VIP Dedaun Alam

Wednesday, November 9, 2011

Jering

Buah jering matang.


Jering atau nama botaninya, archidendron jiringa adalah tumbuhan dalam famili Fabaceae yang berasal dari Malaysia dan Thailand. Pokok jering biasanya tumbuh meliar di dalam hutan dengan ketinggian sehingga 20 meter. Pokok jering tumbuh merendang dengan cabang-cabangnya yang banyak.

Buah jering dimakan sebagai ulam tetapi kurang popular kerana baunya yang tidak menyenangkan dan baunya lebih kuat berbanding petai. Buah jering mengandungi 3.5% protein, 0.1% lemak, 1.7% karbohidrat, kalsium, fosforus, besi, dan vitamin A, B, dan C. Ia juga mengandungi sejenis sebatian alkoloid yang boleh memberi rangsangan membuang air besar. Tetapi biji jering juga mengandungi bahan toksid yang dikenali sebagai asid jenkolik. Sekiranya kita memakan terlalu banyak, ia akan memudaratkan kesihatan. Asid jenkolik yang banyak terkumpul dalam badan akan membentuk hablur dalam ginjal dan akhirnya akan menyebabkan pundi kencing tersumbat. Jering boleh menjadi penawar yang berkesan untuk pesakit diabetis kerana kandungan sebatian alkoloid mampu meneutralkan kandungan gula dalam badan. Akar pokok jering yang dikeringkan kemudian direbus dan diminum air rebusan tersebut dipercayai dapat merawat diabetis. 

Selain buahnya yang dimakan sebagai ulam, pucuk muda pokok jering juga boleh dijadikan ulaman. Buah jering boleh dimakan segar sebagai ulam, dijeruk, dijadikan jering relung dan direbus. Jering relung dihasilkan dengan kaedah menanam biji jering matang atau agak tua di dalam pasir sehingga tunasnya mula bercambah. Setelah tunasnya bercambah, biji jering boleh digali dan dibersihkan untuk dimakan sebagai ulam. Proses membuat jering relung ini adalah untuk mengurangkan bau dan melembutkan tekstur isi buah jering. Jering relung boleh dibiarkan berada di dalam pasir sehingga anak pokok jering mula tumbuh.

15 comments:

  1. tak penah makan, ulam yg jenis berbau ni x wape nak masuk tekak waima petai... :) walaupon ada khasiatnya tersendiri... kalau petai tu boleh lg sikit2...

    ReplyDelete
  2. assalam.. ingatkn en daun buat jerring rebus hehe, byk khasiat, tp bau tu yg tak tertahan. byk khasiat rupanya

    ReplyDelete
  3. :Melati Qistyna's Mummy
    Semua jenis ulam tak kira yg berbau atau tidak mempunyai khasiat utk kesihatan kita. Saya mkn kedua2 ulam ni tp petai tetap the best..hehe..

    ReplyDelete
  4. :EmbunRosaliza
    As salam kak rosa, jering pn pyh nk jumpa kat sini, jering rebus mmg mustahil nk jumpa org buat atau jual. Jering mmg dr dulu lg dimkn sbg 'ubat kencing manis'.

    ReplyDelete
  5. Assalam. Sebusuk-busuk jering orang makan juga - yg muda, yg tua & yg dah bercambah di pasir! Hebat daya tarikan si dia, ya Adry.

    Dalam gambar tu kuat sungguh si tangkai jering memegang buahnya. Pegang kuat, tak mahu beri sesiapa minta.

    ReplyDelete
  6. As salam cikgu,
    Sebusuk-busuk petai, jering dan kerdas org makan juga dek krn khasiatnya utk tubuh badan kita. jering ni jika tua, bijinya ditanam dlm pasir dan dikenali dengan nama jering relung. Jering tua yg keras akan jadi lembut dn krg berbau.

    Perumpaan Melayu, tangkai jering membawa makna kedekut atau pyh nak memberi sesuatu.

