VIP Dedaun Alam

Tuesday, January 8, 2013

Rambai

Rambai yang dikenali dengan nama rambai telur.

Rambai atau nama botaninya Baccaurea Motleyana dalam famili Euphorbiaceae. Buah rambai juga termasuk dalam kategori buahan nadir di Malaysia. Pokok rambai berasal dari Malaysia dan Indonesia. Pokok rambai biasanya berbatang lurus dan buahnya keluar pada bahagian batang, dahan dan ranting pokok.

Buah rambai mempunyai rasa masam dan manis dimakan mentah dan boleh dijadikan bahan masakan. Isi buah rambai melekat pada bijinya dan jika memakan buah rambai, ia ditelan bersama bijinya.

Nota : Dah lama saya tak makan buah rambai, balik kampung hujung tahun lepas jumpa orang orang jual buah rambai ni. Beli dan makan untuk lepaskan rindu..hehe.. Di kampung lama saya ada banyak pokok rambai tapi masa balik biasanya bukan musim ia brbuah.

14 comments:

  1. Jarang dah sya tgk org juai buah rambai ni en adry..kegemaran ni...kulit dia pun boleh cicah garam kan en adry?rasa masam2..mak cukup marah klu kami mkn buah ni..sbb bijinya kami lambung kat siling rumah..haha..melekat la jd perhiasan kat situ...:D

    ReplyDelete
  2. Salam...dulu2 org kata bila keluar buah rambai dah sampai penghujung musim buah..sekarang ni macam sentiasa ada musim buah.. Kulit rambai masak lomak cili api dgn ikan pun sedap

    ReplyDelete
  3. Salam che adry...
    saya kalau rambai nie kurang gemar sikit sebab boleh jadi berak kesat kan..kalau buat dokong mmmg feveret..

    ReplyDelete
  4. @hitomi lavender
    Buah dan pkk rambai pn dh makin kurang skrg ni. Nk pupus juga sbb ramai yg tbg. Kita nk jumpa org juai buah ni pn pyh dh. Kulitnya mmg blh dimkn dn buat jadi bhn masakan.

    Yana main baling2 biji rambai ke siling, kompom la mak mrh.. Satu keja pulak dia nk buang biji yg melekat tu.

    ReplyDelete
  5. @suka suka
    Dulu, pkk buahan masih mengikut peraturan dan musim tp skrg dh jadi lain. Sepanjang masa ada je buahan tmptn. Kulit rambai yg masam tu blh jadi pengganti asam keping dlm masakan tp saya blm pernah merasa keunikan masakan yg begitu.

    ReplyDelete
  6. @ummuaidan
    As salam ummu,
    Rambai ni kalau kita mkn dn telan bijinya mmg dtgkn masalah. Sbb tu masa kecik2, kita ditegah menelan biji rambai ni.

    ReplyDelete
  7. Assalam akk tak suka rambai sbb kena telan biji2 sekali, bila tgk pun tak teringin nak beli, rasa mmg dh lama tak mkn buah2 ni, anak2 pun tak kenal dah

    ReplyDelete
  8. saya pernah nampak rambai bentuknya bujur.Rasanya manis tapi tak boleh telan,bahayakan.Rambai bulat ni boleh kunyah en.Adry?

    ReplyDelete
  9. suka kulit rambai ni wat masak sayur koloq pastu lawan mkn dgn ikan cencaru bakar!..makanan org ganu kut..:D

    ReplyDelete
  10. @EmbunRosaliza
    As salam kak rosa,
    Blh nk mkn rambai tnpa telan biji tp tak best la pulak. Biji rambai blh tln tp jgn byk sgt. Sbb dh lama tak mkn, bila jumpa org jual trs beli. Anak2 pn dpt kenal buahan nadir yg semakin pupus ni.

    ReplyDelete
  11. @puteri purnama
    Rambai ada byk byk jenis. Semua jenis rambai tak blh nk kunyah sbb isinya melekat pd biji. Nk mkn kena tln sekali dgn biji atau luahkn biji slps mkn.

    ReplyDelete
  12. @nadia rashid
    Syur koloq? Bunyi mcm dialek utara je tu. Saya tak penah merasa kesedapan masakan yg guna kulit buah rambai ni. Kat Ganu ada org jual tak sayur koloq ni?

    ReplyDelete
  13. ada..kebanyakkan restaurant di kuala terengganu ada..masakan kuah color putih..masok lemak putih..campur dgn kcg panjang, kulit rambai, terung muda, lada solok, putik jagung..biasa nya gitu lah bahan2 nya

    ReplyDelete
  14. Ooo..ada org jual kak KT ye. Tp nk merasa masakan ni mesti kena tunggu musim buah rambai la kan. Buah rambai takdok, dok blh nak ambik kulit utk buat masak. Saya suka cuba masakan tradisional berbanding yg moden. Nk kena cuba bila ada kesempatan dan masa yg betul.

    ReplyDelete