Thursday, April 19, 2012

Dypsis Decaryi @ Triangle Palm

Dypsis decaryi atau triangle palm ditanam sebagai pokok hiasan taman tetapi ia kurang popular berbanding spesis palma lain.


Dypsis decaryi yang merupakan tumbuhan asli bahagian tenggara Madagascar adalah palma yang  menarik. Pelepahnya keluar dari batang dalam bentuk susunan segi tiga. Pelepah berukuran kira-kira 2.5 meter, daunnya berwarna kelabu kehijauan dan dalam bentuk pinat. 

Dypsis decaryi yang dipanggil Triangle Palm(Palma Segitiga) lebih sesuai ditanam di kawasan terbuka tanpa sebarang naungan. Walaupun spesis palma ini banyak ditanam di seluruh dunia sebagai pokok hiasan, di habitat asalnya terdapat kurang daripada 1,000 pokok yang tinggal. Di Madagascar, palma ini terancam oleh kebakaran dan penuaian benih untuk eksport. 

Dypsis decaryi boleh hidup dalam cuaca sejuk sehingga -2 °C. Ia sesuai ditanam di kawasan tropika, sub-tropika dan temperat.

6 comments:

norliha said...

sekali pandang mcm pokok kepada sawit...

Melati Qistyna's Mummy said...

Owh, sbb bentuk tmpt keluar pelepah tu segitiga, tu yg dpt Nama cenggitu....

Byk spesis tumbuhan yg ditanam disini yek, bkn satu spesis je....

zul permatang badak said...

macam pokok nyor......tapi pokok palma ni memang sesuai untuk kaw rekriasi......

Adry@Daun said...

@norliha
Bentuk pelepah dan warna pelepah berbeza dgn kelapa sawit tp bentuk mgkin sama sbb dlm keluarga yg sama.

Adry@Daun said...

Wanra dn bentuk pelepahnya lbh menyerupai tamar. Palma segitiga ni jrg org tnm.

Adry@Daun said...

@Melati Qistyna's Mummy
Bentuk pelepahnya segitiga...namanya pn dpt drp bentuk tsbt. /Dlm tmn ni ditanam dgn pelbagai spesis palma, pkk teduhan dan hiasan. Luas tmn ni 50 ekar. Kalo buat dusun tu...kayoo.