    ReplyDelete
  7. mak sedara lady pernah makan jering rebus.. tp lps tu die xleh buang air kecil.. ade batu karang.. kami semua dilarang makan..

    ReplyDelete
  8. Mkn jering rebus atau jering terlalu mmg akan memudaratkan krn kandungan asid jenkolik dlm jering akn terkumpul dalam ginjal dan menjadi hablur. Ia akan menyumbat pundi kencing.

    ReplyDelete
  9. stat mkn jering ni bla kawen..hik3..larling suka mkn pelbagai jns ulam.. wife nya skali pn dh pndai mkn mcm2 ulam dh..dulu2..jering n kerdas tak makan..skrg dah mkn..

    ReplyDelete
  10. Mkn ulaman ni mmg sgt baik utk kshtn kita dn ianya juga awet muda. Ketiga2 ulaman berbau tu abe mkn. Petai no 1, kerdas no 2, jering no 3..

    ReplyDelete
  11. betul tak jering rebus...kalau tak kena gaya boleh jadi kapit....sukar untuk membuang air kecil.....
    tapi saya tak pernah kena....
    kalau kena teruk sakitnya.................

    ReplyDelete
  12. Jering rebus blh kapit terutama org lelaki. waktu kecik2 dulu, saya suka mkn tp bila dgr ada org kena kapit trs tak berani nk mkn byk. Mkn juga tp sikit je. Kandungan asid jenkolik dlm buah jering yg berlebihan menyebabkan kapit tu. Mkn sikit ok je.

    ReplyDelete
  13. nak cari akar jering ni kat mana ehh?

    ReplyDelete
  14. Di kawasan kg masih byk pkk jering ni. Kalau perlukan akar jering, kena rajin mencari. Ada juga kedai ubatan yg jual akar jering yg dah dipotong nipis2 dan dikeringkan sbb ia digunakan sbg ubat herba tradisional.

    ReplyDelete
  15. Muhammad Iman Nashriq, berumur 2tahun mengidap penyakit lelah atau asma sejak berumur 5bulan. Adik ni berulang alik ke hospital sejak umur 5bulan sebanyak 3minggu sekali untuk buat rawatan sehinggalah dia berumur 2tahun. Tapi tetap tak nampak apa2 perubahan makin sembuh ke atau makin baik,tetap sama saja. Ibu cuba memberi rawatan tradisional lain tapi tak ada juga perubahan, keadaan anaknya masih sama. Beliau bersyukur sangat apabila bertemu jus ni daripada seorang kawan, Iman tak perlu lagi dah pergi hospital buat rawatan. Batuk2 biasa ada tapi yang ketaranya Iman dah tak ada semput-semput dan sesak nafas macam dulu lagi. Kalau dulu 3kali sebulan kena pergi sedut gas, sekarang tak perlu lagi. Alhamdulillah.
    ..........................................................................
    Dan ramai lg psakit2 yg gunakan produk ni sembuh dari masalah lutut kronik,kanser dan lain2 yg guna produk jutawan herbs ni. Ini kenyataan bkn rekaan untuk melariskan produk semata2. Benda elok harus dikongsi agar sama2 dapat manfaat,okay.

    Nanti boleh hubungi En. Mohd Zuhairi dn pm sendiri testimoni2 td tu yer..😉

    9)Jadi saya mintak pd sape2 yg ada sakit kanser x kisah lah kanser apa pon...Call atau terus wasap Pengasasnya sendiri okay👇🏻
    En. Mohd Zuhairi - 017468 7570


    💐Yg penting ubat nya MAMPU DIBELI dan mujarab..mudah mudahan aaminn..🤲🏼


    Call order wasap@call- En mohd zuhairi- 0174687570

    😁kalau wasap lambat balas(biasa nya sebab ramai yg wasap dia.)
    Tp nanti dia akn blas jugak yer..
    #sharepadayangmemerlukan
    #sharing is caring

    ReplyDelete