VIP Dedaun Alam

Friday, October 5, 2012

Kebun Kecil Tepi Pagar - Semaian 27/09 & 04/10

Biji benih yang disemai pada 27/09/12. Berkongsi bekas semaian ini dari kiri, sawi fair lady, petola ular, timun jepun (perfect green), labu air yang belum bercambah dan bendi emas.

Semaian kali ini lebih menjadi kerana kesemua lima biji benih petola ular bercambah.


Cili solok siam. Semaian kali kedua kerana pada semaian pertama semua biji benih dimakan semut gatal. Ada kisah menarik di sebalik cili solok ini. 

Cili kulai king. Semaian kali ketiga. Yang pertama dan kedua tidak berjaya kerana dimusnahkan oleh semut gatal. Mereka memakan cambahan anak pokok dan kotiliden semasa benih bertunas.

Semaian pada 04/10/12. Petola segi, kacang botor, labu botol dan peria.

Hasil pertama bendi singa yang ditanam sehari sebelum raya. Bendi-bendi ini akan dituai esok.

12 comments:

  1. Hurmm tola ular masak lemak putih mkn nagan ikan goreng umal cicah budu bestttt.

    Suka tgk bila tanaman menjadi, tanah umah akk ni gersang dan berpasir, pokok hidup x subur huhu.

    Agaknya nak masak apa lah ngan bendi hari ni, singge ko hehhe

    ReplyDelete
  2. jika kita rajin semua menjadi....
    yg seronok pagi2 buat lawatan...walau kebun kecil tapi kita bersemangat besar untuk melihat perkembangannya.....

    hari menuai hasil, rasa bangga kecapi usaha sendiri....

    bendi....sedap sayur singgang...

    ReplyDelete
  3. cepat2 tuai bendi tu, kalau lambat dia bersabut , tak sedap.hehehe apa pun tahniah, dah dapat makan hasil tanam sendiri.

    ReplyDelete
  4. @ezzyra
    Yg kecik2 tu pokok yg masih baby sbb tu comey..hehe..

    ReplyDelete
  5. salam en. adry,
    cili solok siam saya bayangkan cilinya yg besar & gemuk betul tak?
    Lagi satu, mcm timun, petola labu nie en. adry prefer semai dlm bekas & alihkan yer? saya kalau yg jenis mcm nie basa tanam direct, letak benih belih2 sikit, bukan apa malas nak alih mengalih kadang2 tak hidup sbb panas.. mungkin tpt en adry subur ya, pokok senang hidup...

    ReplyDelete
  6. @EmbunRosaliza
    Tolo ular tu blm nmpk tanda2 nk berbuah lagi. Semua bunga jantan yg keluar setakat ni. Pg tadi baru tnm 4 lagi anak pokok petola ular. Bila ada buah nanti, menu pertama yg nk mahsuri buat ialah petola ular masak lemak putih.

    Tnh yg ditambak ni mmg jenis subur, masih kaya dgn nutrien. Tgk pkk dn buah bendi tu, langsung tak bubuh baja..buahnya dkt2 sekaki pjg. Bendi tuai 6 biji je, celur cicah budu la jawabnya.

    Akak blh guna tnh yg beli nurseri, tnm pkk dlm pasu atau bekas. Kalau nk benih, blh nk poskan kpd akak nanti.

    ReplyDelete
  7. @zul permatang badak
    Alhumdulillah, dh blh tuai hasil pertama drp titik peluh sendiri dan yg pentingnya ia bebas racun. Nk mkn terus pn blh.

    Wlpn kebun ni kecil je saiznya tp bila buat kerja berpeluh2 juga la. Kira mcm bersenaman.

    Bendi yg saya tuai tu dimakan sbg ulam. Lps ni blh la masak bendi singgang atau kari.

    ReplyDelete
  8. @Puteri Purnama
    Bendi singa baka F1 979 ni dh dituai. 2 biji yg plg tua saya simpan utk benih. Lps ni nk tnm byk2.. Biasanya bendi akan bersabut bila lps 7 hari dr bunganya mekar. Rasa puas hati sbb dh blh mkn hasil tgn sendiri.

    ReplyDelete
  9. @ummuaidan
    As salam ummu,
    Saya semai dulu biji benih sbb kebun kecil saya byk semut gatal. Kalau tnm terus, habis dimakannya cambahan anak pokok. Kena pastikan anak pkk betul2 kuat br blh dialih. Setakat tiada masalah jika anak2 pokok yg disemai dialih dan ditanam tapi kena pastikan siraman dilakukan jika tidak hujan.

    ReplyDelete
  10. kalau kat rumah akak,dimakan siput babi waktu malam.....

    ReplyDelete
  11. Kaedah tradisional dan mesra alam yg digunakan utk elak/halau siput adalah meletakkan abu di sekeliling pokok. Kaedah ini tidak berkesan jika hujan lebat selepas abu ditabur.

    ReplyDelete