VIP Dedaun Alam

Tuesday, April 17, 2012

Taman Tugu Keris


Taman Tugu Keris dibina untuk memperingati Mahsuri yang dijatuhi hukuman bunuh di lokasi ini pada tahun 1235H bersamaan 1819 Masihi. Mahsuri dikatakan diikat pada sebatang pokok dan dihukum bunuh walaupun beliau mengatakan tidak bersalah. Rayuan yang dibuat oleh kedua orang tua Mahsuri juga tidak diiendahkan. Hukuman tetap dilaksanakan tanpa belas simpati. Diceritakan, senjata yang digunakan semasa hukuman dijalankan tidak dapat menembusi tubuh Mahsuri walaupun ditikam berkali-kali. Oleh kerana Patih Kerma Wijaya bersungguh-sungguh untuk laksanakan hukuman tersebut, Mahsuri menyuruh orang mengambil senjata dirumah iaitu sundang milik keluarganya. Dengan senjata tersebut, hukuman dilakukan. Dan sebelum kematiannya, Mahsuri telah bersumpah bahawa Pulau Langkawi tidak akan aman selama tujuh keturunan kerana ketidakadilan ke atas dirinya.

Taman ini terletak di pekan Padang Mat Sirat, iaitu di sebelah kanan sebelum lampu isyarat dalam pekan jika memandu dari arah Lapangan Terbang atau jika memandu dari arah Ulu Melaka, ia terletak di sebelah kiri jalan betl-betul di simpang tiga lampu isyarat tersebut.

Nota : Sehingga kini, terdapat hanya sebuah sahaja lampu isyarat dalam pekan Padang Mat Sirat. Agak mudah untuk jumpa taman ini.

3 comments:

  1. sedih kan kisah ni, betapa kejamnya si patih tu...

    kalau ke sini, harus singgah ke tempat2 bersejarah cenggini :)

    ReplyDelete
  2. Semasa saya berdiri di tempat tsbt, terasa sedikit sayu bila mengingati bagaimana seorg wanita yg sdg hamil dihukum dgn tanpa belas kasihan. Apa yg saya tahu, Mahsuri diikat pada pkk asam jawa tp bkn yg dlm foto tu kot. Tmpt yg mcm2 ni mmg takde dlm kalendar pelancongan Langkawi. Saya cuba promosi tmpt2 yg krg dikenali dan org akan terlepas pandangan. Jika pelancong dtg dgn group/rombongan, semua tlh diatur. Dan hnya tmpt2 sama yg akan dilawati mengikut jadual.

    ReplyDelete
  3. lagendanya......
    kini sumpah dah berakhir, betul kah....

    ReplyDelete