Kelongsong atau sarung ketupat nasi yang dibuat daripada anyaman daun kelapa yang masih muda.
Ketupat nasi adalah antara makanan tradisional masyarakat Melayu yang popular ketika sambutan hariraya. Ketupat nasi yang asli ini semakin dilupai oleh generasi sekarang. Ia digantikan dengan ketupat nasi yang lebih mudah dan cepat. Daun kelapa digantikan dengan plastik (yang tidak begitu baik untuk kesihatan kita dan tidak mesra alam). Antara faktor yang menyebabkan ketupat nasi yang menggunakan daun kelapa semakin tersisih ialah tidak ramai yang boleh (pandai) menganyam kelongsong daun kelapa. Untuk menghasilkan anyaman tidak semudah yang disangka. Namun jika kita telah mahir, ia bukan lagi satu masalah. Faktor kedua, kesukaran untuk mendapat daun kelapa yang masih muda. Biasanya ia tidak dijual di pasaran. Faktor ketiga, ketupat nasi yang ringkas dan mudah telah diperkenalkan (menggunakan plastik). Ketupat nasi daun kelapa lebih sedap dan mempunyai aroma tersendiri. Anyaman kelongsong ketupat nasi dalam foto di atas dihasilkan oleh saya. Terima kasih kepada adik saya, lina_pg yang memperturunkan ilmu seni anyaman daun kelapa ini kepada saya sejak lama dulu (tak ingat dah berapa tahun). Skill menganyam masih ada biarpun hanya sekali sekala menggunakannya.
Assalam, cantiknya anyaman ketupat tu, memang ya pu kalo mkn ketupat ni lagi sedap sbb ada aroma daun dan wangi je, lagi pula tahan lebih lama berbanding dengan plastik
ReplyDeleteEh macam mana ni akk tak reti anyam daun kelapa ni, bestnya pandai buat kelongsong gini, lain kali nak kena paksa linapg ajar akk lak. Sampai sekarang akk tak pandai anyam daun gini.
Dulu ada buat tapi separuh jalan je, bab nak kemas daun tu yg belum abis belajar heheh, masa org belajar akk kemana ntah heheh
best ni cik Adry ,sy mmg tak makan ketupat nasi segera tu sbb family history yg menyebabkan sy amat takut dengan plastik n food colouring
ReplyDeletesy nak buat dalam daun pisang nnti sy update.sy tak pandai ancam hubby pandai nak kena g berguru dengan lina jugak,sekarang ni pucuk kelapa amat susah nak dapat
As salam kak rosa,
ReplyDeleteAnyaman ketupat nasi guna daun kelapa ni satu cabang seni juga. Ilmu menganyam ni lina yg ajar dulu. Tak ingat dh bila. Masa tu, bkn reti sgt. Bila sifu dh takdak kat situ, buat sendiri dgn teknik yg diajar sblm tu. Taraaa...dh menjadi.. Hehe..best gak dpt anyam ketupat daun nyoq ni. Kat sini, i dgn ayah yg pandai. Org lain tak pandai. Ayah pandai anyam ketupat yg 4 segi tu, i anyam yg bawang ni. Kalo akak nk belajar mai la sini, pkk nyoq pn byk ni..haha.. Nk amek kena panjat.
Nota : Ketupat daun nyoq ni ummi Nis yg teringin nk mkn lps raya hari tu.
:Chik Mimi
ReplyDeleteSama spt saya, seboleh2nya nk yg asli dn mesra alam tp spt yg chik mimi kata tu, nk dptkn daun kelapa mmg pyh dn jumpa org yg blh anyam daun pn sama pyh utk dptkn daun kelapa tu. Buat dlm daun pisang pn blh sbb nasi himpit yg asli sememangnya guna daun pisang utk membungkus dn membentuknya. Dulu selalu tgk bonda buat nasi himpit mcm tu. Daun pisang sy tukang ambiknya.
Nanti chik mimi blh la berguru dgn lina. Kalo dia taknak ajar, paksa dia..haha..
amboi2..nama kite disebut kat sini patutlah asyik tersedak jerr eheh..
ReplyDeleteKalau tak salah anyam menganyam ketupat tuh time form3 rasanya..Eh tupat 4segi n ketupat satay dah ajar kan dulu?Tak ingat dh kot..ketupat bawang gak yg paling comey kan??
chik mimi n kak rosa..mai cheq ajaq camana nak anyam ketupat tuh..tp pekerasnya kena bw daun nyoq muda sepelepah kah3
Haha...sebut2 pn bkn mengumpat ni ye.. Dh lama perturun ilmu ni kn. Ketupat yg 4 segi mmg dh ajar, rasanya sng nk buat yg tu tp yg bawang ni lbh cantik dn comel bentuknya..ada seni. Kak rosa dn chik mimi blh pi umah lina bawa daun nyoq yg muda sepelepah. Bawa nyoq muda pn blh juga kot..
ReplyDeletesalam...silap time ke ni...?hehe...raya dh lepas dh...syawal pon dh hbis...hehe...
ReplyDeleteAs salam egie,
ReplyDeleteMasa buat kelongsong ni mmg lps raya tp br post hari ni...hehe.. Mkn ketupat ni dlm bln Syawal lg tu.. Daun nyoq yg buat ketupat dh jd baja kompos..haha..
he..he..pandai rupanya..
ReplyDeletewahhh..boleh ajar saya pula nanti cara menganyam...huhu...walaupun tgn keras niii...nk adry ajar jugak...")
ReplyDeleteTahniah! Saya yg puluhan tahun di kawasan nyoq pun tak tahu anyam kelongsong ketupat. Sebab tak belajar!
