VIP Dedaun Alam

Monday, January 14, 2013

Kebun Kecil Tepi Pagar - Segar Dari Kebun 07/01/13


Tuaian pertama kobis cina yang saya kurang pasti varieti apa. Rasanya kobis cina micky. Saya sebenarnya rasa cuak untuk tanam kobis cina kerana ia lebih sesuai dengan cuaca sederhana dan sejuk. Lagipun nak tanam pokok sayuran berdaun seperti ini kita perlu semai biji benih, tunggu ia bercambah dan membesar denan baik. Bila anak pokok telah sesuai untuk dipindahkan ke tempat baru, ia perlu dicabut dari semaian. Kerja menanam anak-anak pokok yang kecil dan rapuh ini perlukan ketekunan, kesabaran dan kerajinan yang bukan sedikit. Yang pasti, tak semua anak-anak pokok yang baru ditanam akan hidup dan membesar. Pasti ada yang gagal hidup. Itulah cabaran yang perlu dihadapi selain serangan serangga perosak. Kobis cina yang saya tanam ni adalah benih kongsi yang diberi percuma oleh en. Iskandar(tanamsendiri.com). Kata beliau, daun pokok kobis jenis ini akan terbuka jika ditanam ditempat panas dan tertutup sekiranya kita tanam di kawasan bersuhu sederhana atau sejuk.

Semasa anak-anak pokok kobis cina dipindahkan dan ditanam di batas, ia diserkup dengan jaring hijau untuk kurangkan pancaran cahaya matahari secara terus. Anak pokok membesar dengan baik biarpun ada yang mati dan mereka juga ditinggalkan selama 12 hari tanpa sebarang penjagaan dan pengawasan. Akhirnya, penat lelah tuan kebun terbalas dengan tuaian pertama yang boleh dimakan dua kali. Yang pertama, makan sebagai ulam dan kedua, masak bening.

27 comments:

  1. nampak subur sangat... best kan tanaman menjadi.. :)

    ReplyDelete
  2. sedapnya sayur bening. Tak pernah lagi tanam sayur jenis ni..cepat ke cambahnya tuan?

    ReplyDelete
  3. @JaSSNaNi
    Subur tak la sangat sbb saya tak jaga pkk ni selama 12 hari semasa bercuti hari tu tapi kobis cina yang dituai mmg segar.

    Mmg best bila tanaman kita menjadi. Berbaloi semua penat lelah kita.

    ReplyDelete
  4. @puteri purnama,
    Sayur bening ni masakan yg simple tapi sedap. Biji benih pkk ni bercambah dlm tempoh 12 jam selepas disemai. Pkk kobis blh dituai selepas sebulan ditanam. Cikgu blh cuba tnm sbb ia sangat sedap, rapuh dan rangup.

    ReplyDelete
  5. Sihatnya kobis ni..sya tgh duk berkira nak tanam sayuq berdaun ni en adry..pasai semua kna leaf miner..daun sayuq jd x elok..ilang semangat nak berkebun ni.huhu....

    ReplyDelete
  6. salam perkenalan, nama ku melor. nice blog.

    ReplyDelete
  7. Assalam En daun, akk tak pernah mimpi la nak tanam sayur daun2 mcm ni, mmg tak jadi punya, kalo hidup pun mcm malu2 kucen je nak hidup tu. Seronok tgk hasil kebun

    ReplyDelete
  8. Pokoknya mmg fragile. Last2 saya biar x beralih. Mmg sempit la sikit.tp hidup juga dgn sihat. Perlu bawah shade sikit kan.

    ReplyDelete
  9. sy pun tgh menanti kobis cina sy membesar...ini berapa lama en adry tanam jd besar gini?..sy punya dah hampir sebulan...tapi kecik lg lah..sy tanam dlm 2-3 anak pokok sekali gus..sebab lenguh lah nak semai satu2..tu pun ada lagi tak alih

    ReplyDelete
  10. @hitomi lavender
    Alhamdulillah...kobis cina ni blh dikatakan sihat biarpun tuan dia tak jaga 12 hari.

    Yana blh cuba tnm sayuran berdaun jenis lain sbb sawi yg jadi mangsa leaf miner tu. Kailan yg Yana tnm tu selamat kn. Kobis cina pn blh kot sbb daunnya nipis2 je. Leaf miner tak celuih nk masuk..hehe..

    ReplyDelete
  11. @Melor
    Salam perkenalan buat Melor. Terima kasih singgah sini.

