VIP Dedaun Alam

Tuesday, December 28, 2010

Dieffenbachia sp



Nama Botani : Dieffenbachia sp.
Famili : Araceae

Pokok dieffenbachia sp. dipercayai berasal dari Amerika Selatan. Di Malaysia, ia dikenali dengan nama pisang tanah dan pokok birah. Namanya dalam bahasa Inggeris adalah dumb cane. Terdapat lebih kurang 30 spesis dieffenbachia. Anatar spesis pokok yang jadi pilihan untuk hiasan adalah dieffenbachia amoena, Dieffenbachia candida, Dieffenbachia picta exotica, Dieffenbachia bowmannii Carr, Dieffenbachia picta, Dieffenbachia maculata dan Dieffenbachia sequine. Pokok ini mempunyai batang lembut dan tidak bercabang bewarna hijau dengan daun bertompok kuning, putih dan hijau mengikut spesis. Ketinggian pokok ini boleh mencapai sehingga 3 meter. Ia bersifat sangat lasak dan sering ditanam sebagai pokok hiasan di mana sahaja. Pokok ini boleh dilihat ditanam di sekitar rumah, pejabat, sekolah dan lain-lain. Ramai yang tidak menyedari pokok ini sebenarnya bertoksik.

Spesis daripada dieffenbachia ini boleh menyebabkan keradangan di bahagian mulut, kulit dan mata jika terkena getahnya. Ia menyebabkan kesakitan serta bengkak pada tempat yang terkena getah daripada pokok ini. Kesan daripada toksik yang ada pada pokok ini juga boleh menyebabkan kesukaran untuk bernafas. Ada juga yang mengatakan toksik yang terhasil daripada pokok ini boleh mengakibatkan kanak-kanak menghadapi kesukaran untuk bercakap. Jadi, elakkan anak-anak kecil menyentuh pokok dieffenbachia sp ini.

Jika anda menyentuh pokok ini pastikan bahagian badan dibasuh dengan sebaiknya dan sekiranya terkena getah pokok ini, bersihkan dengan air dan sabun. Jika tertelan, minum air atau susu kerana ia dapat melarutkan toksik dalam pokok ini. Pastikan anda mendapat rawatan perubatan dengan segera.

Kegunaan

Walaupun pokok ini bertoksik ia juga mempunyai kegunaan kepada manusia. Selain ditanam sebagai pokok hiasan, spesis ini digunakan oleh kaum asli di Brazil dan penduduk Caribean untuk meningkatkan kesuburan. Ia juga dikatakan boleh digunakan untuk merawat gout. Ia juga digunakan sebagai racun anak panah.

11 comments:

  1. Salam En Daun,,...akk dh bagi tau bonda hari tu pkk ni beracun heheh...sib baik u smpt snap pic kalo tak tak ada lagi pkk ni..walaupun beracun pkk ni cantik n senang hidup

    ReplyDelete
  2. pokok ini senang tumbuh,bila dicantas bibit2 tunas berebut rebut menyerlahkan mata tunas.Dikampung kami menggelarnya pokok keladi bunga.....ada pelbagai variasi...tahan lasak serta cantik untuk hiasan pejabat...

    ReplyDelete
  3. :kak rosa
    Salam kak rosa,
    Bonda dh buang ke pkk tu? Nk tnm blh tp letak di tmpt yg tdk blh dimasuki oleh ank2 kecil. Org2 dewasa rasanya tak patahkn daun atau btg pkk tu. Bdk2 ni lain skt tp lebih baik mencegah drp mengubati..he3..

    ReplyDelete
  4. :zul permatang badak
    Pkk drp keluarga keladi ni mmg lasak dn mudah uk ditanam. Daunnya mepunyai pelbagai corak mengikut spesis dn ia byk ditanam sbg hiasan landskap di mana saja.

    ReplyDelete
  5. dh xde pokok 2 kt umah...rsau gk tgk alisha dok main2 kt ctu gk...

    ReplyDelete
  6. Bonda dh buan pkk tu ye. Mmg bahaya utk bdk2 kecik. Kalau kna gth blh jd pyh nk bnafas dn sukar utk bercakap.

    ReplyDelete
  7. xtau la dh buang @pun pndah ke tmpat lain...

    ReplyDelete
  8. salam en daun.
    lamanya akk tak singgah sini. mcm2 info ada.:)) poli ubi kayu tu akk sempat merasa ms di kota bharu. sedap. hehe... di kuching ni harga kerang agak mahal. akk rindukan suasana pasar di berek 12, wakaf che yeh n gok kapor (betul ke ejaan ni). di kuching akk belanja basah hanya di hypermarket. ayam pn hanya beli di stokis HPA. daging lembu juga sgt mahal sekilo sampai RM40++. huhu... pasar satok suami akk tak nak g sbb jln sesak memanjang, klu nak g juga kena bertolak dr umah kul 6 am sbb jauh dr tmn perumahan akk. haha... so tak g le jawabnya.
    selamat tahun baru buat en daun n keluarga, moga dikurniakan yg terbaik dr Allah buat en daun n keluarga.:))

    ReplyDelete
  9. Salam kak anis,
    Lama dh akk tak singgah kat sini. lps raya hr tu akk trs senyap dr penulisan blog. Kata org, lain padang lain belalangnya. Suasana, corak hidup, persekitaran di Kuching dh pasti berbeza dgn Kota Bharu dn kelantan. Mahalnya hrga daging lembu, dh sama mhl dgn daging rusa tu. Kalau tak gi pasar, akk nk masak pn tak byk pilihan la. kalau gi pasar, kna beli stok byk2.
    Trma ksh ucapan akk buat kami sekeluarga.

    ReplyDelete
  10. bolehkah maklumat ini saya gunakan untuk jurnal saya?

    ReplyDelete