Dalam bekas ini ada lapan jenis tuaian segar dari kebun kecil. Dapat tak bezakan lapan jenis tuaian tersebut? Salah satunya, tak kelihatan dalam foto kerana bersaiz kecil dan terperosok di bahagian bawah bekas iaitu cili hutan.
Tuaian segar dari kebun kecil dibuat pagi tadi. Hanya ada tiga jenis sayuran baru dalam tuaian kali ini iaitu terung panjang ungu(dah dituai sebelum ini tapi tak diambil fotonya), labu botol(atau labu air?) dan cili hijau/merah panjang. Labu botol merupakan tuaian pertama. Cili Kulai King berterusan memberi hasil yang sangat memuaskan. Cili solok masih berbuah biarpun tak begitu lebat. Terung panjang hijau adalah hasil daripada pokok nan sebatang tapi ia sudah memadai buat penanamnya.
cantek labu botol tu.. :) nama lain dia si kundur kan?
ReplyDeleteLabu botol ni cantik dan unik sikit bentuknya. Kundur tu bukan labu air biarpun dalam spesis yg sama. Buah kundur tu bentuknya mcm labu air dan ada serbuk2 putih pada bahagian kulit buah.
Deletefresh betul labu botol tu...rumput pun kemas....tentu cantik laman en adry ni..
ReplyDeleteLabu botol tu mmg betul fresh sbb lepas tuai terus snap gambar dia. Getah kat tangkai pun masih mengalir.
Deletelabu botol tu jenis yg boleh buat simpan air tu ker? pernah tgk dlu kat CH
ReplyDeleteLabu botol blh dikeringkan dn digunakan sbg bks air serta kraftangan. Labu botol ada byk jenis.
DeleteYou can cook a very healthy and tasty dinner with these veggies :)
ReplyDeleteYes, i can cook a very healthy and fresh veggies from my own backyard.
DeleteAssalam En Adry.. dah ada tuaian baru... seronok tengok labu botol tu.. apa rasanya.. minggu lepas pergi Kemaman ada beli benih siam.. round gourd rupa lebih kurang sama tak taula spesis yg sama...byk betul cili tu..
ReplyDeleteAs salam kak mar, labu botol saya tnm dua pkk tp ia berbuah agk lebat. Yg tu adalah tuaian pertama. Benih siam tu ada gmbr tak? Sama ke gmbr dgn buah dlm entri ni? Kalau sama, ia mmg jenis labu yg sama. Cili ada byk pkk dn byk jenis dlm kebun kecil saya. Cili kulai king plg byk keluarkan hasil.
DeleteAssalam. Teruja lihat labu botol itu. Ada lihat semasa di Uzbekistan baru2 ni orang jadikannya kraftangan yang diukir dan diberi warna-warni dengan cantik di luarnya. Nak beli mahal, lagi pun takut pecah! Labu ini agaknya sesuai disayur bening atau lemak, ya?
ReplyDeleteAs salam cikgu,
ReplyDeleteVarieti labu botol semuanya boleh dijadikan kraftangan. Di Indonesia, kerja seni menggunakan labu botol yg dikeringkan agak meluas berbanding Malaysia. Di Uzbekistan, labu botol yang bentuk bagaimana digunakan untuk kraftangan/seni?
Labu botol ni paling sedap dimasak bening. Ia juga boleh dimasak lemak dan digoreng. Pucuknya juga boleh dimakan sebagai sayuran. Saya akan tulis artikel mengenai labu botol selepas ini.