VIP Dedaun Alam

Sunday, October 9, 2011

Nona

Buah nona yang masih muda. Ini buah nona yang sebenar/asli. Nona biasanya menimbulkan percanggahan pendapat ramai kerana terkeliru dengan saudara rapatnya, nona serikaya atau buah sekaya.


Nama Botani : Annona Reticulata L
Famili : Annonaceae

Pokok nona berasal dari Amerika Tengah. Ia kini banyak ditanam di Malaysia dan Indonesia. Ketinggian pokok nona adalah sederahana iaitu sekitar 3 hingga 7 meter. Seluruh bahagian pokok nona mempunyai aroma yang kuat jika terluka. Buahnya berbentuk seakan sfera tetapi sedikit bujur seperti gasing dan berdiameter diantara 5-12 cm. Buahnya hampir sama dengan saudara rapatnya iaitu nona serikaya atau buah sekaya . Pokok nona dibiakkan melalui biji benih dan keratan batang. Anak pokok dari benih menghasilkan buah yang lebih berkualiti berbanding anak daripada keratan batang. 

Sedikit kulit pokok nona dimasak dengan air sehinggalah air itu tinggal separuh. Air rebusan tersebut diminum sebanyak tiga kali sebagai astrigen untuk menyembuhkan cirit- birit dan disentri. Air rebusan ini juga boleh digunakan untuk meredakan demam dengan menyapu ke badan. Ia juga diminum untuk melawaskan pembuangan air kecil. Daun pokok nona dalam foto ini sangat berjasa kepada tuannya kerana sering digunakan untuk mengurangkan kepanasan badan akibat demam. Ambil daun segar nona, ramas bersama air. Air tersebut digunakan untuk menjaram kepala dan badan. Gunakan tuala kecil yang bersih yang dicelup dalam air ramasan daun nona dan diperah. Letak tuala tersebut pada bahagian dahi. Cara ini akan menurunkan kepanasan akibat demam. Daunnya juga digunakan untuk merawat bisul. Akar pokok nona mempunyai toksik dan ia boleh menyebabkan kematian kepada manusia.

22 comments:

  1. Assalam en daun , akk tak pernah mkn lagi buah nona, tgk kat pkk org je, nk beli takut x sdp pulak. byk manafaatnya ya pkk nona ni

    ReplyDelete
  2. As salam kak rosa,
    Akak beli la buah nona ni. Sdp rasanya. Buah ni sepupu sepapat durian belanda. Byk juga gunanya pkk selain buah yg blh dimakan.

    ReplyDelete
  3. Assalam ADRY
    Saya gemar isi nona yg sudah ranum, walaupun teksturnya agak kasar. Bijinya yang banyak boleh mengganggu kita menikmati buah ini. Nampaknya permukaan kulit nona yg Adry paparkan kelihatan licin. Yg pernah saya beli di pasaraya, lebih berbinjul-binjul, sekalipun serata binjul-binjul itu.

    ReplyDelete
  4. As salam cikgu,
    Isi nona yang ranum mmg sedap. Ia juga mempunyai pelbagai zat dan khasiat utk badan kita. Nona yang kulitnya berbinjul2 tu mungkin dr spesis annona squamosa atau nona serikaya.

    ReplyDelete
  5. aslmkm..
    alla pernah mkn buah nona ni.. sedap sgt2 rasanye.. bonda yg beli.. dia ckp sdp. alla try mkn mmg sedap.. siap amk separuh bwk blk penang.hehe.. en rock ngn ucu pun dan mkn ckt.. tp ucu mkn dh x fresh la sbb masa tu bln posa.. sari suntuk buah tu dok dlm kete pstu mlm baru blh mkn lps bkk posa

    ReplyDelete
  6. As salam alla,
    Alla mkn buah nona yg mana? Buah yg mcm dlm foto atau buah nona yg kulit berbonggol2 tu? Yg tu nona serikaya atau buah sekaya. Yg dlm foto ni nona yg ori....

    ReplyDelete
  7. Kecik2 mmg mkn atas pokok je buah ni, mmg sedap.... :P

    ReplyDelete
  8. buah nona ni pokoknya besarkan...

