VIP Dedaun Alam

Monday, February 21, 2011

Kuih Lopes Langkawi

Kuih lopes adalah sejenis makanan atau kuih muih tradisional masyarakat Melayu. Bahan utamanya untuk membuat kuih lopes ini ialah beras pulut. Cara untuk membuat kuih lopes ini tidak begitu sukar kerana hanya melibatkan proses mengukus sahaja. Kaedah tradisional membuat kuih lopes adalah membungkusnya dengan daun pisang dalam bentuk silinder dan dikukus menggunakan pengukus. Namun begitu, generasi sekarang mengambil langkah mudah iaitu tidak menggunakan daun pisang dan dikukus menggunakan periuk elektrik. Ada juga yang menggantikan daun pisang dengan foil aluminium. Hilang rasa aslinya tetapi sudah cukup untuk merasa kuih lopes ini. Bentuknya yang bulat juga telah diubahsuai menjadi segitiga.

Kuih lopes yang asli berbentuk silinder. Beras pulut direndam sehingga kembang dan dikukus. Kemudian beras pulut ini digaul dengan perwarna hijau(gunakan air daun pandan yang asli) dan dibungkus dalam bentuk silinder menggunakan daun pisang yang diikat pada kedua-dua bahagian hujungnya. Ia dikukus sekali lagi sehingga masak. Angkat dan sejukkan kuih lopes sebelum dipotong.

Kuih lopes secara tradisional dipotong menggunakan tali/benang untuk mengekalkan bentuknya. Potongan kuih lopes ini kemudian digaul menggunakan kelapa parut yang telah dicampur dengan sedikit garam. Untuk menikmatinya, tuang sedikit air gula merah/gula melaka ke atas kuih lopes ini.

13 comments:

  1. Salam,
    Supaya kelapa tak basi, kukus dulu sebelum di lumur pada kuih lopis. Kuih lopis di melaka bentuknya tiga segi.

    ReplyDelete
  2. As salam hajah,
    Trma ksh bg petua tu. Kalau kukus kelapa tu, ia mmg cepat basi. Buat pg, petang dh bau tengik. Kuih lopis Melaka dibuat menggunakan kaedah yg berbeza dgn lopes yg kat sini. Rasanya hampir sama.

    ReplyDelete
  3. as salam tuan rumah,
    sedap. di jepun tak dpt kelapa, kami gaulkan dgn kelapa parut kering. tapi kalau kepalapa parut kering dikukus, ia juga jadi lembut :]

    ReplyDelete
  4. Assalam oh lopes langkawi bulat ke, yg akk selalu tgk yg 3 segi je ....kukus pulut tak yah guna santan ke..

    Apa2 pun janji lopes mesti sedap bangat kan

    ReplyDelete
  5. :JahRera
    As salam, kat Jepn mmg tak ada kelapa segar utk diparut, kna gna kelapa parut kering. Ia akn jd lembut bila dikukus tp rasanya pasti tak sama dgn kelapa segar. Tak kisah la tu, nk seribu daya, taknak eribu dalih kn.

    ReplyDelete
  6. :Kak Rosaliza
    As salam kak rosa, lopes kat sini mmg bentuk bulat mcm tu. Potong pn gna benang supaya tidak terpenyek. Mak dgn Mein biasa buat kuih lopes yg ni. Bentuk tu mengikut negei dn citarasa masing2. Yg bulat ni lebih asli dn authentik..hehe..

    ReplyDelete
  7. Pembetulan utk jwpn komen Kak Nora
    Kalau tak kukus, ia mmg cepat basi bkn 'Kalau kukus kelapa tu, ia mmg cepat basi'

    ReplyDelete
  8. sedap kueh tu, makan dengan gula melaka

    ReplyDelete
  9. Mmg sdp kuih lopes ni. Mkn pulut ni baik utk kulit kita. Kulit blh jd halus dn mulus..hehe..

    ReplyDelete
  10. Salam...
    Kuih Lopis mmg kegemaran akak... sedap tu..

    ReplyDelete
  11. As Salam Nur Ede,
    Kalau akk suka mkn kuih ni msti pandai buat kn.

    ReplyDelete
  12. wow menu authentic ni..bg la rcp sekali

    ReplyDelete
  13. Resepi dh ada tp dlm bentuk rencana sbb blog ni bkn blog masakan..hehe..

    ReplyDelete