VIP Dedaun Alam

Wednesday, January 16, 2013

Kebun Kecil Tepi Pagar - Petola Ular Gergasi

Buah petola ular yang saya tanam ni agak luar biasanya panjangnya. Ianya sepanjang 1.4 meter dan satu-satunya buah yang luarbiasa saiznya. Buah-buah yang lain bersaiz normal. Bahagian hujung buah patah kerana ia telah mencecah tanah semasa ditinggalkan tuan kebun selama 12 hari. Balik dari bercuti, jenguk kebun dan terkejut tengok buah petola yang panjang. 
Bandingkan panjang buah petola ular ini dengan puteri saya yang berumur lima tahun. Buah yang mencecah tanah telah saya tinggikan sedikit. Buah ini tak dituai dan masih lagi berada di pokok sekarang. Saya nak simpan buahnya untuk diambil biji benih.


25 comments:

  1. Salam che adry...
    panjang betul petola tuh...hmm kalau nak masak untuk 10 ong pun cukup tu..

    ReplyDelete
  2. panjangnya..mesti dapat banyak benihnya..boleh bg sikit..hehehe

    ReplyDelete
  3. assalammualaikum Adry,
    benih yg ditanam ni, benih petola ular yg biasa ke dan beli dari mana.
    Alhamdulillah benar2 mengagumkan.

    ReplyDelete
  4. @ummuaidan
    As salam ummu,
    Petola ular ni pjgnya lain sikit drp yg biasa kita tgk. Nk msk utk 10 org tu mmg blh tp buah ni dh tua kat pokok sbb nk biarkan ia masak.

    ReplyDelete
  5. @Kniedaz
    Benih yg ada dlm buah petola blm tau lagi lagumana. Nk kena tggu buah ni tua dan blh dituai utk ambil biji benihnya.

    ReplyDelete
  6. @puteri purnama
    Wa'alaikumusallam cikgu,
    Biji benih petola ular ni saya order drp tuan iskandar. Buah yg jd pjg luar biasa ni hnya sebiji je. Yg lain2 tu ok.

    ReplyDelete
  7. Salam Adry
    Kalau kat luar negara ada pertandingan hasil tanaman besar luar biasa ni kan..

    ReplyDelete
  8. Assalam en daun, akk rasa pun elok dibiar tua dan di simpan sebagai kenang2an, mmg pelik sikit, kalo panggil org pertanian pun mesti suka dan berminat utk buat kajian

    ReplyDelete
  9. Boleh akk c n p gambar tak nak letak kat blog embun

    ReplyDelete
  10. panjang dh nampak mcm ular betul pulak...mesti buah yang satu ni gigih cari kalsium untuk membesar

    ReplyDelete
  11. @mak chaq
    As salam mak chaq,
    Kat luar negara ada pertandingan sayuran bersaiz luarbiasa. Sayuran plg popular adalah labu. Dh jadi acara tahunan bg mereka.

    ReplyDelete
  12. @EmbunRosaliza
    As salam kak rosa,
    Buah petola ni mgkn akan dikeringkn dan bijinya diambil utk ditanam semula. Mana tau genetik petola ini ada dlm generasinya yg baru.

    Akak tak minta izin pn ok je. Org lain yg kena minta izin dgn tuan kebun..hehe..

    ReplyDelete
  13. @nadia rashid
    Yg pasti buah ni yg pertama dihasilkan oleh pkknya. Jd segala zat dan nutrien dpt kat buah ni dulu. Saya sendiri tak pasti pkk yg mana sbb dah berselirat antara tiga pkk atas para2 tu. Buah2 yg lain saya tuai utk dimasak.

    ReplyDelete
  14. Wah...cukup zat ni en adry....he...petola saya duk keluaq bunga jntan ja..tiap2 ari pi tgk...hu..sedih...

    ReplyDelete
  15. Bkn cukup zat ni tp terlebih zat..hehe.. Yg peliknya saya tak buh baja pn. Buah ni sedut zat dr tanah je.

    Petola yg Yana tnm tu petola segi kan? Sabaq sikit ja lagi, 2 ke 3 minggu ia hnya keluar bunga jantan. Bunga2 jantan akan mekar dulu. Wangi kan bau dia... Lps ni putik dan bunga betina tu keluaq.

    ReplyDelete
  16. Salam Adry,

    Panjang mcm ni boleh masuk Guiness Book of World Records, tak pun Malaysian Book of Records! Petola ular ni kalau buat solok cukup sedap!

    ReplyDelete
  17. panjang sungguh... tak pernah tgk petola ular sepanjang tuh...

    akak follow ye.. rindu betul dgn kebun sayur arwah ayah dulu2 bila tgk pokok2 sayur dlm blog ni...

    ReplyDelete
  18. @Ummu Madihah
    As salam mak aji,
    Mula2 tu ingat nak juga hubungi org2 MBR tp tak jadi. Takut lunyai pulak kebun kecil saya tu. Biarlah ia jadi kenangan utk saya. Buah petola ular pun blh dibuat solok mcm guna lada tu ke mak aji. Tak penah makan solok petola ular ni.

    ReplyDelete
  19. @olive
    Memang petola ular ni giant. Tgk pn takut sebab ia terlbeih panjang drp biasa.

    ReplyDelete
  20. @MaDiHaA a.k.a Ratna
    Petola ular yg saya tanam agak terlebih pjg drp biasa. Sebiji ni je yg pjg luar biasa ni.

    Kalau rindu, blh la buat kebun kecil spt kwn2 maya saya ni. Ada yg duk kat rmh tinggi dan tiada tnh pn blh bertanam sayuran(dlm pasu dan bekas). Nanti blh petik dan tuai sayur sendiri.

    ReplyDelete
  21. Buah yg ni tak la besar tp pjg dia yg terlebih drp biasa.

    ReplyDelete
  22. Salam En Adry.. Puas hatikan? Tiada baja pun ok..

    ReplyDelete
  23. As salam kak mar
    Puas hati sbb ada hasilnya biarpun tanam sayuran tak ikut peraturan org pertanian..hehe..

    ReplyDelete