VIP Dedaun Alam

Sunday, May 12, 2013

Kebun Kecil Tepi Pagar - Cambahan Semulajadi


Semaian biji benih adalah antara salah satu cabaran besar buat penanam/pekebun sayuran berskala kecil iaitu sebagai pengisi masa lapang serta kawasan lapang dan tak lapang di laman rumah seperti saya dan kawan-kawan sekbun maya lain.

Ada biji benih yang perlu direndam dulu, ada yang perlu ditoreh dan ada yang perlukan tempat gelap untuk bercambah. Biji benih petola segi yang beli ditoreh pada bahagian kulit berdekatan mata tunas untuk memastikan ia bercambah. Ini kerana biji benih yang disemai terus, akan rosak(menjadi seakan jus dalam kulit) kerana mata tunas gagal memecahkan kulit keras.

Buah petola segi yang tua melebihi keperluan untuk semaian semula, jadi saya biarkan beberapa biji dalam kebun kecil. Letak atas tanah dan biarkan ia behujan panas beberapa ketika. Setelah lama terdedah kepada kitaran hidup secara semulajadi, akhirnya biji benih dalam buah petola ini bercambah dengan sendirinya. Sekarang, petola segi merupakan antara sayuran terbanyak dalam kebun kecil kerana ia bercambah dan membesar dengan sendiri. Ia lebih berdikari dan mampu menangani masalah dengan persekitaran dengan mudah.

16 comments:

  1. mudah betul bercambah...sy geram dengan biji benih terung jenis panjang...masih tak berjaya

    ReplyDelete
  2. Nadia semai biji benih terung guna kaedah mana ye? Terung antara biji benih yg cerewet utk disemai.

    ReplyDelete
  3. tanah subur kot..lagipon,xde bnda nk kacau kt kebun 2..ayam pon xleh masuk

    ReplyDelete
  4. Assalam En Adry.. petola K Mar belum berbuah lagi.. bunga banyak sungguh..

    ReplyDelete
  5. Salam en.adry,bagus betul benih petola ya,mereka sgt pandai berdikari x susahkan tuan yg menanamnya. Pandai pula dia cambah dan kembangkan zuriat dia dlm kebun en.adry.

    saya pun perasan,benih terung sangat cerewet. Tp bila dah cambah x susah dah malah x byk karenah lepas terung membesar.

    ReplyDelete
  6. sy rendam biji terung semalaman...lepas tu semai mcm biasa...semaian sy letak tempat teduh...

    ReplyDelete
  7. @ezzyra
    Tanah mmg subur sbb diimport dr bendang padi. Pagar dibuat bkn utk halang haiwan tp juga makhluk berkaki dua iaitu bdk2 kecik..haha..

    ReplyDelete
  8. @suka suka
    As salam kak mar,
    Petola segi akan mengeluarkan bunga2 jantan lbh dulu sblm keluarnya bunga serta putik buah. Bunga jantan selalunya lbh byk berbanding bunga betina.

    ReplyDelete
  9. @Ibu Qistina
    As salam Ibu Qis,
    Benih petola yg bercambah sendiri lbh berdikari dan mempunyai sifat survival yg tinggi. Ada yg bercambah tepi pkk lada besar dan memanjat pkk tersebut. Saya letak pancang tunggal utk atasi masalah tu. Mereka tetap subur dan berbuah.

    Terung mmg payah nk hidup semasa peringkat semaian tp bila dah hidup dan membesar, ia tak byk masalah kecuali serangan serangan serangga perosak yg cukup minat dgn kesedapan daunnya.

    ReplyDelete
  10. @nadia rashid,
    Ok, lps ni nadia cuba guna kaedah ni pulak. Tak perlu rendam biji benih terung sbb ada pakar agro kata biji benih blh lemas. Lps semai nadia perlu letak bekas semaian di/dalam tempat gelap selama 48 jam(2 hari). Nadia blh guna plastik sampah hitam utk menutup bekas semaian tu. InsyaAllah biji benih terung akan bercambah.

    ReplyDelete
  11. Rindunya nak berkebun
    Keinginan ada tapi masa tiada kudrat pun sama juga kurang.

    ReplyDelete
  12. @kasih ibu jua
    Kalau rindu nak berkebun, blh mula sikit2 dulu. Tak perlu buat yg besar2 dan perlukan tenaga yg byk. Bg saya masa tu bkn halangan sbb saya pun ada juga kekangan masa tp blh luangkan sedikit utk berkebun sbb minat.

    ReplyDelete
  13. Assalam ADRY
    Wow, petola gagah tu pasti pegang nilai "survival of the fittest". Terbiar tapi hidup..... menampakkan ada harapan semua cambah itu akan merimbun, berbunga dan berbuah. Semua akan lebih yakin kalau ada subsidi baja dan tempat memanjat?

    ReplyDelete
  14. As salam cikgu,
    Petola yg tumbuh sendiri ni mmg pegang nilai "survival of the fittest". Ada antaranya jauh lbh subur berbanding yg disemai. Untuk pkk yg tumbuh sendiri ni saya beri pancang tunggal.

    ReplyDelete
  15. Suburnya anak pokok petola, memang subur tanah langkawi

    ReplyDelete
  16. Anak petola ni dah besar skrg, dh blh buh pancang utk memanjat.

    ReplyDelete