Entri ini khas untuk pembaca Dedaun Alam mengenali dan mengetahui perbezaan antara nona dan nona serikaya. Terdapat percanggahan pendapat kerana ada yang mengatakan kedua-dua buah ini adalah dari jenis yang sama. Memang benar buah ini daripada famili yang sama iaitu annonaceae tapi ianya spesis yang berbeza. Jadi, jika ada yang berpendapat nona dan nona serikaya adalah buah yang sama, fikirkan kembali dengan fakta dan foto yang dipaparkan di sini.
Nona atau annona reticulata L. perhatikan daunnya yang lebih runcing dan berwarna hijau gelap berbanding daun nona serikaya (foto di bawah)
Annona squamosa atau nona serikaya. Ia juga dikenali dengan nama nona srikaya dan buah sekaya.
Buah nona serikaya (kiri) dan buah nona (kanan). Perbezaan yang paling ketara antara dua spesis buah ini.
18 comments:
yang nona tu yang kita penah makan atas pokok....ehehehe. nona seri kaya tu x penah mkn waima dibeli.... :P
Pokok nona yg tu kalau dh lama tnm ia agk tinggi dn berbuah lebat. Masa kecik2 bkn kira apa kn. Janji blh mkn buah tu, atas pokok pn kira ok. Skrg ni blh panjat pkk lagi tak?? Hehe..
Assalam akk dua2 nona ni tak pernah mkn, nona yg comel tu mcm tat nona akk tu pernah tgk n selalu tgk kat pokok org, tapi nona tu tak pernah tgk secara live lagi heheh, nnt ada buah msk bawa blk kg la barang sejibik dua heheh
As salam kak rosa, nona serikaya tu ada jual kat pasaraya. Akak blh beli kallo nk mkn. Pkk yg kat sini br berbuah thn ni. Sbml ni ada pkk besar tp dh mati dgn buah penuh atas pkk. Kering mcm tu je..
Buah nona yg berketol2 tu bese tgk kat tepi umah org.Tp yg selalu mkn ialah tat nona kih3
Yg berketul2 tu nona serikaya atau kat negeri utara ni org panggil buah sekaya. Thn ni kita tak dpt mkn tat nona yg kak rosa buat. Dia tak buat sbb buah nona pn dia tak kenal yg betoi..haha.. Tat nona je yg dia biasa tgk.
bagus juga entri ni,di paparkan kali kedua...sbb ia nya boleh menyelesaikan kekeliruan........
generasi baru terdedah dengan klon baru yg hampir sama tanpa menyedari buah2 klasik telah lama wujud....
segala data dan fakta tidak diketengahkan.....atau pun buah2 klasik tidak ada penyambungan serta usaha generasi baru menanamnya.....
Entri ini dipaparkan utk memberi fakta tentang kedua2 buah yg berbeza tp ramai mengatakan ia adalah buah yg sama. Diharapakn dgn foto dn fakta dlm entri ini memberi manfaat dn ilmu kpd pembaca utk mengenali buah nadir ini. Rasanya bkn generasi baru tp generasi yg tak berapa nak baru pn tak begitu kenal dua jenis buah ni. Saya masih dlm usaha utk dptkn foto dn info beberapa jenis buah nadir spt binjai, kecupu, keriang, keriat, kandis tp kekangan masa yg membatasinya. Lagipun agak sukar utk lihat buah2 tersebut skrg ini.
sedap buah nona ni...
Kalau biaa mkn buah nona ni mmg tau ianya sedap. Rasa kedua2 jenis ni aedikit berbeza. Nona lbh sdp berbanding nona serikaya.
nona serikaya...pernah makan,pokoknya pun pernah muaz tanam.nona belum pernah makan...tapi pernah tengok pokoknya...
salam..
ketara gk beza buat nona 2..
:muaz_kkgp
Rajin berkebun juga tuan ni ye. Mcm2 pkk yg dh ditanam. Pkk nona biasa tgk msti tau perbezaan dengan nona serikaya kan?
:ezzyra
As salam egie, mmg berbeza kedua2 jenis buah nona ni. Egie pernah mkn yg kulit berbonggol2 tu kn? Yg tu kat sini org panggil buah sekaya.
ahaha.... dh lama x panjat pokok, xtau skil tu masih ada lagi ke x....
skang ni kalau panjat, mau terkejut hb nengok...hehehehe
Hehe...tak leh panjat pkk dh skrg ni. Kalo en hb tgk, maunya dia pengsan.. Kat umah di kg dulu, ramai bdk2 pompuan yg pnjt pkk ceri amek buah yg masak. Skrg bdk2 kecik tu dh bsr. Ada yg jadi mak budak dh.
sedap ooo buah nona serikaya ni...
xp xpasti kt kg sy pangil apa lupa dah...
hanya sebatang pokok ja ada..
xpi skrng pokok 2 xdak dah..
Kalo area utara buah ni dipanggil buah sekaya dn di Klenatan ia dipanggil buah lonne. Pokok spesis ni mudah mati jika tak kena gaya.. Ada yg mampu hidup lama.
Post a Comment