VIP Dedaun Alam

Wednesday, April 25, 2012

Wodyetia Bifurcata @ Pinang Ekor Musang

Wodyetia Bifurcata atau Pinang Ekor Musang adalah palma yang paling mendapat tempat untuk ditanam sebagai pokok hiasan. Paling mudah dilihat ditanam di jalanraya atau lebuhraya sebagai pokok teduhan. Saiz pokok yang tidak terlalu besar, bersifat lasak, mudah dijaga dan cantik merupakan faktor ia menjadi pilihan.


Wodyetia bifurcata atau dikenali dengan nama Foxtail Palm (Pinang Ekor Musang) adalah tumbuhan jenis palma yang cantik dengan daun sehingga 10 pelepah pada satu-satu pokok. Daun-daun yang keluar dari semua arah pada pelepah mewujudkan penampilan seperti ekor musang. Pokok palma ini berbatang kecil di bahagian pangkal dan sedikit besar pada bahagian tengah tengah batang. Ketinggian pinang ekor musang adalah sekitar 10 meter. Bunga pinang ekor musang keluar secara berjambak sepertimana kebanyakan sesis palma lain. Buah berbentuk bujur berwarna hijau ketika muda dan bertukar oren kemerahan setelah masak. Pokok ini membiak melalui biji benih. 

Palma ini hanya ditemui pada tahun 1978 setelah diperkenalkan oleh kaum peribumi di Australia kepada ahli botani. Wodyetia bifurcata dinamakan sempena nama orang asli yang bernama Wodyeti. Pada tahun 1984, petani Australia menemui palma ini. 

Wodyetia bifurcata atau Foxtail Palm ini merupakan tumbuhan asli Australia dan tumbuh di puncak bukit yang berkerikil di Cape Melville, utara Queensland. Sehingga kini, Kerajaan Queensland masih menyenaraikan palma ini dalam spesies terancam, walaupun ia telah disebarkan ke serata dunia sebagai pokok hiasan. Sebelum tahun 1995, biji benih palma ini diseludup keluar secara haram dari Australia kepada penanam di Florida serta bahagian-bahagian lain di dunia.Selepas 1995, benih dan pokok telah dibenarkan untuk dieksport.

5 comments:

  1. Kaler buah yg msk sm ngan buah Pinang org mkn sirih, adakah buah Pinang ni boleh berfungsi sm ngan Pinang org mkn sirih tu? :)

    ReplyDelete
  2. Kaler buah pinang ekor musang masak hampir sama dgn pinang biasa tp ia lbh gelap sedikit. Saiz buah pn lbh krg sama. Saya krg pasti ia blh dimkn atau tidak krn ada spesis palma dlm famili pinang ni buahnya gatal.

    ReplyDelete
  3. suka tengok daunnya yang merimbun tu, baru tahu nama sebenar pokok ni, terima kasih Adry ;-)

    ReplyDelete
  4. Daun pkk pinang ekor musang ni mmg cantik. Nmpk mcm ekor musang. Ada juga org panggil pkk ni pinang ekor tupai.

    ReplyDelete
  5. berapa harga pokok ni kat kedai?

    ReplyDelete