VIP Dedaun Alam

Tuesday, November 15, 2011

Laksa Langkawi

Laksa utara versi original dari Langkawi.

Laksa adalah antara makanan tradisonal orang Melayu yang cukup terkenal di serata negara. Setiap negeri ada laksa dengan resepi yang tersendiri. Biasanya ia mempunyai rasa yang berbeza-beza mengikut negeri, daerah dan orang yang memasaknya. Laksa utara versi asal dari Langkawi ini berbeza dengan laksa utara yang biasa. Ikan yang dipilih untuk dijadikan kuah adalah kombinasi daripada dua jenis ikan iaitu ikan temenung (ikan kembung) dan ikan kebasi. Rasanya tak ramai yang mengenali ikan kebasi. Ikan kebasi juga dikenali dengan nama ikan selangat. Jika belum kenal ikan jenis ini, sila buat carian di internet dengan kata carian, ikan kebasi atau ikan selangat. Kuah laksa tidak akan sempurna jika tidak dimasukkan bunga phaeomeria speciosa dan daun persicaria odorata. Ia juga mesti disekalikan dengan beberapa jenis ulaman seperti pucuk ketereh (gajus), mentimun, bawang besar yang dipotong nipis dan lada burung (cili padi atau cabai Melaka). Dan tidak lupa telur ayam rebus. Laksa dalam foto menggunakan telur ayam kampung.

23 comments:

  1. Assalam En Daun, akk lum try lagi laksa kat langkawi ni, tapi kat kuala Kedah dah mkn, yg tepi jeti tu ada kedai, best, hehehe tapi lagi best laksa buatan klate jugok huhu. Laksa utara biasanya guna yg dlm peket tu je yg beza ketarakan

    ReplyDelete
  2. As salam kak rosa, rasa laksa utara ni hampir sama tp tak akan sama dgn yg home made. Yg buat snediri lbh pekat dan lebih rasa 'lemak' kata org utara. Kat sini, mmg takdak org buat laksa frsh mcm kat Kelantan. Semua beli laksa kering dlm peket. laksa ni ada 2 jenis, yg kecik2 mcm bihun dan saiz biasa.

    ReplyDelete
  3. Kegemaran sy Dan puteri.... Walau x sedap cemana pon tetap abes...hehehehe

    X sama ek laksa kedah ngan laksa langkawi...heeee. Gmbr nmpk menggiurkan.... :)

    ReplyDelete
  4. Assalaamu'alaykum

    Terima kasih kepada encik blogger atas maklumat tentang flora dan fauna kita. Banyak informasi berguna dapat saya petik dari sini. Terima kasih..

    Entri ni sangat menarik dan saya pula memang seorang penggemar laksa.
    Jika tidak keberatan, boleh tak kalau encik paparkan respi laksa langkawi ini?

    Semoga ALLAH membalas encik dengan kebaikan yang banyak. Ameen.

    Wassalam

    ReplyDelete
  5. Melati Qistyna's Mummy
    Puteri dn mummy suka mkn laksa ye. Saya pn suka laksa dan laksam. Laksa Kedah lain sikit berbanding laksa langkawi sbb yg ni my wife yg buat. Rasanya lbh spesel..hehe..

    ReplyDelete
  6. @Anonymous
    Wa'alaikumusallam, terima kasih juga sbb suka baca info dlm blog ni. Resepi laksa tu saya tak paparkan di sini krn blog ni lbh kpd info dn tdk pd resepi. InsyaAllah saya cuba dptkn resepi tersebut.

    ReplyDelete
  7. waaa sedappnyaa..tgk kuah pun dah bole agk laksa ni sedap..hehe..:))

    ReplyDelete
  8. @zul permatang badak
    Telur rebus kalau tak masukkn sekali pn ok tp ada lagi sedap. Laksa yg beli kat kedai, telur rebus dibelah 4. Yg buat kat umah, ikut suka nk buh berapa biji..

    ReplyDelete
  9. @Azren Aida
    Laksa yg buat sendiri mmg rasanya lbh sedap berbanding yg kita beli/mkn di kedai. Kuah pn blh buat lbh pekat dn lbh rasa..

    ReplyDelete
  10. hehehe,betul tu, laksa buat sendiri nak boh 3 biji telo pon xpe, tp puteri suka telor putih je, telo kunin bg kt mak eh...hehehehe

    ReplyDelete
  11. menyelerakan... nmpk kuahnya mcm laksa penang.. telur tu nmpk sedap..

    ReplyDelete
  12. @Melati Qistyna's Mummy
    Hehe..laksa yg kita mkn kat kedai kdg2 diorg buh telur dan yg tak letak telur. Nk save budget kot. Yg buat sendiri ikut suka nk buh telur byk mana pun..

    ReplyDelete
  13. @LadyBird
    Kuah laksa dlm foto berbeza dgn kuah laksa Penang. Ia lbh pekat sbb gna ikan yg byk dan cara membuat lain sikit. Telur ayam kampung tu.. Pyh nak dpt..hehe..

    ReplyDelete
  14. Kuah laksa utara memang pekat dan hebat. Ikan murah sikit kat situ. Bila kuah tak cair, lebih puas hatilah kita menikmatinya.

    ReplyDelete
  15. Kuah laksa utara sepatutnya pekat tp ada yg kita mkn di kedai, kuahnya agak cair dn kurang rasanya. Kuah laksa ni lbh sedap bila kita perangat (masak kali kedua atau ketiga)

    ReplyDelete
  16. Kuah laksa kena yg pekat mmg best, kalau kuah cair tak berapa sedap..

    ReplyDelete
  17. laksa langkawi memang lain sikit tapi tetap sama gn laksa dr tanah besar(kedah).tapi syaratnya kuah nya kena pekat.cukup asam garam dan manisnya.hmm marveles.

    ReplyDelete
  18. laksa langkawi memang lain sikit tapi tetap sama gn laksa dr tanah besar(kedah).tapi syaratnya kuah nya kena pekat.cukup asam garam dan manisnya.hmm marveles.

    ReplyDelete
  19. Laksa Langkawi yg dlm foto mmg tak sama dgn yg org jual kat kedai sbb ia dimasak/dibuat oleh wife saya...hehe.. Memang menepati citarasa dan selera berbanding yg dibeli atau makan di kedai.

    ReplyDelete
  20. klik like kt FB : Laksa Langkawi Station / buka website www.laksalangkawi.com.my

    ReplyDelete
  21. klik like kt FB : Laksa Langkawi Station / buka website www.laksalangkawi.com.my

    ReplyDelete