Monday, October 15, 2012

Kebun Kecil Tepi Pagar - Ahli Baru Kebun

Anak pokok petola ular yang disemai pada 27/09/12. Tanam lima pokok lagi menjadikan tujuh pokok kesemuanya. Dua pokok yang mula-mula ditanam dah ada tiga putik buah.

Anak pokok peria, lima pokok semuanya.

Cili yang saya kurang pasti jenis atau varietinya kerana semasa disemai ada tiga jenis iaitu cili kampung, cili solok dan cili kulai king. Dua daripada bekas semaian tak berjaya hidup dan yang bercambah ini telah saya alih posisinya. Silapnya saya tak buat penandaan.

Anak bendi emas. Saya tanam lima pokok sejajar dengan bendi singa baka F1, 979. Mana tau lepas ni ada benih cross breed antara bendi singa dan bendi emas, bolehlah saya letak namanya, bendi singa emas..hehe..

Kacang botor, daripada lima biji benih yang disemai hanya dua yang berjaya meneruskan hidup.

Anak pokok yang senget ni adalah petola segi. Bukan patah tapi saya semai di bawah lindungan matahari. Jadi, ianya condong ke arah cahaya matahari.

9 comments:

Kamsiah Yusoff said...

bendi emas..?saya cuma kenal 2 jenis ja...

zul permatang badak said...

oh banyak sayuran......takyah bebeli lepah ni.....
tuai je....
sawi tak tanam ke....?

zul permatang badak said...

oh banyak sayuran......takyah bebeli lepah ni.....
tuai je....
sawi tak tanam ke....?

ezzyra said...

kesian pokok 2 senget...hehe

ummuaidan said...

salam en.adry...nampak byk jugak tuh ahli baru..nie batch yg keberapa pulak nie...byk tak tanam dari setiap jenis..

Adry@Daun said...

@Kamsiah Yusoff
Bendi emas ni varieti baru, jenis berbuah lebat. Lbh 6 varieti bendi yg biasa ditanam di Malaysia.

Adry@Daun said...

@zul permatang badak
Byk jenis tp kuantiti tak byk, cukup utk mkn kami sekeluarga. Sawi pn ada tnm, kalina baru semai tp sayuran jenis berdaun saya tak berapa suka nk tnm sbb serangga perosak mkn daun.

Adry@Daun said...

@ezzyra
Pokok petola segi tu senget sbb nk cari cahaya matahari. Lps ni dia naik tegak la sbb dok tgh panas dah.

Adry@Daun said...

@ummuaidan
As salam ummu,
Yg ni batch ketiga, saya tanam byk jenis tp jumlah setiap jenis tak byk. Antara lima ke 10 pokok saja. Bendi ada 14 pokok. Tnm cukup utk kami sekeluarga dan bila ada lebih blh bagi pd jiran dan kwn2.