Sunday, August 14, 2011

Pisang Mantan

Pisang mantan yang telah matang.

Pisang mantan yang juga dikenali dengan nama pisang 40 hari adalah antara pisang tempatan yang kurang dikenali. Pisang mantan bersaiz sebesar pisang emas dan ia mengambil masa yang agak singkat untuk masak dari mula-mula keluar jantung iaitu kira-kira 40 hari. Pisang ini sedap dimakan segar. Jika buah pisang ranum, sedikit sukar untuk mengupasnya kerana kulit pisang ini seperti melekat pada isi buah.

22 comments:

  1. tak kenai la pise mantan ni..cam pise kapas pun gak..sedap ke mkn gitu jerr..manis ek?

    ReplyDelete
  2. \sekali tgk mcm pisang lemak manis je bentuk dia. sedap ke

    ReplyDelete
  3. :lina_pg
    Pisang ni krg dikenali. Takdok kat kg kita ni. Yg ni pn jmpa kat sini. Byk org tnm pisang ni. Hr Jumaat, ada la org bg sedekah kat masjid.. Sedap dimkan begitu saja..

    ReplyDelete
  4. :Kak Rosaliza
    bentuk pisang mantan ni lbh krg sama dgn pisang lemak manis tp ia lbh bsr sikit. Sedap juga la rasa pisang ni. Yg dlm gmbr tu dh masak hr ni...

    ReplyDelete
  5. adry...
    pernah mempelawa....jemput makan pisang, wah besarnya pisang lemak manis........

    saya hanya terdiam, tak berkata apa2........
    bagi mereka yg kurang arif tentang pisang mereka pakai redah je....he..he..

    pisang 40 hari ni....kalu lebu memng kulitnya melekat....tapi kalau gelojoh makan lah dengan kulit2....manis.....

    tapi kalau buat jemput, pisang kutar sedap kan......
    teka nama lain bagi kutar.....he...he...

    kutar pun dah ada harga.....
    dulu kalu tumbang.....kita lak gitu je......

    ReplyDelete
  6. rasanya pisang ni muda2 boleh buat ulam....

    ReplyDelete
  7. pisang....suka makan pisang,rasanya pisang ni boleh dibuat ulam masa muda

    ReplyDelete
  8. :zul permatang badak
    Cikgu, ramai yg kurang kenal jenis2 pisang kat Malaysia ni. Pisang mantan mmg bentuk dia hmpir sama dgn pisang lemak manis tp lbh besar. Kalau pisang kepal lagi kecil drp pisang lemak manis. Awat cikgu tak bagitau mereka nama betul pisang tu. Setidak2nya mereka dpt ilmu baru.. Pisang mantan yg lebu..kulit bhgn dlm akn melekat pd isi tp blh dimakan..rasanya manis2 kelat..hehe.. Pisang kutar?? Pisang kapas kot..sbb ia mmg sdp dibuat jemput@cekodok. Buat kek pisang pn sdp gna pisang kapas ni. Isinya manis dn berbau wangi. Betul ke pisang kutar tu pisang kapas?

    ReplyDelete
  9. :muaz_kkgp & anonymous
    Ada org kata blh dibuat ulam tp saya blm cuba bagaiman rasanya. Mgkn kelat. Buahnya juga org buat masak kari..

    ReplyDelete
  10. Rupa dn bentuk pisang mantan ni lbh kurang sama dgn pisang lemak manis tp ia lebih besar dn rasanya tdk sama dgn lemak manis.

    ReplyDelete
  11. Adry....
    betul......kelantan sebut kutar, kat pahang ni sebut kapas.....

    masa tinggal kat kelantan.....kalau org pelawa kita pisang kutar....tak payah laa....tok sir....ambo tok sir...sengoti ni ambo toksir....pedih perut......

    tapi sekarang...dengar2 dah empat ringgit 1 kilo,
    orang goreng wat cekodok.....
    tu dia....ada harga no....

    ReplyDelete
  12. masa rumah di teluk dulu sya ada tanam jenis ni, mak ayah yg bagi
    bila dah pindah sya tengok rajin betul berbuah baru g tengok sesaja hari tu
    ada dua tandan rezekilah orang yg duduk di sana sekarang.

    pisang tu kulitnya lekat dgn isi kan?

    ReplyDelete
  13. :zul permatang badak
    Di tempat saya pisang kapas dipanggil pise kapah=pisang kapas. Saya sendiri pn tak tau kat daerah mana yg panggil pisang kapas ni pisang kutar. Pisang kapas mmg sdp utk dibuat kek pisang. Tu yg harganya semakin meningkat.

    ReplyDelete
  14. :sayangsayangibu
    Sya panggil pisang mantan ni pisang apa ye?? Mgkin bbeza mengikut tempat. Pisang mantan rajin bbuah.. Kdg2 dlm serumpun ada dua tiga tandan.. Pokok pn tak tinggi. Buah pn sng nk ambik bila dh matang atau masak. Pisang mantan ni bila dh ranum, kulit dlm akn terlekat pd isi bila kita kupas tp blh dimakan..

    ReplyDelete
  15. cik tom xsuka mana pisang..hehe

    ReplyDelete
  16. Tak suka mkn pisang adalah satu kerugian utk kesihatan badan..

    ReplyDelete
  17. assalamualaikum en daun.
    bentuk pisang ni mcm bentuk pisang lemak manis la. mmg ada yg saiznya besar tp akk ttp panggil pisang lemak manis juga. rupa2nya pisang mantan. hehe...

    ReplyDelete
  18. Wa'alaikumusallam kak anis, pisang mantan kalau sekali tgk mmg sama dgn pisang lemak manis tp ia lbh besar. Rasa dn tekstur isinya berbeza.

    ReplyDelete
  19. Kite panggil pisang monyet :P wat cekodok pisang, sedap

    ReplyDelete
  20. Hehe..panggil pisang ni pisang monyet ye.. Kenapa agaknya. Pisang jnis sdp dimkn segar dn dibuat cekodok.

    ReplyDelete
  21. Di Malaysia ada beberapa nama berkaitan pisang jenis AA ini, antaranya ialah “pisang lemak manis”, dan “pisang 40 hari”.

    Di Indonesia pula ianya dikenali dengan nama “pisang lemak manis”, “pisang berlin”, “pisang muli”, dan “pisang lampung”.

    Di Filipina pula ianya dikenali dengan nama “inarnibal”.

    ReplyDelete