VIP Dedaun Alam

Saturday, May 29, 2010

Cempedak

Buah cempedak

Cempedak atau nama botaninya, artocarpus champeden merupakan tumbuhan yang berasal dari Asia Tenggara. Pokok cempedak mampu mencapai ketinggian sehingga 20m. Pokok cempedak menghasilkan buah secara bermusim. Dalam masa setahun hanya terdapat satu musim utama. Buah cempedak dikenali sebagai 'multiple fruit' memandangkan ia terdiri daripada gugusan banyak bunga betina dalam satu jambak. Buah cempedak mengambil masa 3 ke 4 bulan untuk masak setelah bunganya mekar.

Buah cempedak hampir menyamai ciri buah nangka iaitu kulitnya dipenuhi dengan duri-duri halus yang pendek. Saiz buah cempedak adalah lebih kecil jika dibandingkan dengan nangka. Buah cempedak boleh dimakan mentah, digoreng atau dijadikan bahan dalam beberapa jenis masakan masyarakat Melayu.


Kandungan zat buah cempedak(100g)

Tenaga=117.0 (sangat tinggi, bahaya untuk pengidap diabetis),
Moisture= 66.7 g ,
Protein= 2.5 g, lemak =0.4 g,
Karbohidrat= 25.8 g,
Serat (Fiber)= 3.4 g,
Debu (ash) =1.2 g,
Kalsium =40.0 mg,
Fosforus= 5.0 mg,
Iron =1.1 mg ,
Sodium =25.0 mg,
Potassium= 246.0 mg,
Karotin= 80 ug,
Vitamin B1 =0.16 mg,
Vitamin B2 =0.15 mg
Niacin =0.5 mg
Asid askorbik(Vitamin C) = 17.7 mg

4 comments:

  1. sdapnya buat cmpedak goreng...mkn buah je pun sdap...hehehe

    ReplyDelete
  2. Salam,

    Bila tengok cempedak nya tak sabar rasanya nk tunggu musim cempedak. suka sangat makan cempedak goreng ngan yang mentah tu.

    ReplyDelete
  3. ezzyra : cempedak goreng mmg sdp kna pulak goreng sndiri.Kalo cempedak mcm yg kat umah kita tu mmg sdp dimkn mentah tp dh kna tebang..huhu...

    ReplyDelete
  4. Kak Aidah : Salam kak, kat sini dh berbuah pn cempedak tu.Mmg musim cempedak skrg ni.Kak Aidah kna tggu cempedak bbuah dulu br blh mkn yg goreng atau mentah.

    ReplyDelete