Poli ubi kayu
Poli ubi kayu termasuk dalam kategori makanan tradisional orang Melayu di Kelantan. Kuih tradisional ini mungkin kurang dikenali atau langsung tidak dikenali oleh generasi sekarang. Kuih ini merupakan resepi warisan bonda penulis. Semasa zaman kanak-kanak, bonda penulis biasa membuat kuih ini sebagai hidangan petang kami sekeluarga. Untuk meneruskan warisan ini, penulis telah meminta resepinya daripada bonda. Dengan kerjasama isteri penulis, poli ubi kayu ini menjadi kenyataan. Penulis sendiri telah hampir dua dekad tidak merasa kesedapan kuih ini. Untuk mengetahui resepi dan cara membuat kuih poli ubi kayu ini, sila rujuk foto dan artikel di bawah.
Ubi kayu yang dikupas kulit, diparut (atau boleh menggunakan mesin kelapa). Ubi kayu yang digunakan adalah ubi kayu kuning (klon baru). Untuk lebih autentik, gunakan ubi kayu putih.
Parutan ubi kayu tadi dibungkus menggunakan daun pisang dengan saiz kira-kira 7cm X12cmX2cm. Ia kemudian dikukus atau direbus sehingga masak. Poli ubi kayu dalam foto di atas dimasak dengan cara mengukusnya. Ia lebih pejal dan sedap.
Setelah masak, sejukkan dan potong dalam bentuk dadu. Kemudian potongan tersebut digaul bersama kelapa parut (kelapa matang=kelapa yang tidak tua dan tidak muda) yang dicampur dengan sedikit garam.
Gula melaka yang dicairkan (masak bersama air) dituang ke atas poli ubi kayu. Poli ubi telah sedia untuk dimakan.
Salam,
ReplyDeleteakak pun baru pertama kali dengar pasal Poli Ubi Kayu ni. Mesti sedap kan rasanya, boleh lah akak mencubanya nanti
Salam..ptt la akk 2 3 hari ni terasa sangat nak mkn poli ubi ni..n ada2 ckp2 ngan blog secubit garam..tapi tak tau resepi nak buat poli ni/..memang nak sangat mkn poli ni..ubi tu kukus gitu je ke.. mahsuri ke yg masak poli ni...nmpk cam katon sikit
ReplyDeleteSalam kak aidah,
ReplyDeleteKuih ni mmg asal dari Kelantan. Mgkn kat tmpt atau negeri lain tiada kuih tradisional spt ini. Yg ni resepi warisan keluarga saya. Rasa mmg sdp. Akk blh cuba buat kuih ni. Perkenalkn pd generasi skrg.
Salam kak rosa,
ReplyDeleteKuih poli ni mahsuri buat hr Sabtu lps. Sbb tu la akk terasa nk mkn. Mahsuri yg buat. Dia yg kps ubi, I yg parut gna mesin nyoq. Saiz bungkusan tu I yg jd cikgunya..he3.. I pn dh lama nk merasa tp resepinya tak berapa nk igt. Blik raya hr raya trs tnya bonda. Ada satu lg kuih gna ubi kayu yg smpt diambil resepinya iaitu bungkus manis. Pkk ubi pn I amek bw tnm kat sini. Dh hidup pn pkk tu. Poli ni blh direbus atau dikukus. Kalau rebus lg senang tp berair sikit.
terkenang dimasa dulu dulu....tapi sayang anak anak sekarang dah tak kenal makanan yang sebegini.Terima kasih kerana sudi berkongsi resepi:)
ReplyDeletesedapnye....
ReplyDeletedh lama x mkn kuih ni..
nk kne oder ngn teratak mutiara kasih ni....hehe
Salam cikmanggis,
ReplyDeleteDh byk kuih/makanan tradisional yg krg atau tdk dikenali oleh generasi skrg. Dlm blog cikmanggis pn ada kuih tradisional yg bgks gna daun buluh tu. Sy biasa mkn yg bgks dgn daun pisang je.
: alla
ReplyDeleteMmg dh lama tak mkn poli ubi tu. Tu yg blik tnya bonda cara nk mbuatnya. Kalo order kat teratak mutiara kasih, sape yg nk parut ubi. Ubi kayu ada org jual ke kat Penang?
salam..nk kena gali ubi kayu nih..ada se pokok akk tnm hehe..
ReplyDeleteSalam kak rosa,
ReplyDeleteDh ada ubi ke pkk tu. Gali2 nti ubi kecik2 lg. Mana blh buat kuih..he3..
blend ngn blender la..huhu
ReplyDeleteKalau blend, dh takdak rupa poli ubi kayu.
ReplyDeletedh mkn dh td...kak da buatkan...heheh
ReplyDeleteKak da dh buat poli ubi tu ye. Dia gali ubi yg tnm tu ke atau beli?
ReplyDeletesedap poli ubi kayu nie. senang je nak buat. mak saya org kelantan. harii tu beliau masak and rasa agak aneh nak makan kuih ubi kayu. atas dasar ingin mencuba, saya try makan and to my surprise, it was bombastic. sedap la jugak. lagi2 makan tyme panas. hehe
ReplyDeletePoli ubi mmg sedap tp generasi skrg tak begitu kenal kuih tradisional ni. Nk buat pn simple tp nk memarut tu rumit sikit. Mkn masa pans2 pn sdp, kalau dh sejuk pn sdp sbb ia lbh pejal.
ReplyDeletesedap..sedap sy pernah makan..nanti nak buatlah..rs mengidam lak..terima kasih kerana mengingatkan akan kuih nie..)
ReplyDeleteSedap poli ubi ni. Teringin nk mkn tu yg saya blik kg tanya bonda cara nk buat. Kalau mengidam tu ummu kena buat sbb bby nk mkn. Ubi pn byk kat umah ummu, daun pisang pn takdak masalah nk ambik.
ReplyDeleteSalam Adry,
ReplyDeleteMak Aji pun dah berpuluh tahun tak makan ni. Kalau buat ni Pak Aji mesti suka. TQ for the share!
As salam mak aji,
DeleteKalau ada ubi kayu, mak aji boleh buat poli ubi kayu ni. Makanan tradisional org kita ni mak aji.
hari ni try buat poli ubi kayu ni ... terima kasih share resepi ni ... masa kecik kecik dulu selalu makan ..
ReplyDelete