VIP Dedaun Alam

Sunday, February 27, 2011

Buah Apa?

Biji benih buah ini disebarkan oleh angin

Biji benih mempunyai kepak nipis yang membolehkan ia terbang atau melayang sejauh mungkin bila ditiup angin.

Pernahkah pembaca melihat biji benih seperti dalam foto di atas? Kenal atau tidak buah apa yang menghasilkan biji benih seperti ini? Mungkin ada yang mengenalinya tetapi pasti ada yang belum pernah melihatnya. Buah yang menghasilkan biji benih ini boleh dimakan tetapi tidak secara segar.

Klu :
1. Buah ini akan terpecah bila tiba masanya dan biji benih di dalamnya akan tersebar ke kawasan berhampiran dengan cara terbang atau melayang. Buahnya menghasilkan biji benih yang banyak dalam sebiji buah.
2. Selain daripada buahnya yang boleh dimakan, pucuknya juga boleh dijadikan ulaman. Buah ini mempunyai rasa yang sedikit pahit.

Nota : Tiada sebarang hadiah akan diberikan kerana ia sekadar untuk santai dan menguji pengetahuan pembaca sahaja. Terima kasih.

Jawapan : Untuk lihat buah segar yang menghasilkan biji benih unik ini, sila klik di sini.

10 comments:

  1. Assalam...yg ni awal2 lg angkat bendera la...ada iras ngan buah sena, tapi akk tau itu bukan jawapannya.

    Kena tunggu jawapan keluar lah nanti

    ReplyDelete
  2. As Salam kak rosa,
    Kalau akk jwb buah sena, mmg tak tepat la sbb org tak mkn buah sena..hehe.. Esk klu kedua akn diberi.

    ReplyDelete
  3. Assalam..tak kan buah beko kut...biji dia gitu ke en daun..akk tak pernah tgk la biji benih tu

    ReplyDelete
  4. As salam kak rosa,
    Biji benih buah beko la tu. Biji dia kecik. Bila dh tua, kulitnya akn terbuka dn biji benih akn terbang, sekali tgk mcm salji tu.. Biji dlm n3 ni diketuk dgn galah sbb nk tgk rupanya..hehe..

    ReplyDelete
  5. ...memang tak pernah
    tengok benih buah beko....makan pun tak pernah...tengok pun kat pasar je...
    sbb tu saya diam...tak jawab....he he

    ReplyDelete
  6. En zul tak pernah mkn buah atau pucuk beko ye. Mmg tak kenal la biji benih dia lagumana. Pokok beko byk tak org tnm kat Phg?

    ReplyDelete
  7. As-Salam
    Menakjubkan, biji beko yang begitu nipis dan ringan itu bakal melayang-melayang dan singgah di mana-mana untuk bertunas dan meneruskan kehidupan. Ada sesetengah kita, macam sayalah, usahkan buah beko yang sukar ditemui tu, sayur-sayuran yang di pasar tu pun, banyak lagi jenis-jenis yang belum dirasa. Nak beli, hati berkata-kata, dan tak pasti pula masaknya cara macam mana.

    ReplyDelete
  8. As Salam cikgu,
    Buah beko akan 'meletup' bila tiba masanya dan biji2 benih di dalamnya akn berterbangan mengikut angin dan jatuh di tmpt ia untuk bercambah dan tumbuh menjadi pokok beko yg baru. Siapa sangka buah beko yg besar tp biji benihnya nipis dn boleh melayang-layang! Sama spt saya, bila pergi ke pasar pasti akn jumpa sayuran atau ulaman yg blm penah dilihat apatah lagi memakannya. Selalunya saya akn bertanya si penjual nama dn bagaimana cara utk makan/masak sayuran atau ulaman tersebut.

    ReplyDelete
  9. ni benih buah beko,,buah dia pon nipis saja,tapi panjang.,bakar potong nipis2 buat kerabu..sangat sedap..

    ReplyDelete
  10. Buah beko yg matang mmg sdp dibuat kerabu. Nk membuatnya tu yg org x brpa suka sbb agk rumit.

    ReplyDelete