VIP Dedaun Alam

Friday, June 4, 2010

Paku Tunjuk Langit

Pokok paku tunjuk langit

Nama Botani : Helminthostachys zeylanica
Famili: Ophioglossaceace

Pengenalan

Paku tunjuk langit merupakan tumbuhan jenis paku pakis daripada famili ophioglossaceace. Ia biasanya tumbuh di kawasan tanah rendah yang terbuka, redup dan bertanah liat atau laterit seperti di kebun getah. Bahagian paling atas yang merupakan sporangium yang terbuka dan sentiasa menegak ke arah langit. Sporangium ini akan tetap menunjuk ke arah langit walaupun pokoknya telah tumbang dan kerana sifat inilah pokok ini mendapat nama. Setelah matang sporangium akan pecah dan membebaskan spora untuk pembiakan.

Kegunaan

Akar, rizom dan keseluruhan bahagian pokok yang berada di atas permukaan tanah digunakan sebagai bahan dalam perubatan herba. Rizomnya yang ditumbuk sehingga halus dan dikunyah bersama pinang dipercayai boleh dijadikan sebagai penawar demam dan merawat batuk. Untuk merawat disentri, akar pokok ini ditumbuk halus dan direbus. Air rebusan ditapis, disejukkan dan diminum. Tunjuk langit juga amat terkenal sebagai penawar sakit lemah syahwat iaitu dengan cara meminum air rebusan keseluruhan tanaman tersebut. Ia juga dipercayai mampu untuk dijadikan penawar sakit atau lenguh pinggang. Caranya, ambil sedikit akar pokok ini, dibasuh bersih dan kunyah.

3 comments:

  1. assalammualaikum,utk pengetahuan pembaca dn jgk admin,pokok tunjuk langit jga mempunyai khasiat utk menyembuhkn penyakit darah tinggi dan kencing manis.Sewaktu kecil dahulu saya dan arwah ayah pernah mnjadikan pokok tumjuk lamgit ini sebagai punca pendapatan.dulu kalau nak cari dia kna kna masuk kekawasan bukit yg ada kebun getah.org cina gemar meminum air rebusan akar pokok ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikumusallam tuan,
      Terima kasih untuk info tambahan mengenai pokok tunjuk langit ni.

      Delete
  2. Assalamualaikum,
    rasanya paku tunjuk langit dengan tunjuk langit dua pokok yang berbeza.Buah tunjuk langit seaakan nenas batu.Pokoknya tinggi seperti jering,buah lonjong.Kulit luarnya tebal dan apabila pecah nampak isinya yang berkelopak seperti nenas batu.Kelopaknya ringan seperti gabus.Pengubatan kencing manis dengan memakan kelopak isinya ini secara terus atau dihancurkan.Biasa singseh cina selalu ada jual.

    https://www.google.com/search?client=firefox-b&biw=1280&bih=862&tbm=isch&sa=1&q=tunjuk+langit&oq=tunjuk+langit&gs_l=psy-ab.3..0l4.50736.53932.0.54182.13.11.0.0.0.0.609.2140.3-2j2j1.5.0....0...1.1.64.psy-ab..8.5.2129....0.VHcKg_EG1vk#imgrc=BpjeNOMs1NjuWM:

    ReplyDelete