VIP Dedaun Alam

Tuesday, May 21, 2013

Kebun Kecil Tepi Pagar - Betik Sekaki



Biji benih betik ini asalnya daripada betik klon MARDI. Sepokok betik jenis ini antara tanaman yang mula-mula ditanam dalam kebun kecil. Bila pokok telah membesar, ia mengambil ruang yang agak luas, banyak pokok yang berada di bawah naungannya terpaksa mengalah kerana kekurangan cahaya. Nak alih ke tempat lain pun tak boleh kerana pokok betik ini dah lebih tinggi dari orang yang menanamnya. Semasa entri ini ditulis, buah sulungnya belum lagi masak. Tak sabar nak tengok warna isinya dan bagaimana pula rasanya. Adakah betik klon MARDI sama dengan betik sekaki yang popular tu?

14 comments:

  1. salam che adry..
    banyak buahnya kan ..tak sabar nak tengok bila msk camaner nanti...
    pokok betik yg kami tanam pun dah 6 bulan leih masih belum berbuah lagi..betik kat pasar pun sangat jarang kelihatan..

    ReplyDelete
  2. As salam ummu,
    Buahnya tak lebat sgt sbb baru belajar berbuah ni. Pokok betik yg saya tnm ni mula berbunga selepas 6 bln ditanam. Org tak mau jual betik kat pasar sbb risikonya agak tinggi. Betik cepat busuk/buruk setelah ia masak. Kalau di pasaraya, ia blh disimpan lebih lama.

    ReplyDelete
  3. Saya ingat betik sekaki sebab pokoknya renek..ini sekaki pada buahnya la ya.

    ReplyDelete
  4. Assalam en daun, lebat buah betik tu, kat rumah akk pun ada sepokokbetik baru belajar berbuah, ada 4 5 biji mcm tu je. Pokok pun renek lagi.

    Hurmmm tu la akk ingat kan betik sekaki tinggi pokok tu yg sekaki, agaknya panjang buah tyu kut sekaki

    ReplyDelete
  5. lebatnya buah...kalau tgh mengkal,buat som tam pun sedap tu

    ReplyDelete
  6. segar nampak buahnya
    gulai betuk sambal betik rendang betik pun sodap!!!

    ReplyDelete
  7. @Dr. H

    Ramai org ingat pokok betik ni jeni renek sbb namanya sekaki. Yang sebenarnya, sekaki tu ukuran buahnya.

    ReplyDelete
  8. @Embun Rosaliza

    As salam kak rosa,
    Buah betik tak la lebat sgt tp blh tahan. Ada yg 2 biji pada satu tangkai. Nama betik dapat drp saiz pjg buahnya.

    ReplyDelete
  9. @Kamsiah
    Saya biasa makan somtam tp belum pernah buat somtam.
    Nk buat somtam kena ada lesung kayu yg besar gedabak tu

    ReplyDelete
  10. @ezzyra
    Yg sekaki tu buahnya.
    kebanyakan buah betik berukuran sekaki(12 inci) pjg.

    ReplyDelete
  11. @kasihibu
    Ada lagi yg Sya tak sebut, kerabu betik dan colek betik. Buat jeruk pn ok.

    ReplyDelete
  12. Assalam, ADRY.
    Kalau dekat, bila diintai-intai dah nampak masak, bolehlah menumpang sekaki betik sekaki tu! Sepatutnya isi merah atau kuning? Kalau Temuk, betik sebesar mana pun, insya Allah, sebiji pun boleh habiskan sekali hadap.

    ReplyDelete
  13. As salam cikgu,
    Boleh saja kalau cikgu nak menumpang sekaki merasa betik sekaki ni. sepatutnya isi betik warna kemerahan dan kurang/tiada biji. Saya suka betik tapi bahagian mengupas tu tak berapa nak rajin.

    ReplyDelete