dulu sebelum tutup dengan pasu kecil. Biarkan pasu kecil itu selama seminggu atau lebih. Siraman perlu dibuat melalui lubang dan bahagian tepi pasu tanpa mengangkatnya.
Anak pokok cili yang berada di bawah lindungan pasu kecil selama hampir dua minggu. Ini untuk pastikan akar barunya telah keluar dan dapat mencari air serta nutrien untuk pokok. Ia tak akan layu dek kepanasan dan paling penting, selamat daripada gangguan/serangan serangga atau haiwan perosak seperti siput, cengkerik dan lain-lain.
Hmm.. nampak sihat.. keperluan cahaya tak terjejas ya?
ReplyDeletesalam che adry...
ReplyDeletebagus jgk cara tuh...sy selalu guna tin recycle..tebuk kat atasnya..bolehlah jgk tahan panas...:)
@Nudabuffy
ReplyDeleteAnak2 pkk akan sihat sbb tak terjejas dgn kepanasan. Keperluan cahaya tak terganggu sbb guna pasu yg ada lubang. Sekurang2nya ada satu lubang, lg byk lg baik. Kebanyakan anak2 pkk dlm kebun menggunakan kaedah ini.
@ummuaidan
ReplyDeleteAs salam ummu,
Cara ni ringkas sbb gunakan pasu recycle saja. Cara yg ummu guna tu pun ok tp nk kena cari tin dan buat lubang. Pasu2 ni dah ada lubang, tak kena tebuk..hehe..
terima kasig..tips yg sangat berguna utk saya...
ReplyDeletesalam che adry, saya blh apply tips ni pd telang yg baru saya pindah ke dlm pasu...t/kasih
ReplyDelete@CT
ReplyDeleteCT blh guna kaedah ni tp kena ada stok pasu recycle. Saya mmg ada byk pasu kecil ni.
@ @na
ReplyDeleteAs salam @na,
Anak pkk telang pun blh guna kaedah ni. Siram sekali pd waktu pagi atau ptg pun dh memadai kalau tak sempat dua kali sehari. Anak2 pkk yg bwh lindungan dlm kebun kecil saya skrg adalah labu manis dan petola sarang. Biarpun tak smpt siram, anak2 pkk masih segar.
boleh tiru ni en adry...kat umah ni ada pasu orkid yang kosong..pasu orkid byk lubang cahaya..thanks for sharing
ReplyDeleteLynn pulak cuba selamatkan anak pokok dr serangan lintah bulan & siput dgn botol mineral yg dibelah dua. Tapi sbb cuaca panas & berkuap, anak2 sunflower terus kecut dan mati.. alahai..
ReplyDelete@nadia rashid
ReplyDeleteBlh nk tiru sbb cara ni simple je. Saya pun plg byk guna pasu orkid sbb ringan dan byk lubang.
@lynnhelite
ReplyDeleteRuang antara botol mineral yg dibelah dua tu agak sempit utk pkk. Saya guna pasu recycle sbb ruang yg luas dan anak2 pkk selesa berada di dalamnya. Kat tmpt saya, waktu musim panas mencapai 35 darjah Celcius. Pkk sayur yg besar pn blh layu dgn bahang panas. Anak bunga matahari pun saya lindung dgn pasu, skrg dah ada yg berbunga.
Assalam, Adry
ReplyDeleteTip yang sangat praktikal. Thanks for sharing.
Bahang panas sekarang ini memang hebat. Kita pun tak tahan dengan tikaman matahari, apa lagi pada waktu tengahari. Biasa jugakah Adry tutup pangkal pokok dengan buangan rumput kering? Mereka panggil "mulching", ya? Ada juga saya cuba, tapi pucuk pokok tetap layu. Lagipun kucing-kucing jiran suka menyenangkan diri di situ.
I usually use big, plastic bottles to create a mini greenhouse for my plants.
ReplyDeleteen adry.....praktikal blh ditiru
ReplyDeleteohh, mcm tu yaa. patut lah tanam pokok selalu layu, cara yg tak betul. huhuhu
ReplyDeleteAssalam , takterfikir pun sebelum ni nak buat mcm ni, banyak pokok cili akk di mkn pucuk oleh menatanag apa tah,habiskudung pokok2 yg masih kecil tu, tq berkongsi tip ini
ReplyDelete@Temuk
ReplyDeleteAs salam tuan,
Bahang mentari pada waktu siang boleh menyebabkan pokok yg baru ditanam mnjadi layu dan kekeringan. Jika kita tak tutup tanaman baru, byk yg akan mati. Saya tak biasa tutup pangkal pokok dgn sisa rumput/rumpai sbb ia akan jadi tmpat serangga berumah tangga dan bila hujan, benih rumpai akan bercambah.
@Dewberry
ReplyDeleteHi Dewberry,
In Malaysia, the temperatures during the day reaching up to 35 degrees Celsius, the use of light transparent material is not suitable because it can not filter the light and heat of the sun.
@zamzurina zulkafli
ReplyDeleteBlh nak tiru sbb pd saya ianya berjaya. Semua pkk yg dialihkan berjaya hidup dgn baik selepas peneduhnya dibuka.
@MarnieyZ
ReplyDeleteCara ni blh guna waktu panas terik, kalau musim hujan, anak pokok tiada masalah untuk teruskan hidup.
@EmbunRosaliza
ReplyDeleteAs salam kak rosa,
Lps ni akak blh guna cara ni utk anak2 pkk. Ianya berkesan, simple dan kitar semula.