Monday, October 17, 2011

Jeruk Celagi

Jeruk celagi yang dihasilkan menggunakan garam, gula dan air. Buih-buih yang keluar adalah tanda jeruk celagi dah boleh dimakan dan tidak boleh dibiarkan terlalu lama kerana ia akan rosak.

Jeruk celagi ini dibuat oleh Mahsuri kesayangan saya. Katanya, kulit buah celagi ni sepatutnya dikikis dulu sebelum dijeruk tapi buah celagi ni masih nipis dan muda. Buah celagi ni diperolehi daripada pokoknya yang ditebang. Pokok celagi sebesar lebih sepemeluk orang dewasa berbuah lebat semasa ia ditebang. Sayang pula tengok buah celagi yang bergayutan pada hujung ranting. Sebelum sisa daripada pokok yang ditebang dibuang an dilupuskan, buah celagi dikutip untuk dijeruk. Sebahagian besarnya terpaksa dilupuskan. Ada tak sesiapa yang belum pernah makan jeruk celagi ni??

Celagi = buah asam jawa atau tamarind.

14 comments:

EmbunRosaliza said...

Assalam En Celagi eh En Daun, oh pandai rupanya mahsuri buat jeruk celagi, sayang pula pkk kena tebang, kalo pandai kayu2 dia tu boleh buat kraftangan, mcm kita sekolah dulu heheh..cantik je ranting2 pkk celagi yg di potong.

Akk tak berapa suka jeruk celagi, rasa msm2, sebiji boleh la mkn emmmmm

Melati Qistyna's Mummy said...

Owh, ni asam jawa ek.... Boleh buat asam jawa ek, xyah beli.... Heheheh. Pandainye mahsuri buat jeruk ye, ( smbl menaip, smbl telan liur) walau x penah mkn :P

lina_pg said...

pokok celagi tepi umah tu kena tebang gak ke?sayang lak rasanya..tp apa nk wat kan..
pandai rupanya mahsuri wat jeruk, bleh meniaga tu eheh..

alla said...

kt sane mmg ada ke jeruk celagi?

zul permatang badak said...

suka selagi variaty baru.....rasanya manis.....

Adry@Daun said...

:EmbunRosaliza
As salam kak rosa, mein ada kepandaian buat jeruk ni. Plg dia suka buat ialah jeruk pauh (pelam). Baru ni dia buat jeruk sentul klon yg besar tu. Kayu celagi ni takdak sapa yg ambik utk buat kraftgn, pkk setiar hari tu ada org ambik buat kraftgn. Jeruk celagi ni masam2 manis dn pedas la kak.. Sedap tu...

Adry@Daun said...

:Melati Qistyna's Mummy
Celagi tu asam jawa dlm dialek Kelate. Buah asam jawa ni mmg buat asam jawa utk masakan tu. Tak penah beli tp pkk yg satu ni terpaksa ditebang sbb nk bina bangunan kat situ.

Adry@Daun said...

:lina_pg
Pkk celagi besar kat tepi jln tu kna tbg. Yg ni bkn sbb projek mega tp ayah yg nk bina bangunan kedai kat situ..hehe.. Tak blh la nk meniaga jeruk sbb pkk celagi ada satu pkk tu je..

Adry@Daun said...

:alla
Kat jeruk2 takdak org jual.. Nk mkn kna buat sendiri.

Adry@Daun said...

:zul permatang badak
Celagi varieti baru yg manis tu ada kekurangannya juga sbb ia tak blh dibuat asam jawa utk masakan. Hnya blh dimkn segar.

Melati Qistyna's Mummy said...

Kalau yg Ada gula tu buah ni jugak ek..... Yg dlm plastik dipulas2 tu.....Dh dikomersilkan ke....

Adry@Daun said...

Yg ada gula dlm plastik yg dipulas2 tu dipanggil coklat celagi. Dh lama ada.. Masa saya kecik2 dh ada org jual, selalu beli...hehe.. Sedap tau..masam2 manis..

ayunalisa said...

ohh..pokok tu dh kna tebang..pnh gk g usha2 buah dia dolu2..k.mein wt jeruk yg rasa msm manis pedas ke ni? hihi..tringat time mngidam ms alisha dulu..nk mkn jeruk celagi yg tu..hihi

Adry@Daun said...

pokok celagi yg besar tu dh kena tebang. Yg ni takdak kena mengena dgn rumah yg sdg dibina tp ayah nk buat kedai kat situ. Yg jeruk ni kak mein buat jeruk biasa.. lps ni kalau nk mkn buah celagi kena minta yg sedara mara..hehe..