VIP Dedaun Alam

Wednesday, November 30, 2011

Pisang Rebus

Pisang nipah rebus


Pisang rebus antara makanan tradisonal yang semakin dilupai oleh generasi kini. Malah ada yang tidak pernah tahu kewujudannya sebagai makanan. Ia sangat popular pada zaman dahulu terutama ketika penjajahan Jepun di Tanah Melayu (kini Malaysia). Semasa penjajahan Jepun, pisang dan ubi rebus menjadi salah satu makanan utama kerana ketiadaan stok beras. Pisang yang direbus biasanya daripada jenis masam dan berkulit tebal seperti pisang nangka, pisang abu, pisang nipah, pisang awak dan pisang jari buaya. Pisang rebus dimasak dengan cara yang agak mudah. Pisang mengkal atau masak dipotong pada bahagian tangkai dan hujung buah, bersihkan dan masukkan ke dalam periuk. Tambah air sehingga pisang hampir tenggelam, bubuh sedikit garam kasar dan direbus sehingga masak(empuk). angkat, toskan dan boleh dimakan ketika masih panas. Ia juga sedap dimakan ketika sejuk. Jika pisang rebus darpada buah pisang mengkal, ia boleh dicacah bersama kelapa parut yang dicampur sedikit garam dan gula.

22 comments:

  1. Tuan,

    Pokok 'Mali-Mali' ialah sejenis tumbuhan dimana pucuknya dibuat perencah semasa memasak rendang daging/ayam. Pokok mali-mali boleh didapati di beberapa buah kampung di Rembau, Negeri Sembilan.

    ReplyDelete
  2. Assalam , lama rasa tak merebus pisang, hujan2 ni selalu rebus ubi kayu je. Sedapnya pisang ni mkn sejuk2, isinya pejal sikit. Kalo pisang nangka mengkal tu akk suka cicah2 nyor heheh.

    Pisang tanam sendiri ke tu

    ReplyDelete
  3. @ujang kutik
    Pokok mali-mali atau memali tumbuh meliar dan kurang dikenali. Terima kasih kongsi info pokok memali di sini.

    ReplyDelete
  4. @Embun Rosaliza
    As salam kak rosa, pisang tu i rebus mlm tadi. Terus mkn masa panas2 suam. Nis pn mkn juga. Mula2 dia tak mau tp bila tgk abah dgn ummi dia mkn, dia pn nk juga. Baru tau betapa sedapnya pisang rebus ni. Pisang ni dh masak, tak kena cicah sbb dh manis2 masam rasanya. Pisang nipah tu tanam sendiri. Dh 4 kali beri hasil..

    ReplyDelete
  5. penah makan hasi air tgn mak... sedap gak.... br 2hr lepas mak rebus mak rebus ubi badak... :D

    ReplyDelete
  6. Biasa mkn pisang rebus ni ye. Pisang jenis apa yg direbus tu? Ubi badak rebus?? Rindu nk mkn... Hjg thn ni tak blik kg, tak dpt beli ubi badak.

    ReplyDelete
  7. assalamualaikum tuan rumah.
    sedapnya pisang rebus. blh minta ckit tak? hehehe...

    ReplyDelete
  8. Wa'alaikumusallam kak anis,
    Hehe...sedap juga pisang rebus ni. Lama tak mkn, rebus sendiri je mlm tadi. Akak nk mkn tu blh tp tunggu kejap, nk rebus dulu..hehe.. Yg dlm foto tu dh abess..

    ReplyDelete
  9. dah lama tak mkn pisang rebus. waktu kecik-2 selalu jgk mkna :D

    ReplyDelete
  10. betul...lama tak makan pisang rebus...
    masa budak2 pisang rebus dijadikan sarapan pagi...tak banyak komplain.. suke ke...tak suke ke....itu lee yg ada..
    bila lapar makan juga....

    bila dah jadi org dewasa makan pagi ditentukan sendiri.....biasa kat kedai kopi...

    ikut geng2.....makan apa...? aaaa...sama je...
    apa?

    roti canai...
    nasi lemak....

    bosan......

    ReplyDelete
  11. @MZ
    Pisang rebus makanan tradisional. Pyh nk jumpa org jual atau buat skrg ni. Nk mkn kena rebus sendiri la nampak gayanya..hehe..

    ReplyDelete
  12. @zul permatang badak
    Pisang rebus ni makanan kita waktu kecik2 dulu. Skrg mmg payah dh nk jumpa org buat pisang rebus. Dh terlalu byk pilihan makanan yg ada skrg biarpn majoritinya tidak menyihatkan.
    Sarapan pagi skrg bkn lagi makanan yg baik tp yg mengenyangkan dan tidak elok utk kesihatan kita. Roti canai, nasi lemak..

    ReplyDelete
  13. kt sana hujan ke?time hjan2 syok la mkn pisang rebus ni,time x pnas x best la..

    ReplyDelete
  14. Masa rebus pisang ni hujan mcm musim banjir.. Mmg syok mkn pisang rebus. Nis pn mkn juga..hehe.. Dia hari2 dok tanya ucu dok kat mana?

    ReplyDelete
  15. nis2...mai la cni...boleh jmpa ucu dia

    ReplyDelete
  16. hehe...skrg ni dia dh tau ucu dia dok kat mana. Ucu dok Perlis ke? Ucu kat Penang?

    ReplyDelete
  17. pisang nangka rebus pun sedap jugak
    lama dah tak makan macam tu, enpakwe sya tak pandai makan jadi tak pernahlah di buat di rumah ni

    ReplyDelete
  18. Assalam ADRY
    Yang dalam gambar itu pisang abukah? Dulu ada di kg saya, tapi memang dah pupus. Jenis itu memang selalunya kami rebus sahaja. Pernah terjumpa yang seperti itu tetapi agak kecil sedikit (mungkin pokoknya kurus!). Saya hiris memanjang, jadikan empat hingga lima keping. Bila digoreng dengan tepung, hebat juga rasanya!

    ReplyDelete
  19. @kasihibu
    Pisang ni sgt mudah utk dimasak. Sgt simple dn sedap. Nk mkn pn pyh, guna sudu..bkn mkn mcm pisang segar.

    ReplyDelete
  20. @Temuk
    As salam cikgu,
    Yg dlm gmbr tu pisang nipah. Sama spesis dgn pisang abu tp pisang nipah dua kali ganda besar drp pisang abu. Bentuk dan rasa buah hampir sama. Masam-masam manis. Sedap dibuat pengat, sira, goreng dan rebus tapi kurang sedap utk dimakan segar. Pisang abu tu saya ada tanam tapi belum berbuah.

    ReplyDelete
  21. Salam, dah lama tak makan pisang rebus . Btul tu mmg ramai org tak penah makan pisang rebus. Blog anda bynk informasi , keep it up

    ReplyDelete
  22. As salam, pisang ni org tak jual kat kedai makan/restoran. Bila nk mkn terpaksa la kita rebus sendiri.

    ReplyDelete