VIP Dedaun Alam

Monday, October 17, 2011

Jeruk Celagi

Jeruk celagi yang dihasilkan menggunakan garam, gula dan air. Buih-buih yang keluar adalah tanda jeruk celagi dah boleh dimakan dan tidak boleh dibiarkan terlalu lama kerana ia akan rosak.

Jeruk celagi ini dibuat oleh Mahsuri kesayangan saya. Katanya, kulit buah celagi ni sepatutnya dikikis dulu sebelum dijeruk tapi buah celagi ni masih nipis dan muda. Buah celagi ni diperolehi daripada pokoknya yang ditebang. Pokok celagi sebesar lebih sepemeluk orang dewasa berbuah lebat semasa ia ditebang. Sayang pula tengok buah celagi yang bergayutan pada hujung ranting. Sebelum sisa daripada pokok yang ditebang dibuang an dilupuskan, buah celagi dikutip untuk dijeruk. Sebahagian besarnya terpaksa dilupuskan. Ada tak sesiapa yang belum pernah makan jeruk celagi ni??

Celagi = buah asam jawa atau tamarind.

17 comments:

  1. Assalam En Celagi eh En Daun, oh pandai rupanya mahsuri buat jeruk celagi, sayang pula pkk kena tebang, kalo pandai kayu2 dia tu boleh buat kraftangan, mcm kita sekolah dulu heheh..cantik je ranting2 pkk celagi yg di potong.

    Akk tak berapa suka jeruk celagi, rasa msm2, sebiji boleh la mkn emmmmm

    ReplyDelete
  2. Owh, ni asam jawa ek.... Boleh buat asam jawa ek, xyah beli.... Heheheh. Pandainye mahsuri buat jeruk ye, ( smbl menaip, smbl telan liur) walau x penah mkn :P

    ReplyDelete
  3. pokok celagi tepi umah tu kena tebang gak ke?sayang lak rasanya..tp apa nk wat kan..
    pandai rupanya mahsuri wat jeruk, bleh meniaga tu eheh..

    ReplyDelete
  4. kt sane mmg ada ke jeruk celagi?

    ReplyDelete
  5. suka selagi variaty baru.....rasanya manis.....

    ReplyDelete
  6. :EmbunRosaliza
    As salam kak rosa, mein ada kepandaian buat jeruk ni. Plg dia suka buat ialah jeruk pauh (pelam). Baru ni dia buat jeruk sentul klon yg besar tu. Kayu celagi ni takdak sapa yg ambik utk buat kraftgn, pkk setiar hari tu ada org ambik buat kraftgn. Jeruk celagi ni masam2 manis dn pedas la kak.. Sedap tu...

    ReplyDelete
  7. :Melati Qistyna's Mummy
    Celagi tu asam jawa dlm dialek Kelate. Buah asam jawa ni mmg buat asam jawa utk masakan tu. Tak penah beli tp pkk yg satu ni terpaksa ditebang sbb nk bina bangunan kat situ.

    ReplyDelete
  8. :lina_pg
    Pkk celagi besar kat tepi jln tu kna tbg. Yg ni bkn sbb projek mega tp ayah yg nk bina bangunan kedai kat situ..hehe.. Tak blh la nk meniaga jeruk sbb pkk celagi ada satu pkk tu je..

    ReplyDelete
  9. :alla
    Kat jeruk2 takdak org jual.. Nk mkn kna buat sendiri.

    ReplyDelete
  10. :zul permatang badak
    Celagi varieti baru yg manis tu ada kekurangannya juga sbb ia tak blh dibuat asam jawa utk masakan. Hnya blh dimkn segar.

    ReplyDelete
  11. Kalau yg Ada gula tu buah ni jugak ek..... Yg dlm plastik dipulas2 tu.....Dh dikomersilkan ke....

    ReplyDelete
  12. Yg ada gula dlm plastik yg dipulas2 tu dipanggil coklat celagi. Dh lama ada.. Masa saya kecik2 dh ada org jual, selalu beli...hehe.. Sedap tau..masam2 manis..

    ReplyDelete
  13. ohh..pokok tu dh kna tebang..pnh gk g usha2 buah dia dolu2..k.mein wt jeruk yg rasa msm manis pedas ke ni? hihi..tringat time mngidam ms alisha dulu..nk mkn jeruk celagi yg tu..hihi

    ReplyDelete
  14. pokok celagi yg besar tu dh kena tebang. Yg ni takdak kena mengena dgn rumah yg sdg dibina tp ayah nk buat kedai kat situ. Yg jeruk ni kak mein buat jeruk biasa.. lps ni kalau nk mkn buah celagi kena minta yg sedara mara..hehe..

    ReplyDelete
  15. Kalau jeruk tanpa buang kulit celagi, senang ke nk kupas, ke makan dgn kulitnya?

    ReplyDelete
  16. Kalau jeruk tanpa buang kulit celagi, senang ke nk kupas, ke makan dgn kulitnya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang ni jeruk homemade. Guna buah asam jawa yang masih muda. blh nak dgn dgn kulitnya sekali. Jika buah yang dah matang, kulitnya perlu dibuang sebelum dijadikan jeruk.

      Delete