Ladybird atau ladybug sebenarnya ada lebih 300 spesis. Bukan semua spesis ladybird membantu petani. Spesis ladybird dikelaskan mengikut bintik pada badannya. 12 spot ladybird seperti dalam foto ini adalah jenis perosak samada larvanya atau ladybird dewasa. Lihat kesan gigitan pada bahagian atas daun. Ia hanya memakan bahagian atas daun tanpa melubangkannya. Kerosakan pada daun tidak begitu teruk kerana jumlahnya yang sedikit.
Bila nampak tuan kebun, tau pula dia melarikan diri dan sembunyi dengan membuat penyamaran. Macam la tuan kebun tak nampak...hehe.. Ladybird ni saya tak sampai hati nak musnahkan.
Ladybird 2 bintik ini bersaiz agak kecil. Hanya 1/4 daripada saiz ladybird yang pertama. Foto ladybird ni agak blur kerana ia sedang berlari-lari anak atas daun setelah melihat tuan kebun. Tak pasti kehadirannya untuk menolong atau sebaliknya.
Yang ni sedia untuk menyuntik buah dengan telurnya. Ia adalah antara musuh utama petani dan penanam.
Serangga? Labah-labah bukan serangga tapi araknid. Labah-labah karnivor kecil ini menangkap serangga lain untuk dijadikan makanan.
pinggat buoh, ooo kalu pohon tene....suko sangat, habih....punoh...
ReplyDeletenok menanam pun takdok semangat.....itulah tanam sayur modalnya besar, racun pun mahal.....banyak musuh.....
salam en. adry...sy tengok ladybird tak penah rasa benice..malah suka lagi..mungkin sebab dia comel kot..hehe..kalau mrk nak makan daun..makanlah...
ReplyDeleteyg lalat buah tuh mcm mana nak hapuskan mrk yer...cepat ajer menyerang buah2
@zul permatang badak
ReplyDeleteLupa dah nama lalat buah dlm loghat Kelate. Peringat buoh ni kalau sengat buah habis la rosak. Tu yg petani dok sembur racun serangga. Kita tgk masa sembur mmg gerun nk mkn.
@ummuaidan
ReplyDeleteAs salam ummu,
Sama la mcm saya, tak sampai nk matikan ladybird. Rasa kesian pulak sbb mereka comel2. Kalau larvanya menyerang pokok, terpaksa hapuskan krn tanaman blh rosak teruk.
Lalat buah tu blh guna kertas perangkap lalat buah atau perangkap lalat buah yg ada feromon tu.