VIP Dedaun Alam

Tuesday, May 28, 2013

Buah Cermai


Cermai tergolong dalam kategori buahan nadir di Malaysia. Jika dulu ia agak mudah ditemui kerana kebanyakan orang menanam pokok cermai tapi kini ia semakin berkurangan dan semakin sukar untuk kita jumpa pokok atau buah cermai. Rasa buahnya yang sangat masam mungkin menjadi punca utama ia dipinggirkan. Sebenarnya buah cermai tidak sesuai dimakan secara segar, ia lebih sedap dimakan bersama pencicah/colek. Buahnya yang matang juga boleh dijadikan jeruk dan halwa. malangnya generasi sekarang kebanyakan tidak berminat dengan makanan tradisional dan pastinya ada antara kita yang belum pernah melihat pokok dan buah cermai ini.

30 comments:

  1. Lebatnya buah cermai ni...kat kampung sat dulu berlambak2 dan sangat rajin berbuah.Tp sekarang ni dah ngaju kot..langsung tak berbuah sebab selalu luruh gitew ajer..tadak sapa nk makan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang lebat buahnya kali ini. Ada dahan2 pkk ni yg patah sbb tak mampu tampung berat buah cermai. Buah cermai ni pun byk yg jadi baja organik sbb takdak org nak makan. Kalau makan pun hnya sikit saja.

      Delete
  2. Lebatnya buah cermai...hurmmmmm macam puritttt ni tgk pun rasa terkeluar ayanq liuq cheq huhuhu.

    Pokok sendiri ke incik daun, tapi yg herannya jaman kecil dulu boleh je mkn buah cermai ni, agaknya masa tu kebulur n tak dop benda nak mkn.

    Buah ni tumbuk2 bagi pecah2 sikit past tu letak gamaram n gula, sedap pulak heheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pokok cermai ni berbuah sepanjang thn tp kali ni yg plg lebat dlm seajarah hidupnya. Cermai ni jenis manis asalnya, bkn cermai biasa yg masam rebam tu.

      Ada tiga pkk cermai tp sepokok dah kena tebang, tinggal cermai manis sepokok dan yg sepokok lagi cermai biasa.

      Dahg lupa pulak nak makan mcm tu. Nanti blh cuba bila buahnya ada. Selalu jugak ambik buah ni untuk mkn.

      Delete
  3. cantik nye....bergugus-gugus..ingat buah anggur tadi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Buah cermai ni cantik rupa parasnya tp rasanya yg tak berapa nak cantik utk org yg tak suka masam.

      Delete
  4. assalam che adry
    jeruk cermai pun sedap..kat kampung dulu adalah pernah tgk..pegi kait..makan collek..heheh..skrang kalu tringin susah gak nak cari kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. As salam ummu,
      Jeruk cermai sedap tp skrg dah tak jumpa org buat dan jual. Nak mkn kena buat sendiri nampak gayanya. Kat tempat ummu tinggal skrg ni lagi la tak jumpa pokok serta buah cermai ni.

      Delete
  5. tak pernah tahu pasal buah cermai, ingatkan anggur hijau tadi, hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ni la buah anggur hijau original dari Malaysia..hehe... Rasa buah cermai ni masam biarpun dah masak sepenuhnya.

      Delete
  6. lebatnya....saya suka buat jeruk pedas...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Buahnya lebat tp tak ada org nk makan, habis gugur ke tanah. Jeruk pedas yg macam jeruk celagi tu ke?

      Delete
  7. Salam Adry,

    Cantiknya buah cermai, lebat sekali. Sayang sekali buah ni dah jadi nadir ya. Kalau dulu pernahlah makan gitu aja dengan colek dan juga yang jeruk. Sekarang dah lama x jumpa pun.

    ReplyDelete
    Replies
    1. As salam mak aji,
      Setiap kali pokok cermai ni berbuah, ia sentiasa berbuah lebat tapi kali ni yg paling lebat. Cermai pun dah jadi buahan nadir sbb kita dah makin sukar untuk jumpa/lihat pokok serta buahnya.

      Delete
  8. Replies
    1. Kalau tgk buah cermai ni mmg rasa telioq nk mkn tp rasa masam yg amat tu org tak suka. Saya selalu mkn sbb pkk cermai ni sentiasa berbuah.

      Delete
  9. suka tgk buahnya yg tersusun tu...cantik
    byk khasiat buah cermai ni walau masam he hee
    suka mkn yg dijeruk emmm sedapp
    daunnya dulu wat tempek kat muka utk jerawat he hee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bkn saja buahnya yg tersusun tp bentuk buah cermai ni pun cantik.
      Info mengenai cermai ni saya dah posting dulu tp khasiat daunnya tu tak ditulis rasanya. Terima kasih kongsi ilmu kat sini.

      Delete
  10. lebatnya..ni yg tepi rumah 2 ke?cermai mulut manis..hehe

    ReplyDelete
  11. Cermai manis yg asalnya tp dh jd cermai mulut manis sbb mungkin crossbreed dgn cermai biasa. Dulu buahnya besar dn tak masam tp skrg dh sama dgn cermai masam.

    ReplyDelete
  12. Salam perkenalan,
    Teringat masa pregnant ank sulong dulu,ni la buah yg diidamkan smpi nangis2 tepon fmly kt kg(klate),tp pakcik ckp susah nk cr sbb luar msm(ada msm gak rupanya).nsb baik dia rjn tanya kenalan dia,ada yg bg free sbb pkk tmbh kt area pdlmn ats bkt,luar msm pn berbuah & xdop oghe nk makei :-) mmg msm tp mkn gaul grm best jgk.pengajaran: susah gak klu ngidam buah nadir ni(pdhl masa kck2 sllu jmpa)

    ReplyDelete
  13. As salam NarsHiFa,
    Cermai mmg berbuah ikut musimnya tp ia berbuah byk kali dlm setahun. Biasanya selepas buahnya habis gugur, ia berehat seketika dn berbunga semula lps tu. Kalau mengidam luar masa ia berbuah, agk pyh nk dpt. Lagipun cermai semakin sukar jumpa skrg ni. Byk yg dh kena tebang.

    ReplyDelete
  14. En. adry,
    kalau saya nk beli buah cermai ni dalam kuantiti yang banyak, en. adry blh supply x? sbb sy baca komen kat atas encik ada tanam pokok cermai kan?

    ReplyDelete
  15. Pokok yg dlm gmbr ni tgh berbuah lebat skrg. Sabtu lepas, dahan sebesar betis patah krn buahnya terlaluu lebat. Nk supply tu blh tp kos penghantarannya mungkin tinggi krn berat.

    ReplyDelete
  16. en adry, ada lagi x buah cermai skrg ni? klu nak beli camner ye..ngidam la plak ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. As salam puan Hartini,
      Pokok cermai yang dalam gambar ni sedang berputik sekarang. Kecik2 lagi.

      Delete
    2. bila agaknya hasil boleh dituai?hihihi

      Delete
    3. Buah cermai kali ni banyak peringkat, ada yang dah nak matang dan ada juga yang masih putik.

      Delete
    4. klu sy nak beli camner ye & berapa harga nye..

      Delete
    5. Puan blh pm alamat ke danisma08@yahoo.com

      Delete