VIP Dedaun Alam

Wednesday, January 9, 2013

Kuih Bungkus Manis


Siapa yang pernah lihat dan makan kuih bungkus manis? Kuih bungkus adalah kuih tradisional Kelantan yang makin sukar untuk dibeli sekarang. Kuih ni disebut sebagai 'kuih bukuh manih' oleh penduduk tempatan. Semasa zaman sekolah dulu, bonda saya biasa buat kuih bungkus manis untuk dijadikan hidangan minum petang kami sekeluarga. Proses membuatnya masih saya ingat dan sayalah tukang ambil daun pisang untuk membungkus kuih ni. Kuih bungkus manis ni dalam perancangan saya dan isteri untuk membuatnya. Ubi kayu dah ditanam dan bila ubinya dah ada, InsyaAllah kuih tradisional ini akan jadi hidangan kami.

Nota : Kuih dalam foto dibeli oleh adik ipar saya untuk sarapan pagi bersama nasi berlauk. Kuih bungkus manis sebenarnya bukan mudah untuk didapati kerana orang yang membuat dan menjualnya sekarang dah berkurangan.

16 comments:

  1. Salam che adry...
    tak sama yer kuih bungkus manis ngan tepung boko ubi kayu..? bahannyer drp ubi kayu srta santan jgk kan..?

    ReplyDelete
  2. kenapa kaler dia cokelat sikit,pakai gula perang ka jadi mcm tu? Bahan2 dia pakai ubi sahaja atau di campur sikit dengan tepung ubi?

    ReplyDelete
  3. macam bingka ubi tapi balut satu2 ke?

    ReplyDelete
  4. As salam ummu,
    Kuih boko ubi kayu dgn bukuh manih tak sama. Cara membuatnya berbeza tp rasa keduanya hmpir sama sbb guna ubi kayu.

    ReplyDelete
  5. @Ibu Qistina
    Kaler dia coklat tu sbb guna gula melaka. Ubi kayu kena parut, perah airnya. Tak buh apa2 jenis tepung. Cara buat kuih ni saya akan posting dlm blog bila kitorg dh realisasikan kuih tradisional ni.

    ReplyDelete
  6. Tak pernh tgk kuih ni en adry...kuih tepung bungkus yang putih tu ja pernah tgk..kuih kegemaran sya tu...he..

    ReplyDelete
  7. @Kniedaz
    Kuih ni kena bungkus satu2. Kiranya sebiji sorang makan. Nk buat kuih tradisional kena rajin membungkus.

    ReplyDelete
  8. @hitomi lavender
    Kuih ni ada kat Kelantan je Yana. Kat tmpt lain tu pyh nk dpt. Kuih tepung bungkus byk org juai kat Kedah dan tmpt2 lain sbg kuih sarapan pagi.

    ReplyDelete
  9. cara adry terangkan tu macam sama dengan kuih mak saya buat, tapi kami panggil lepat ubi.. sedap sangat... ramai yang suka, dapat makan satu je hari tu.. huhuhu

    ReplyDelete
  10. Cara buat kuih ni mgkn sama dan ada sedikit perbezaan tertentu terutama saiz dan bentuknya. Rasa pn sama sbb bhn2 yg digunakan hmpir sama.

    ReplyDelete
  11. Salam En Adry..lepat ubi bungkusan penuh..yg ni tak balut penuh..nanti tunjuk la step by step sebagai rujukan generasi akan datang

    ReplyDelete
  12. Kuih ni sama dengan lepat ubi bagi negeri Johor. Beza cara bungkusan nya bagi Johor dan pantai Timur. MIL sy org terengganu so bungkus style ni. Saya tak berkenan cara pembungkusan ini sebab terdedah isi kat dalam. Klu di Johor kita bungkus penuh, tak nampak isi lebih juicy, lahi pun lalat tak sempat nak hinggap. Bahan2 pun sama cuma di Johor kita ambil pati dari perahan ubi kayu utk dicampur dlm adunan. Rasa manis gula melaka/merah, lemak memang owesome..

    Rie Johor Bahru

    ReplyDelete
  13. @suka suka
    As salam kak mar,

    Lepat ubi dn kuih bungkus ni mansi berbeza sikit walaupun bhn dan cara membuatnya hmpir sama. Saiz kuih bungkus manis ni 2 kali ganda besar berbanding lepat.

    Bila saya dh buat kuih ni, posting tersebut akan disiarkan.

    ReplyDelete
  14. @Rie Johor Bahru
    Kuih lepat ubi dan kuih bungkus ni ni bkn kuih yg sama biarpun cara dan bhn membuatnya hmpir sama. Kalau dh bungkus penuh tu mmg la org panggil lepat. Lepat pn ada kat Pantai Timur. Yg ni namanya kuih bungkus manis.

    ReplyDelete
  15. Sedapnya bunkuh manih...mmg susah nak cari, yg ori klate mmg kena cari kat klate je..sedapnya. Kat KL ni ada juga jual pasar pagi ahad di pantai dlm, halus je rm2 4 biji

    ReplyDelete
  16. Yg ni adik ipar beli kat Muse. 4 biji yg besar tu RM1 katanya. Kalo yg bungkus halus2 tu dh jadi kuih lain la kot. Bukuh manih kena bungkus besar2.

    ReplyDelete