VIP Dedaun Alam

Wednesday, November 16, 2011

Patah Tumbuh Hilang Berganti


Kata orang, yang patah tumbuh, hilang berganti. Maksudnya, akan ada pengganti bila kehilangan sesuatu. Yang patah, akan tumbuh tunas baru. Yang hilang akan ada pengganti walaupun tak sama dan serupa. Dan mungkin juga yang hilang tak akan berganti dan yang patah tidak tumbuh tunas baru. Pokok betik dalam foto ini patah kerana beban buahnya yang lebat dan ketinggiannya lebih 10 meter. Apabila angin bertiup agak kencang, batangnya sudah tidak mampu menanggung berat buahnya yang banyak dan besar. Tunas yang bercambah sebenar telah ada beberapa bulan sebelum pokok ini patah seolah-olah tahu kejadian malang bakal menimpanya. Buah betik masak daripada pokok ini biasanya menjadi habuan sang burung kerana buahnya terlalu tinggi untuk dikait. Burung gembala kerbau, merbah kapur dan burung melilin kini telah hilang sumber rezeki alam untuk sementara waktu.... Menanti yang tumbuh itu membesar dan berbuah.

12 comments:

  1. hehehe, rezeki utk tuan dan jua burung2 itu :)

    ReplyDelete
  2. Tuan pokok jarang dpt mkn buah yg masak sbb burung2 tu lbh peka dn cepat. Tuan pokok blh kait buah matang utk digulai lemak.

    ReplyDelete
  3. kalau burung makan.. kite boleh pahala kan?

    ReplyDelete
  4. betul...biarlah burung makan.....rezeki dia...dia berdoa untuk kita dimurahkan rezeki......

    tapi yg tumbuh tu.....ada riak2 nak berbuah ke?......

    Tanam je benih baru.....

    ReplyDelete
  5. @LadyBird
    InsyaAllah ada ganjaran dariNya jika kita ikhas dan tidak mencaci atau menyumpah haiwan yg memakan hasil tanaman kita.

    ReplyDelete
  6. @zul permatang badak
    Dh rezeki burung2 tu tp kini mereka dh hilang tempat mencari makan utk sementara waktu. Pernah lihat burung melilin singgah di pokok mangga utk cari buah betik ni tp dh takdak.. Kesian dia.. Yg tumbuh tu mungkin akan berbuah tp lambat lagi. Ada pokok sebelum ini bercabang tujuh dan kesemuanya berbuah. Sayangnya pokok itu tumbang dari bhgn pangkal. Berat. Saya dh tnm betik dari Mardi tp kelima2 pokok berbunga jantan. Sedih betul..

    ReplyDelete
  7. ..Patah tumbuh hilang berganti..megertilah ,,heheh nyanyi lak bila tgk tajuk gitu.

    Sayang lak buah2 betikkan, mcm tu lah kat rumah akk ni berebut ngan tupai, betik, la rambutan la,nangka pun sama tak sempat nak mkn huhu,

    ReplyDelete
  8. @EmbunRosaliza
    Akak nyanyi lagu Iklim la pulak ptg ni ye. Pokok betik tinggi dn buahnya lebat, bila ada angin kencang..patah la btgnya. Buah2 yg masak jd rezeki burung2 dan tupai..

    ReplyDelete
  9. betik ni sgt baik utk kesihatan kita terutamanya mata. Nk dpt betik pn tak pyh, ada dijual di hamir semua tempat..

    ReplyDelete
  10. Salam tuan mnta kongsi ayat yg atas tu ea. :D Tq..

    ReplyDelete