VIP Dedaun Alam

Thursday, April 5, 2012

Song Of India

Song Of India ditanam sebagai pokok hiasan.

Dracaena reflexa atau dikenali dengan nama Pleomele atau Song of India merupakan spesies Dracaena yang berasal daripada Madagascar, Mauritius dan kepulauan berdekatan Lautan Hindi. Ia banyak ditanam sebagai pokok hiasan kerana kecantikan warna daun yang pelbagai dan mudah dijaga. Ia mampu mencapai ketinggian 4-5 meter dan menjangkau ketinggian 6 meter jika tumbuh ditempat yang sesuai dengannya. Pokok ini lebih mwnyukai tempat yang terdedah terus kepada cahaya matahari. Ia juga boleh hidup ditempat yang terlindung daripada sinaran matahari dan tanpa pendedahan cahaya matahari seperti dalam bangunan. Pokok ini boleh dibiakkan melalui keratan batang. 

Secara tradisional, Dracaena reflexa dikatakan mampu untuk merawat malaria, keracunan, disentri, cirit-birit, senggugut, dan berguna sebagai antipiretik dan ejen hemostatic. Daun dan kulit pokok ini dicampur dengan bahagian beberapa tumbuhan herba lain dan dijadikan teh. Namun begitu tiada sebarang kajian saintifik yang mengesahkan keberkesanannya dan hanya digunakan secara tradisi.

8 comments:

  1. comel pokok ni kat tepi tasek.....mano namo tempat ni,.......buleh dok pancing ikan sini......

    ReplyDelete
  2. Pokok ni meme molek kalu kita tane tepi tasik atau kole ike. Pokok ni ore tnm dale Tmn Lagenda, nok mengail ike tu buleh tapi berambat dgn ore hok jago taman ni la rasonyo..haha..

    ReplyDelete
  3. Cantiknya daun dia, rim bun plak tu... Agak2 senang x jaganya....

    ReplyDelete
  4. cantik... mcm mana nak dapat benih pokok ni

    ReplyDelete
  5. @Melati Qistyna's Mummy
    Pokok drp spesis dracaena mmg mudah dijaga. Ia juga tak perlu siraman kerap jika ditanam atas tnh.

    ReplyDelete
  6. @norliha
    Kat nursery ada jual pkk drp spesis dracaena ni.

    ReplyDelete
  7. cantiknya pokok ni.. mcm bamboo. hehe

    ReplyDelete
  8. Kalau jaga dgn elok, mmg akan jadi cantik pkk ni. Marniey tgk mcm pkk bamboo ye..hehe..

    ReplyDelete