VIP Dedaun Alam

Thursday, October 13, 2011

Kuih Isabella

Kuih Isabella??? Sejenis kuih dengan nama yang agak asing bagi saya. Tapi mahsuri kesayangan  saya bersungguh-sungguh mengatakan nama kuih ini adalah kuih Isabella. Kuih tradisional tapi namanya kedengaran agak moden. Kuih ini sememangnya dikenali dengan nama tersebut hampir di semua tempat di Malaysia. Tak percaya? Cuba buat carian di internet melalui google atau mana-mana enjin carian. Ia juga dikenali dengan nama kuih ketuk/getuk ubi kayu. Ada juga yang memanggilnya cekodok ubi kayu. Rasanya isitilah ini kurang tepat. Bahan utama untuk membuat kuih tradisional ini adalah ubi kayu dan kelapa parut. Ubi kayu yang direbus, dihancurkan(lenyek) dan digaul bersama kelapa matang parut. Tambah sedikit gula dan garam. Kemudian adunan tadi dibentuk seperti bebola. Bebola yang dibuat tadi dicelup ke dalam adunan tepung gandum+tepung beras(seperti tepung pisang goreng).

Gorengggg.... Hati-hati dengan minyak panas, jangan sesekali guna tangan untuk membalik-balik kuih ini semasa menggoreng..hehe..

Dah siap pun kuih Isabella ni. Sedap dimakan sewaktu kita lapar dan ketika kuih ini masih suam.

30 comments:

  1. ahaha.... gile hebat kalau balik kan kuih tu gn tangan :P

    x penah mkn kueh ni dan xtau pon ada nama kueh seglemer tuh...hehehehe

    ReplyDelete
  2. wahh kuih getuk dah dpt nama baru ye?tak pernah lg LM dgr nama baru tu..femes dah kuih ni skrg.ramai yg jual frozen.bagusla kuih tradisi dikomesilkan skrg kan?

    ReplyDelete
  3. wah nama yg sgt INTERNATIONAL plak..eheheeheh..sedap kuih ni kan...baru tau namanya kuih issabella

    ReplyDelete
  4. :Melati Qistyna's Mummy
    Kuih ni namanya diambil smpena lagu Isabella yg popular suatu ketika dulu. Nama asalnya kuih getuk atau ketuk ubi kayu. Kat sini, kuih ni biasa dijual sbg kuih sarapan pagi. Mmg namanya kuih Isabella.

    ReplyDelete
  5. :Lydia Miza(Aidyl Azim)
    Saya pn tak tau nama asal kuih ni. Lps cari kat internet br tau namanya kuih getuk ubi kayu. Kat tmpt sy tinggal skrg, semua org panggil dgn nama kuih Isabella. Nama glamour ni rasanya tak baru, ia digunakan sejak lagu Isabella (Search) hits dulu. Bs la kalau kuih ni dh dikomersilkn. Generasi baru blh kenal kuih tradisional ni.

    ReplyDelete
  6. :Eryati
    Namanya sgt international. Ada nilai komersil tu. Sedap kuih ni tp yg plg utama ia adalah kuih tradisional sbb guna ubi kayu dan kelapa parut.

    ReplyDelete
  7. salam..
    kenape sdap ketika lapar?time knyang xleh mkn ke?

    ReplyDelete
  8. :ezzyra
    Mkn ketika lapar baru kita dpt menikmati rasa. Kalo mkn masa dh kenyang, perut pn dh tak berapa nk muat...hehe..

    ReplyDelete
  9. kalau tgk kt google,mcm bebola ubi kayu je rupanya...same ke?klo sma,feberet kak yang 2..

    ReplyDelete
  10. Cara nk bhn2 utk buat kuih ni sama. Yg dlm n3 versi spesel skt sbb buh ubi lebih, nyoq pn lbh, saiznya besar..hehe..

    ReplyDelete
  11. haha..klo bli kt kdai,tpong byk..hehe

    ReplyDelete
  12. Yg jual kat kedai nk untung byk sbb tu buh tepung pn byk. Nk sdp kna ubi kayu dgn nyoq lebih..

    ReplyDelete
  13. elok juga kueh lama2 ni kita naik taraf....penjenamaan semula.....

    ReplyDelete
  14. kuih ni favourite alla kt kilang..
    tahu mkn je tp xthu nama..
    moden btl namanye..hehe

    ReplyDelete
  15. :zul permatang badak
    Kuih2 tradisional kalau tak kena gaya blh lenyap/pupus. Kuih ni dh dibuat 'rebranding'. Nama getuk ubi kayu pn dh buh nama antarabangsa..