ReplyDeleteDah cubakah anyam kelongsong bawang dgn yg 4 segi pakai daun palas atau daun nipah?
Cuba anyam kelongsong buah nyoq pakai daun nyoq. Hihi, usik Adry je. Salam bahagia.
:zul permatang badak
ReplyDeleteSaya bljr anyam kelongsong ketupat nasi ni dgn adik saya masa sklh menengah lagi. Tapi jrg2 je buat ketupat nasi sbb pyh nk dptkn daun kelapa yg muda. Nk bagi skill tak hilang, saya gna daun kelapa yg hijau tu.
:KELI OH KELI
ReplyDeleteBlh kalau setakat nk belajar anyam kelongsong ketupat nasi ni. Saya pn tgn keras juga tp blh buat..hehe..
:Temuk
ReplyDeleteSaya blh anyam kelongsong sbb belajar drp adik. Dh lama tapi sampai skrg masih blh menganyam. Saya belajar sbb tahu tak ramai yg pandai anyam kelongsong mcm ni. Nanti saya blh turunkan ilmu ni kpd sesiapa yg minat nk belajar supaya seni anyaman ini tidak luput ditelan zaman.
Anyam kelongsong guna daun palas mgkin tak blh krn daun palas agk keras dn mempunyai lidi kecil. Daun nipah blh kot tp nk cari daun nipah tu yg payah..
Sy penah belajo ngan Adik ipo gak, tp x lupus, tgn kejung je, hahaha
ReplyDeleteLulus
ReplyDeleteassalamualaikum en daun.
ReplyDeletebila plk en daun menganyam ketupat ni. comel2 belaka. hehe... akk dah lama tak menganyam ketupat, rugi sungguh sbb dah lupa caranya. bila tgk en daun menganyam ketupat ni kena blajar baliklah nampaknya. hehe... ketupat nasi anyaman daun kelapa muda ni lbh sedap rasanya berbanding yg segera tp zmn skrg ni semua nak cepat. sejak 17 thn ni mmg akk beraya di rumah mertua n biasanya mertua lelaki akan buat lontong daun pisang, mmg takde ketupat pn. baru2 ni aje ada ketupat, itu pn beli yg dah siap jual. jd skill menganyam tu lama2 hilanglah. huhu....
:Melati Qistyna's Mummy
ReplyDeleteRugi tu belajar separuh jln je. Cuba buat lagi, mungkin akn menjadi. Anyaman ketupat ni lbh mudah bbanding anyaman tikar mengkuang..hehe..
:anis
ReplyDeleteWa'alaikumusallam kak anis,
Kelongsong ketupat ni saya anyam lps raya hari tu. Dlm bln Syawal lg. Lama dh tak makan ketupat nasi daun kelapa ni. Ilmu menganyam kelongsong ketupat nasi saya belajar masa sklh menengah lagi. Kalau lama sgt tak menganyam, saya ambik je daun kelapa yg hijau tu utk anyam. asah skill kata org. Takut lama2 sgt nti terlupa pulak caranya. skrg ni ramai yg nk cepat, ketupat nasi atau nasi himpit buat dlm plastik je. Ketupat daun palas pn dh byk org jual.
sis lina pg ke yg ajar.. alla ingt kn abe yg ajar kak na..hehe
ReplyDeleteALHAMDULLILAH sejak kecik tau macamana nak anyam. tp kitarang tak pernah buat ketupat ni waktu raya.
ReplyDelete:alla
ReplyDeleteKak na yg ajar abe teknik dn cara anyam kelongsong ketupat ni. Abe mana tau cara dia. Kak na dpt ilmu dr sapa tu tak pasti..
:Yan
ReplyDeleteBaguslah kalau pandai anyam kelongsong ketupat ni. Nanti blh turunkan ilmu kpd generasi baru agar seni ini tidak luput ditelan masa. Nk buat masa raya mgkin pyh nk dptkn daun kelapa muda.
Wah nmpknya n3 tupat nasi ni panas tul.Komen pun byk
ReplyDeletealla: kakna belajar anyam ketupat ni dari warden hostel ,SM Bt.Gajah utk majlis Qatam Quran bdk2 hostel pd bulan Ramdhan.Siap ada pulut kuning lagik hehehe..Ilmu tu sampai sekarang masih ingt, tp jarang2 digunakan.
Warden hostel yg jd sifu rupanya. Sblm tak tau sapa. Kalau anyam skrg ni masih menjadi lagi tak??
ReplyDeleteAssalam, akk rasa linapg pun dah lupa tu nak buat kelongsong nak lena menuntut kat lagkawi gak tu heheh
ReplyDeleteAs salam kak rosa,
ReplyDeleteHehe...tak tau la dia masih igt lagi ke tdk cara nk anyam kelongsong. Blh lagi kot, kalau dh hilang skill tu blh mai sini..
cantik dan sedap....muaz boleh anyam ketupat bawang je...
ReplyDeletekena ajar kat anak cucu...supaya tak hilang ditelan zaman
Ketupat nasi yg gna daun kelapa lbh sedap, cantik, slmt dan mesra alam. Bagus kalau boleh anyam ketupat daun kelapa ni, nanti kita boleh beri ilmu kpd org lain yg berminat.
ReplyDeletehehehe,masih ingat camana nak anyam ketupat tu.Sekali sekala rembat daun nyoq tua kat tepi paking lot..testing skill takut lupa wakaka.Tapi kalau anyam ngan reben ssh sket sbb licin
ReplyDeleteKalau kita dh ada skill tu, biasanya bila pgg daun trs igt mcmana nk anyam kn. Guna riben mmg pyh sbb licin dn suka terbuka masa nk kemaskn anyaman.
ReplyDelete