VIP Dedaun Alam

Wednesday, February 23, 2011

Beronoq @ Beronok

Semasa hidup bentuk badan beronoq atau beronok adalah bulat dan agak runcing pada kedua-dua bahagian hujungnya. Bentuk seakan bola ragbi. Apabila mati, kandungan air di dalam perutnya akan terkeluar menyebabkan ia menjadi seperti dalam foto ini.

Beronoq yang telah dibelah perut dan dibersihkan.

Beronoq (sebut : beqonoq) atau beronok ini adalah hidupan laut dari spesis gamat atau timun laut. Yang membezakan gamat dan beronoq ini ialah bentuk dan tekstur badannya. Gamat lebih kasar manakala beronoq mempunyai badan licin seperti sotong. Ia mendiami laut atau pantai yang berlumpur. Tidak diketahui diet utama beronoq ini kerana isi perutnya hanyalah cecair dan sedikit lumpur. Beronoq hanya diperolehi pada musim tertentu(biasanya sekali setahun) dan tidak akan ditemui sepanjang tahun. Beronoq dikutip menggunakan tangan di kawasan pantai yang cetek. Ia menjadi hidangan eksotik penduduk Langkawi samada dimakan mentah dan dijadikan kerabu. Hidangan kerabu beronoq ini juga dijadikan hidangan semasa kenduri jika tiba musimnya. Ia juga menjadi menu di kedai makan atau restoran sekitar pulau Langkawi ini. Tiada cara lain untuk memasak beronoq ini kerana sifatnya yang mencair jika didedahkan kepada haba atau kepanasan.

8 comments:

  1. assalam..oh cam ni rupanya bronok ni. hari tu ada tgk kat tv, x ingat rancangan apa, ada satu customer tu kalo pg lgkwi mesti pg kat kdai mkn tu cari menu krabu beronok, ktnya sedap sangat

    ReplyDelete
  2. sya pernah makan masa duk di langkawi beberapa tahun dulu
    kerabu bronok

    ReplyDelete
  3. :Kak rosaliza
    As salam kak rosa, rupa dia lbh krg gamat sbb spesis gamat. Biasanya buat kerabu. Mmg sdp kerabu beronoq ni. Lps ni nk post psl kerabu beronoq pulak.

    ReplyDelete
  4. :sayangsayang ibu
    Rasanya beronoq ni hnya ada di pulau Lgkwi shj. Tmpt lain mmg takdak kot. Sdp tak kerabu beronoq ni sya mkn? Saya pn sejak duk kat sini boleh merasa kerabu beronoq ni.

    ReplyDelete
  5. bleh mkn eh..menda alah ni..sekali tgk cam umpan la plak huhuhu..tp blom cuba blom tau kan?mknan exotic cenggini ssh nk dpt..

    ReplyDelete
  6. Blh mkn beroinoq ni sbb ia spesis gamat. Buat kerabu sedap tuu.. Nk post n3 kerabu beronoq pulak lps ni. Beronoq ni ada khasiatnya tersendiri iaiut blh menyembuhkan luka dalaman dan meningkatkn tenaga.

    ReplyDelete
  7. Kalau dh biasa mkn beronok ni msti tau sdp ke tak. Sekali mkn msti nk lg kn..

    ReplyDelete