Sunday, December 12, 2010

Belanga Tembaga

Belanga tembaga

Belanga tembaga ini adalah buatan tangan sepenuhnya.

Belanga tembaga merupakan perkakasan memasak yang penting suatu masa dahulu sebelum terciptanya periuk keluli tahan karat (stainless steel) dan perkakasan memasak yang dijana oleh elektrik. Terdapat dua jenis belanga yang sering digunakan untuk memasak iaitu belanga tembaga dan belanga tanah liat. Belanga tembaga ini diperbuat daripada tembaga keseluruhannya dan ianya buatan tangan tanpa sebarang penggunaan mesin. Belanga tembaga dalam foto di atas sebenarnya adalah milik moyang penulis dan kini ia dalam simpanan bonda penulis.

16 comments:

  1. Hehe..yg ni mmg dlm senarai menunggu..

    ReplyDelete
  2. hehehe tugi xsempat snap aritu..chef masak guna puyuk ni la..

    ReplyDelete
  3. :lina_pg
    Tu la cameraman asyik hilang je. Mana smpt nk snap gmbr..he3..

    ReplyDelete
  4. : alla
    Kalau emas msti byk juta ringgit dpt sbb berat periuk tu dkt 10 kg.

    ReplyDelete
  5. dulu arwah nenek punya ada belanga nih. pastu hilang ntah ke mana. syg btl.

    ReplyDelete
  6. kalau emas dah lama umh bonda jadi istana,hahaha

    ReplyDelete
  7. :moklong
    Belanga ni dh tmasuk dlm brg antik, rugi kalau ianya hilang begitu shj.

    ReplyDelete
  8. :alla
    Jadi istana 'I shrunk the kids' kot. Hehe..

    ReplyDelete
  9. dulu masa akak blk kg,mak mertua pesan la suruh belikan periuk tembaga kat kelantan...katanya kalau buat wajik ke,cantik berkilat...tp bila ditanya harganya..mak aiii 2k lbh...tu 7,8 th lps...skrg tentu berganda harganya

    ReplyDelete
  10. Harga belanga tembaga ni mmg mhl skrg sbb ia dibuat dgn mggunakan tembaga sepenuhnya. Hrga tembaga sgt mhl. Kat Kelate ada org jual belanga tembaga yg spt dlm foto tp saiznya kecil shj (utk hiasan). Hrga RM120 sebiji.

    ReplyDelete
  11. agak2 kat mana boleh cari periuk tembaga ni kan. susah nk jumpa dah saya rasa.

    ReplyDelete
  12. Mengikut info yg saya dpt, kat Rantau Panjang periuk tembaga ni masih dijual tp hargganya sgt mahal.

    ReplyDelete
  13. Salam Adry,

    Mak Aji ada periuk ni kat rumah, diselamatkan beberapa tahun lalu. Cuma sayang xdelah berkilat sampai serupa dalam gambar ni!

    ReplyDelete
    Replies
    1. As salam mak aji,

      Yg ni dah lama pencen dari kerja memasak. Utk bagi berkilat, periuk tembaga boleh dicuci dgn menggunakan bahan khas utk kilatkan tembaga.

      Delete