    ReplyDelete
  16. Dia isabella, lambang cinta yg lara...sedapnya penjenamaan semula kuih getuk ni, mmg kuih kesukaan kak yang ni, kalo biuat sendiri mmg puas hati, tapi org guna ubi kayu n kelapa, garam n gula je, pas tu celup tpg.

    Tak sangka comel betul nama dia, kenapa gitu namanya heheh

    ReplyDelete
  17. :alla
    Alla biasa mkn kuih ni rupanya. Pg2 biasa org jual kuih Isabella kat sini. Abe bkn biasa tgk sblm ni, tnya diorg apa nama kuih ni. Kuih Isabella.. Kat sini mmg org panggil kuih ni kuih Isabella. Glamer betoi.

    ReplyDelete
  18. :EmbunRosaliza
    Kuih Isabella ni Mein tak buh tepung tp adun ubi kayu dgn nyoq, tmbh gula dn grm lps tu celup tepung.. Gorengg. Nama kuih ni sebenarnya diambil sempena lagu Isabella (Search) suatu ketika dulu. Masa tu lagu Isabella tgh hits dn masa tu juga kuih getuk ni muncul semula. Kalau akak nk tau cuba tgk kat Wikipedia.

    ReplyDelete
  19. kuih ni dlu2 ade jual kt ngn bgsar tu..sodapp... last bli ms harga 3= rm1.. skrg xtau dh la..lama dh xmkn..

    @@a a la..background sama..xpela..hik3

    ReplyDelete
  20. Kuih ni mmg kuih wajib ada kat kedai/gerai waktu pagi kat sini. Sedap sbb ianya asli.

    ReplyDelete
  21. kuih issabella ni mmg di buat ngan ubi n kelapa, cuma yg org jual tu boh hampas klapa je, sebab tu x lemak berkrim mcm yg buat sendiri, kuih ni mmg tak di campur dengan tpg

    ReplyDelete
  22. tau namanya getuk ubi kayu je...ni 1st time bc nm kuih isabella...siap ada dlm wiki lg...dasat!! cmna bole dpt nama glamer gitu...

    ReplyDelete
  23. :EmbunRosaliza
    Kuih Isabella ni mmg tak campur tepung gandum tp org buat utk jual mgkin tmbh tepung utk save budget. Yg buat sndiri mmg best sbb nyoq byk, ubi pn byk.

    ReplyDelete
  24. :E-na Lovely Kitchen
    Kuih getuk ni dpt nama baru masa lagu Isabella(Search) meletup dulu. Masa tu kuih getuk ni muncul kembali, ramai yg tak tau nama asalnya terus memanggil dgn nama kuih Isabella sempena lagu yg tgh hits ketika itu. Memang internasional dn glamer nama barunya..hehe..

    ReplyDelete
  25. As-salam.
    Sebab kali pertama dengar nama Isabella tu, saya jadi tergeletek!

    Di kawasan saya ada juga dijual, tapi tak pernah saya tanya nama sebenarnya. Bolehlah dengan nama Isbella tu. Tapi dalam 'bola' tu kenalah bubuh keju atau stroberi.

    Kalau bubuh nama 'cegetuk' (cekodok getuk ubi kayu) Dewan Bahasa agaknya boleh setuju tak?

    ReplyDelete
  26. As salam cikgu,
    Nama kuih tu mmg kuih Isabella kat tempat saya tinggal skrg ni. Walaupun ia ada nama asal tapi kuih Isabella lbh disukai. Makananan tradisional tapi nama barat. Cekodok rasanya tak sesuai kerana getuk ubi kayu ni tidak menggunakan tepug dalam adunan tapi sekadar bahan mencelup adunan saja.

    ReplyDelete
  27. assalam..terlebih moden la pulak namap kuih ni.mmg tak pernah dgr pun kat alam blogger ni.Kalau ubi getuk kira femes.Sedap ada rasa nyoq dan manis2 sket

    ReplyDelete
  28. As salam Lina,
    Kuih ni mmg org panggil kuih Isabella kat utara. Tak ramai blogger yg buat kuih Isabella sbb bhn nk mbuatnya agk pyh nk dpt. Bkn sng nk dptkn ubi kayu dn kelapa matang.

    ReplyDelete
  29. ni kalau bagi kat amy search mesti dia suka ni... siap nyanyi lagu isabella lagi... :)

    Post Ngeri

    ReplyDelete
  30. Haha...mmg nama kuih ni drp lagu Search.. Masa tu lagu dn filem Iabella tgh meletup, kuih ni pn hot di pasaran. Kalo Amy nyanyi smbil mkn kuih ni msti teruk bnyi dia sbb mulut dia dh penuh..hehe..

    ReplyDelete