VIP Dedaun Alam

Friday, January 18, 2013

Kebun Kecil Pagar - Cili Solok Siam



Ada kisah mengapa saya menanam cili solok ini. Kisahnya begini, sebelum ni isteri saya buat nasi kerabu dan solok lada antara pelengkapnya. Saya dan isteri jelajah di serata kedai/pasar untuk beli cili solok tapi tiada dalam pasaran. Yang dijual kebanyakan cili besar yang tak sesuai untuk dijadikan solok lada. Akhirnya, nasi kerabu dihidang tanpa kehadiran solok lada. Kecewa betul.... Akhirnya, setelah mendapat tahu biji benih cili solok dijual oleh en. Iskandar(tanamsendiri.com), saya terus pesan. Biji benih disemai, anak-anak pokok cili solok membesar biarpun pembesarannya agak perlahan. Hasilnya sekarang, pokok cili solok dah pun berbuah. Puashati tapi lada solok belum jadi realiti sebab buahnya belum banyak. Pokok cili solok yang baru belajar berbuah ada dua pokok dan yang lain masih kecil, baru nak bercabang dan berbunga.

18 comments:

  1. betul la...kat sini pun susah cari cili solok tu...saya pun penggemar solok lada....

    ReplyDelete
  2. Salam En. Adry... sungguh suka tengok cili tu... menjadi sungguh yaa..akak nampak tembikai kat belakang tu...lain2 tanaman tu juga..sungguh mengujakan

    ReplyDelete
  3. Salam.

    Nampak cili solok je dah terbayang betapa sedapnya solok lada. Solok yg siap dibeli agak manis sikit, jd kalau nak sedap kena buat sendiri baru ngam!Dah banyak biji yg matang bolehlah masak solok ya!

    ReplyDelete
  4. Assalam. Kelihatan subur pokok cili solok tu. Sebenarnya saya belum pernah makan cili solok dan tak pasti bagaimana rupanya. Apa Adry buat supaya daun cili tak kerinting dan tak ada perosak yang "putih-putih" dan nampak macam berhabuk putih juga tu?

    ReplyDelete
  5. Makchaq suka jugak buat rencah kari... Pernah ada sepokoK masa duduk rumah lama semai dari sebiji cili, tapi tumbuh hanya sepokok.. bila pindah terpaksa la ditinggalkan....

    ReplyDelete
  6. salam che adry..
    dah dpt bayangkan bagaimana sedapnya nasi kerabu dan solok tuh nanti..sy boleh buat cuma takder right cili lah jgk..cili besar kat sini seme kecik2 jer...jeleh ngan che adry ..buat cicah budu pun sedap tu.

    ReplyDelete
  7. salam en adry...no wonder sy yg baru bertatih dalam berkebun ni tak menjadi pokoknya..lambat tu selama mana en adry tanam pokok cili ni...sy dikemaman ni kalau lada2 memang mahal..lagi kan pulak lada solok..yg susah nak ada dipasar

    ReplyDelete
  8. @Kniedaz
    Cili solok kalau di utara ni pyh nk jumpa. Rasanya mmg org tak jual cili solok ni. Di Kelantan sng nk beli sbb ramai org jual.

    ReplyDelete
  9. @suka suka
    As salam kak mar,
    alhamdulillah...cili yg saya tnm ni agak menjadi. Tembikai kuning tu saya tnm sbg percubaan. Bkn bubuh baja mcm org tnm tembikai secara besar-besaran tu pun.

    ReplyDelete
  10. @Ummu Madihah
    As salam mak aji,
    Solok lada kalau yg kita buat snediri lagi sedap. Nk beli pn bkn senang sbb tak ada org buat dan jual solok lada. Yg ada org jual sekali dgn nasi kerabu kat pasar malam.

    Cili solok yg dlm foto ni blm jadi solok sbb jumlahnya tak byk. Masuk dlm gulai je.

    ReplyDelete
  11. @Temuk
    As salam cikgu,
    Lada solok ni dalam kategori makanan tradisional Kelantan dan ia juga didapati di Terengganu. Solok lada menggunakan cili solok spt dlm foto yg dibelah dan disumbat dgn kelapa parut, isi ikan serta beberapa bahan lain. Kemudian dimasak bersama santan.

    Penyakit kerinting daun adalah antara nacaman utama bagi tanaman cili. Ia tak blh dirawat dan dicegah dgn mudah krn petani menganggap ia spt barah kpd pkk cili.

    Perosak yg putih2 tu bena putih dan koya. Setakat ni utk semua serangan serangga perosak saya gunakan smeburan organik saja. Tiada penggunaan racun.

    ReplyDelete
  12. @mak chaq
    Cili solok ni juga sedap dimasukkan dlm masakan gulai/kari sbb ia tak pedas sgt. blh dimakan begitu saja.

    ReplyDelete
  13. @ummuaidan
    Nasi kerabu sempurna dgn adanya solok lada. Cili solok mmg pyh nk dpt kat tmpt lain, di Kelate je sng nk beli sbb permintaan tinggi utk cili solok ni, Nk jenis mana, semua ada..

    Cili besar yg byk dijual skrg byk yg jenis pjg dan kurus, tak sesuai nk buat solok lada. Cilik solok ni buh dlm budu mmg sedap sbb kita mkn sekali dgn cili tu..

    ReplyDelete
  14. @nadia rashid
    As salam Nadia,
    Semua jenis cili ni pembesarannya agak lambat. Selepas disemai dan bercambah, ia perlu berada dibawah teduhan kira sebulan lebih(40 hari). Lps tu baru blh dipindahkan ke tmpt panas. Pkk cili ni kita mgg kena sabar byk2 sbb ia membesar dgn perlahan semasa kecil. Dua bulan selepas dipindahkan, pkk cili mula membesar. Masuk bln ketiga, ia membesar dgn cepat dn berbuah setelah umurnya tiga bln lbh atau 4 bln.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam...benih cili solok ade x?..sy nk beli kalau ada..ini no whatsapp sy 0187616617..

      Delete
    2. As salam, biji benih cili blh beli secara online di website tanamsendiri.com.

      Delete
  15. In this photo are Solok Chillies.

    ReplyDelete