Buah nona serikaya atau buah sekaya yang sering dikelirukan dengan saudara rapatnya, nona.
Putik buah nona. Kulit buah nona agak licin berbanding nona serikaya(foto atas). Daun nona lebih runcing dan berwarna hijau gelap, daun nona serikaya lebih lebar dan berwarna hijau muda.
Nama Botani : Annona Squamosa
Famili : Annonaceae
Nona serikaya merupakan tumbuhan dalam famili annonaceae yang berasal dari Amerika Selatan. Pokok ini berketinggian sekitar 3 hinga 5 meter. Ramai yang terkeliru antara nona serikaya atau sekaya ini dengan nona. Sebenarnya ia adalah dua jenis buah yang berbeza tetapi dalam spesis dan famili yang sama iaitu Annona Squamosa (nona serikaya) dan annona reticulata (nona).
Daun nona serikaya direbus dan diminum untuk mengatasi masalah mual-mual, sengal-sengal tulang, batuk dan selsema. Daunnya yang ditumbuk digunakan sebagai pencuci rambut untuk mengatasi masalah sakit kulit.
Kulit buah nona serikaya direbus dan diminum untuk merawat demam dan cirit birit. Air rebusan akar pokok nona serikaya digunakan sebagai julap dan juga mengatasi masalah sakit tulang belakang dan sakit pinggang.
Biji buah nona serikaya yang ditumbuk dan disapu boleh digunakan mengatasi masalah sakit sendi. Ia juga boleh digunakan sebagai bahan untuk membunuh kutu pada rambut. Sama seperti nona dan durian belanda, biji buah dalam famili annonaceae mempunyai toksik dan tidak boleh dimakan.
x penah tgk n makan nona sekaya, tp buah nona kekecik dul penah makan, umah ayah ada pokoknya....skanng dh mati :)
ReplyDeleteAssalam, akk tak pernah mkn buah nona, yg hitam sikit tu pun tak pernah mkn, tapi pernah tgk, ada kat umah langkawi ke buah tu
ReplyDeletebuah nona....pernah makan, rasanya lebih kurang mcm durian belanda...
ReplyDelete:Melati Qistyna's Mummy
ReplyDeleteNona serikaya ni spesis nona jg. Cuma ia lbh kecil dn bijinya byk. Rasa lbh krg sama. Khasiat buah nona sama dgn durian belanda.
:Kak Rosaliza
ReplyDeleteAs salam kak rosa, kat Kelate nona dipanggil lone. Nona serikaya ni tak tau dipanggil apa. Nona serikaya takdak kat umah, nona tu ada tp pkk kecik lg, br nk bbuah. Sblm ni ada pkk nona bsr blkg umah tp dh mati dgn buah kekeringan di dahan pkk.
:muazlumut
ReplyDeleteRasa buah nona hmpir sama dgn buah durian belanda. nona serikaya tu org krg suka mkn sbb bijinya yg sgt byk dlm sebiji buah.
sya baru bercerita pasal buah nona tu gambar ke-2
ReplyDeletedengan rakan sekerja, sya nak cari benih untuk di tanam
masa kekecik dulu ada pokok ni dekat rumah arwah atok.
Foto yg kedua mmg nona yg asli, foto yg ptama tu nona serikaya atau sekaya. Sya blh beli buah nona di pasaraya/pasar, semai biji benihnya. Buah nona pn mpunyai khasiat yg lbh krg sama dgn durian belanda.
ReplyDeletedulu belakang rumah nenenk saya ada pepohon nona...ermmm...teringat arwah nenek...semoga rohnya dicucuri rahmat Allah s.w.t...aminnn...
ReplyDeletepada awalnya saya memang was2 tentang buah nona ni sbb,setahu saya buah nona kecil tapi di iakan...dengan buah sekaya tu....
ReplyDeleteBagi saya buah nona srikaya adalah proses klon atau variati baru nona.....
itu yang terjadi pada pokok kedondong, seingat saya pokok kedondong besar dan tegap tapi.......sekarang ditonjolkan, hanya beberapa meter sahaja....
walaupun dlm famili yg sama...tapi perbezaan amat ketara pada daun....
mungkin pokok nona lebih tahan lasak berbanding nona srikaya....
tapi kemana menghilang pokok nona ni.....sesuatu harus dilakukan agar....ada perbandingan,sebagai koleksi,yg lama terus menongkah zaman.....
:KELI OH KELI
ReplyDeletePkk nona ni ada di rmh arwah nenek en keli ye. Skrg pkk tu ada lg tak? Pkk nona ni mdh mati kalau krg dpt perhatian..mcm merajuk sikit dgn kita. Al-Fatihah utk arwah nenek en keli..
:zul permatang badak
ReplyDeletePerbezaan plg ketara pada kedua-dua buah ni ialah bentuk kulit. Nona serikaya kulit berbonggol2, nona pula bkulit agk licin. Rasa kedua-dua buah hmpir sama, cuma buah nona serikaya lebih byk biji berbanding nona. Perbezaan lain yg blh kita lht adlh pada bentuk dn warna daun. Pkk nona kat umah saya, yg dlm foto kedua pkk dpn umah. Br bbuah thn ni. Yg tu putik pertamanya.
buah nona seri kaya nie lebih sedap dr nona
ReplyDeleteNona serikaya lbh masam berbanding nona dan lbh byk bijinya. Isi nona bersari dan seakan berpasir jika terlalu masak(ranum)
Delete