Wednesday, April 11, 2012

Dypsis Lutescens @ Pinang Kuning

Pokok pinang kuning adalah spesis palma hiasan yang telah lama di bawa masuk ke Malaysia untuk ditanam sebagai pokok hiasan.

Pokok palma dypsis lutescens yang lebih dikenali dengan nama pinang kuning di Malaysia merupakan tumbuhan asli daripada Madagscar. Ia tumbuh meliar di dalam hutan hujan terutama di pinggir sungai. Walaupun  telah tersebar di serata dunia tetapi di habitat asalnya, ia diancam kepupusan. Palma ini tumbuh secara rumpun sehingga lebih 12 batang pokok. Pokok palma jenis ini boleh membesar sehingga ketinggian 8 meter. Ia boleh dibiakkan melalui pecahan rumpun dan biji benih.

Dypsis lutescens mampu menyesuaikan diri dengan iklim yang berbeza. Ia lebih sesuai ditanam di tanah bersaliran baik, sinaran matahari penuh. Pokok palma ini juga boleh ditanam sebagai pokok pasuan. Ia tumbuh dengan baik di kawasan tropika, iklim sub-tropika temperat dan mampu bertahan dalam suhu - 3 ° C untuk jangka masa  pendek.

2 comments:

  1. Assalamualaikum ADRY
    Alahai, teringat pula saya akan puluhan batang pinang kuning (dari dua rumpun) yang telah saya pupuskan sebab tak tahan nak uruskan pelepah2 keringnya. Kesihan pula. Batang2nya tak keras, mudah sahaja dipotong dengan parang pendek.

    ReplyDelete
  2. Wa'alaikumusallam cikgu,
    Byk spesis palma yg cikgu tnm kat laman rumah nmpk gayanya. Palma kuning ni yg paling byk org tnm sbb ia mudah dijaga untuk hidup tp memerlukan penjagaan dari segi pemangkasan daun dan tunas pkk. Kalau jumlah pkk terlalu byk dlm satu rumpun mmg ia akan nampak semak. Anak kecil dari rumpun blh dibuang dan tinggalkan pkk yg besar dn tinggi dlm 5 hingga 10 btg shj. Mudah untuk kerja memangkas pelepah tua atau kering.

    ReplyDelete