Tuaian kali ni tuan kebun kena bawa dua bekas sebab hasil agak banyak daripada biasa. Kobis cina dituai kali kedua dan masih ada untuk tuian ketiga. Tuaian ketiga adalah pokok-pokok kobis yang kurang subur kerana perebutan nutrien dan ruang. Kobis-kobis tersebut diberi penjagaan lebih baik dan membesar dengan baik. Petola segi terus memberi hasil yang baik kepada tuan dia. Sebiji petola ular boleh dimasak dua kali. Kacang botor makin lebat buahnya, buah-buahnya boleh dipetik tiga hari sekali. Kacang bendi singa berterusan memberi hasilnya. Peria kampung sedap dimakan sebagai ulam biarpun agak pahit rasanya.
ReplyDeleteassalammualaikum Eadry,
banyak kan buah petola segi tu. Baja utk.sayur berbuah dan sayur jenis daun sama ke? terimakasih.
Wa'alaikumusallam cikgu,
ReplyDeletePokok petola segi yg saya tanam jenis rajin berbuah. Ada juga buah yg terlepas masa tuaiannya, dah tak blh tuai utk makan. Baja utk sayuran jenis daun dan sayuran jenis buah berbeza. Kalau buh baja daun pd pkk sayuran jenis buah, pkk yg subur tp buah tak berapa nk menjadi.
Salam Adry,
ReplyDeleteAlhamdulillah murahnya rezeki! Mak Aji baru dua hari lepas masak sayur pedas buah petola, tapi tentunya tak sesedap yang ditanam sendiri!
seronok tengok hasil tuaian tuan tanah....banyak tu petola yg dapat
ReplyDeletei like ur harvest so much!! ur petola really productive! that petola ular panjangnya!!
ReplyDeleteSalam che adry..
ReplyDeleteBnyaknya tuaian..dah tak payah beli sayur kat pasar lagi dah tuh...
che adry biasanya tuai serentak yer, bukannya bila nak masak baru tuai?
salam en adry..suka tgk byk2 mcm ni...sy punya petola tua dipokok..bendi pun sama..kalau yg tua ni kita biarkan saja sampai kering ke?
ReplyDelete@Ummu Madihah
ReplyDeleteAs salam Mak Aji,
Alhamdullah...rezeki utk tuan kebun dan keluarga. Sayuran yg kita tanam sendiri lebih memberi kepuasan dan kita yakin ianya selamat.
@Kniedaz
ReplyDeletePetola yg saya tanam ni jenis rajin berbuah. Ada yg tak larat nk bawa buah sampai patah batangnya.
@olive
ReplyDeleteTuaian yg buatkan tuan kebun rasa puas. Petola ular tu blh masak dua kali sbb saiznya yg panjang.
@ummuaidan
ReplyDeleteAs salam ummu,
Dah byk jenis sayur yg tak payah beli kat pasar. Blh petik segar dari kebun. Tuaian yg banyak ni biasanya saya buat pada hari kami cuti. Blh mkn kat rmh. Hari2 lain, mkn kat rmh waktu mlm je. Petik sayur sebelah ptg masak utk mkn malam.
@nadia rashid
ReplyDeleteAs salam Nadia,
Tuan kebun pn seronok bila dpt hasil yg byk mcm ni. Buah2 yg tua di pokok kalau kita nk simpan sbg benih blh dbiarkan ia tua dan kering. Kalau tak nak jadikan benih elok dibuang sbb ia akan mengganggu pengeluaran buah jika buah2 tua byk di pokok terutamanya bendi.
The greens looks yummy :)
ReplyDeleteYou have a very interesting blog! I'll be your follower :)
Greetings from Poland!
Hi Dewberry,
ReplyDeleteThank you for following my blog.