VIP Dedaun Alam

Thursday, June 3, 2010

Bunga Part III

Dedaun Alam terus mempersembahkan bunga dan flora Malaysia. Bunga dalam siri ini merupakan bunga yang mungkin biasa dilihat oleh kita tetapi ada juga yang tidak mengenalinya. Kali ini, tiada nama bunga diberikan kerana ingin menguji pengetahuan pembaca mengenai bunga dan flora yang terdapat di Malaysia.

Bunga ini adalah dari pokok hiasan landskap yang sering menjadi pilihan kerana ia lasak.

Bunga yang mekar cantik ini merupakan tumbuhan yang hidup liar di kawasan terbuka dan padang. Buahnya boleh dimakan.

Pokok yang mengeluarkan bunga ini mempunyai khasiat yang tinggi dalam perubatan herba.

Bunga bersaiz kecil ini pula daripada pokok yang pucuknya boleh dimakan.

Inilah antara bunga yang terkecil tetapi menghasil buah bersaiz besar. Bandingkan saiz bunga dengan semut yang berada di pangkal tangkai bunga.

3 comments:

  1. nape u buat nie tau ke x tau???

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. Cik Anon, bunga2 tu sy shoot sndiri. Sy tau jnis dn nama bnga tu. Kalau cik Anon bc n3 dlm blog ni, psti jmpa jwpn utk bnga2 tu.

    ReplyDelete