    ReplyDelete
  12. @EmbunRosaliza
    As salam kak rosa,
    Nanti akak blh cuba tnm sayuran ni. Mana tau menjadi, blh mkn sayur segar yg ditanam sendiri.

    ReplyDelete
  13. @zamzurina zulkafli
    Anak pkk jenis ni mmg rapuh. Terkasar skt cara kita urus, patah la btg pkk. Kobis cina yg dah besar mcm dlm foto pn rapuh, tarik kuat sikit msti pth kat tangkai daun.

    Pkk yg saya tnm ni mmg kena pancaran matahari tp bkn sepanjang masa sbb terlindung oleh pkk2 besar. Bila waktu panas, daun akan layu mcm nk mati

    ReplyDelete
  14. @nadia rashid
    Kobis yg saya tuai ni umur dia lbh krg sebulan setengah. Kobis ni saya semai dulu, dan pindahkan ke batas bila dh muncul daun ketiga dan keempat. Saya tnm berbaris dgn jarak tertentu utk elakkan persaingan dan beri ruang utk daunnya membesar. Tnm satu2 kalau anak pkk sihat dan buh dua pkk jika anak pkk krg baik.

    ReplyDelete
  15. Salam En. Adry.. seronok akak tengok kobis ni..setakat akak belum berjaya menuai kobis dan sawi.. setengah jalan je..

    ReplyDelete
  16. Sgt cantik! Puas tengok !! I pun rasa leceh tanam sayuran berdaun but rasa puas bila berjaya n have luck to harvest

    ReplyDelete
  17. Sgt cantik! Puas tengok !! I pun rasa leceh tanam sayuran berdaun but rasa puas bila berjaya n have luck to harvest

    ReplyDelete
  18. @suka suka
    As salam kak mar,
    Saya pn seronok sbb dpt tuai kobis yg segar. Kobis cina tak susah sgt nk menjaganya, cuma ada serangan dr belalang, yg lain2 tu ok. Kalau tnm di tmpt panas, kena rajin siram sbb ia mudah layu.

    ReplyDelete
  19. @olive
    Puas tgk dan puas mkn sbb sayur yg kita tanam sendiri ni lebih terjamin. Memang leceh nak tanam sayuran jenis berdaun mcm sawi dan kobis tapi bila dapat tuai hasil, berbaloi rasanya.

    ReplyDelete
  20. Salam che adry...
    nampak subur tuaian tuh..betul kata che adry, sayuran hijau kalau nak tanam memerlukan banyak penjagaan dan cuaca yg sesuai..dah lama tak tanam sayuran hija camni kecuali kangkung jer...hehe

    ReplyDelete
  21. As salam ummu,
    Sayuran jenis daun ni mmg perlu byk penjagaan dan cuaca mainkan peranan penting. Kalau cuaca terlalu panas, pkk sayuran akan jadi krg subur dan hijau kecuali dijaga dgn baik.

    ReplyDelete
  22. saya suka tanam kobis cina, sebb yang ni saya tanam paling senang.. tapi saya tanam dalam pasu gantung tempat separa cahaya matahari , gemuksss.. tumbuh sebb saya letak baja nitrogen seminggu sekali.. cubalah

    ReplyDelete
  23. sayur ni kene masuk sahaja ke en.adry. nampak ala2 salad rupa kubis dia....kalo buat ulam makan cicah budu sedap ni....mmmmm~~~~

    ReplyDelete
  24. @lavendernovella
    Kobis cina ni kali pertama saya tnm dan puashati dgn hasilnya. Bila pkk dh membesar, ia mudah dijaga. Cuma masa kecik kena beri lbh perhatian.

    ReplyDelete
  25. @Ibu Qistina
    Kabis cina ni kalau rajin kita blh masak tp bila krg rajin, ia blh dimakan mentah sbg ulaman. Tekstur pkk rangup, rapuh dan rasanya sedap. Kobis cina ni daunnya akan tertutup jika kita tnm di tempat sejuk. Yg saya tnm ni tgh panas, daunnya terbuka.

    ReplyDelete
  26. Suka jugak tengok...Minat sangat2 tapi tak berkesempatan lagi..Boleh ambil inspirasi dari sini untuk mula projek tanaman sayur...anyway nice blog..

    ReplyDelete
  27. Bagus tu bila ada minat utk bertanam dan inspirasi serta niat, blh dimulakan projek tnm sayuran. Kita pun puashati dpt mkn sayuran segar yg ditanam sendiri.

    ReplyDelete