    ReplyDelete
  9. dah lama xmakan buah nona nie,kat kampung dulu ada la,skrg nie susah nak cari buah nona nie..semakin pupus...

    ReplyDelete
  10. :Melati Qistyna's Mummy
    Hehe...best tu mkn buah yg dipetik segar dr pokok. Itu baru segar yg betul2 segar...

    ReplyDelete
  11. :muazlumut
    Pokok ni tinggi maksimumnya kira2 dua tingkat bangunan. Tak terlalu tinggi, sesuai ditanam di kawasan rumah.

    ReplyDelete
  12. :DeQWa
    Dulu pokok nona ni byk org tnm tp skrg dh mkin pupus. Nk cari pn kna gi pasaraya atau pasar. Nona dh ditanam secara ladang krn ia bersifat komersil.

    ReplyDelete
  13. bau buah ni pun wangi kan?
    sya dah lupa rasa buah ni, masa kecik2 adalah buah ni di kampung arwah atok

    ReplyDelete
  14. tak pena jumpa dan tak pena nmpk. nie 1st. huhu

    ReplyDelete
  15. :kasihibu
    Buah nona berbau tp tak terlalu kuat. Aromanya wangi dn isinya sedap. Pkk nona ni suka mati dgn sendiri kalau tak kena gaya. Mcm merajuk sikit bila berbuah dgn lebat tp org tak ambik buahnya.

    ReplyDelete
  16. :Marniey
    Buah nona ni dah makin payah nk jumpa sbb tu ia krg dikenali tp buah nona ada dijual di pasaraya tertentu. Cuba Marniey gi tgk kat bhgn buahan.. Ada kot buah nona ni.

    ReplyDelete
  17. buah2 asli ni kalau tak ditanam berterusan akan pupus jadinya....

    teknologi mengklonkan buah2 asli dengan spesis yg hampir sama,maka wujudlah wariaty baru yang memungkinkan ketahanan berkurangan........walaupun dari segi zahir pokok2 ini mampu berbuah dengan banyak.....

    buah nona yg sebenar....hai susah nak dapat ni....

    ari tu saya ke nusery pokok buah-buahan .....anak biji lebih mahal dari anak tut....

    bila saya tanya kenapa?......anak biji mampu bertahan lebih lama dan serta lebih lasak.....walau pun mengambil masa yg agak lama untuk berbuah....

    ReplyDelete
  18. wslm.. alla mkn yg moden.hehe
    ada bonggol2 tu..

    ReplyDelete
  19. :zul permatang badak
    Buah2 asli yg jnis nadir kena tnm secara berterusan. Kalau tdk ia akn lenyap dan pupus ditelan zaman. Ank2 muda skrg dh ramai tak kenal buah nona dan buah2 nadir lain. Nona yg asli ni mmg pyh nk dpt sbb buah dan anak pokok nona serikaya byk dijual. Anak biji pokok dlm famili annonaceae ni mmg lbh berkualiti berbanding anak keratan btg (tut). Anak biji benih mempunyai akar tunjang yg blh mencengkam jauh ke dasar bumi utk mencari nutrien dan sumber air. Anak pokok dr keratan btg biasanya mempunyai akar yg menghampar di bawah tnh. Anak pkk dr biji benih ambil masa utk membesar dn berbuah tp ia berbaloi walaupun kita perlu menunggu...

    ReplyDelete
  20. :alla
    Buah nnoa yg alla mkn tu dipanggil nona serikaya atau buah sekaya. Kat Kelate ore panggil buah 'lon-ne'. N3 buah tu ada dlm blog ni, klik link dlm n3 yg ni. Tgk buah kat situ, sama tak dgn yg alla mkn.

    ReplyDelete
  21. owh..baru thu kebaikan buah nona...1st time tgk rupenyyer..hehehe

    ReplyDelete
  22. Buah nona mmg byk khasiatnya. Khasiatnya hmpir sama dgn buah durian belanda. Sayangnya pokok dn buah nona semakin sukar utk dijumpai skrg. Buah nona dijual di pasar/pasaraya.

    ReplyDelete