Burung cecawi anting-anting.
Burung cecawi anting-anting adalah antara spesis burung cecawi yang terdapat di Malaysia. Spesis cecawi ini dikenali dengan nama Greater Rocket-Tailed Drongo (Dicrurus Paradiseus). Cecawi anting-anting mempunyai jambul pada bahagian dahi. Ekornya bercabang dan mempunyai ekor panjang tanpa bulu dan berbulu sedikit pada bahagian hujung (seperti damak/anak panah). Bulu burung ini berwarna biru gelap berkilat tetapi kelihatan seakan kehitaman. Panjang keseluruhan burung cecawi anting-anting ini adalah di antara 30 hingga 36cm.
Ia biasanya mendiami kawasan hutan, tanah pamah, pinggir hutan (termasuk kawasan kampung), hutan sekunder, kawasan ladang dan boleh ditemui sehingga pada ketinggian 1,700 meter dari paras laut. Burung cecawi anting-anting menjadikan serangga, nektar bunga, burung-burung kecil, reptilia dan mamalia kecil sebagai makanan.. Ia mebiak pada bulan Februari-Julai setiap tahun. Burung betina bertelur di antara 3 hingga 4 biji dalam sarang yang dibina tergantung dari dahan pada ketinggian 4 meter hingga 15 meter dari tanah.
Burung ini mengeluarkan pelbagai bunyi termasuk kicauan yang kuat, bercampur siulan, bunyi hilaian garau dan ia mampu meniru suara burung lain.
Mengikut Akta 76/72, ia diperlindungi sepenuhnya.
burung dilindungi.... tp dpt snap pic yer, bertuahnya burung tu dtg bertenggek kt dahan betik ke tu... hehehe
ReplyDeleteBurung spesis ni dilindungi sepenuhnya. Selalu ada di kawasan umah. Cuma nk snap gmbrnya agak pyh sikit. Yg ni br landing atas pelepah betik. lps snap pic ni dia trs terbang....
ReplyDeleteadry..
ReplyDeletebukan orang panggil burung pulling.......nampak matanya merah je...
Yg ni kat Kelate org panggil burung cawi. Bunyi yg paling ia suka keluarkan, 'tuwu..tuwu..'. Ekor burung ni bercabang. Tgk dlm foto, celah2 daun durian tu. Ia juga ada bulu pjg yg mcm anak panah tu.
ReplyDeletenampak macam rupa burung kerak nasi, eh ya ke yang ekor pnjg kaler hitam berkilat, dulu2 ada kat kg lama kita, bila nama cawi tu rasa tak kenal je
ReplyDeleteAs-salam
ReplyDeleteNampak cantik burung tu. Kira-kira ia tu burung 'multi-lingual' lah, kan? Sebab tahu banyak bunyi! Agaknya 'cawi' tu apalah maknanya. Ekornya yang berbelah dua itukah yg macam rupa (atau melambangkan) anting-anting yang orang pakai kat telinga?
:EmbunRosaliza
ReplyDeleteBurung cecawi kecik sikit berbanding burung kerak nasi tu. Cecawi ni sama dgn burung damak sbb ekornya mempunyai ciri yg serupa. Kat kg takdok burung ni tp ada di kg bonda. selalu berbunyi atas pkk durian..
:Temuk
ReplyDeleteAs salam cikgu,
burung cantik jika kita dpt lihatnya secara langsung. Ada jambul dn ekot yg pjg mcm anak panah. Burung cecawi ni mmg multi-lingual krn ia blh mengeluarkn pelbagai jenis kicauan, siulan dn bunyian termasuk meniru bunyi burung2 lain. Cawi tu saya pn tak pasti apa maknanya. Terdapat lima spesis utama cecawi yg dijumpai hidup di Malaysia. Bkn ekor yg terbelah tapi bahagian hujung ekornya terdapat ekor yg lbh pjg sekakan anak panah atau damak. bahagian inilah yg seakan anting2.
Burung ni lebih glamer dgn nama 'burung tuw-wuu'.
ReplyDeleteMempunyai tabiat yg kurang baik. Suka bertelur dlm sarang burung leba ttp telur burung leba dimakannya. Selepas diram oleh burung leba, anaknya dijaga oleh burung leba juga sehingga agak besar ianya terus terbang mencari kawanan burung tuwwuu kembali.
Terdapat beberapa jenis atau spesis burung cecawi yg terdapat di Malaysia. Ada 5 spesis utama tp yg dlm foto ni agak jarang ditemui. Rasanya spesis cecawi dlm foto ni agak baik tabiatnya krn ia membina sarang yg tergantung dr dahan. Ada spesis cecawi lain yg agak jahat dgn menyamar dn menggunakan sarang dan burung lain untuk mengeram telurnya.
ReplyDeleteBURUNG NI BNYK JA DKT TEMPAT SYA DKT KAWASAN BUKIT TAPI ADA YANG CKP BURUNG NI MCM PUAKA CKIT HUHUHU KLU JUMPA TGK DIA PON MENAKUTKAN
ReplyDeleteCecawi ni byk jenis atau spesisnya. Ada cecawi gunung, cecawi hamba monyet, cecawi anting dan lain2. Cecawi anting2 ni jarang ditemui. Kalau bhgn ekornya ada spt anak panah, ianya cecawi anting2. Warna keseluruhan burung ini adalah biru gelap berkilat tp ia nampak seperti kehitaman.
ReplyDeleteekor burung cecawi ni ada nilai mistik... x caya, cuba tanya yg pakar :)
ReplyDeleteDi Kelantan burung ni dikenali dgn nama burung damak kerana ekornya spt anak panah.
DeleteKenapa di berinama burunh cewawi hamba kera
ReplyDelete