VIP Dedaun Alam

Tuesday, December 6, 2011

Buah Delima

Buah delima yang mempunyai pelbagai kebaikan

Pada keduanya juga terdapat buah-buahan, serta pohon-pohon kurma dan delima
(surah Ar-Rahman : Ayat 68)

Di dalam al Quran, buah delima disebut sebanyak tiga kali dalam firmanNya. Ia juga dikenali sebagai buahan syurga. Delima berasal dari negara Iran, Aghanistan dan Hilmaya. Delima atau nama botaninya, Punica granatum adalah tumbuhan dalam famili Punicaceae. Pokok delima jenis renek dengan ketinggian sekitar 3 hingga 6 meter sahaja. Ia lebih sesuai ditanam dikawasan subtropika iaitu kawasan yang mengalami musim panas yang kering dan musim yang sejuk. Pokok delima boleh dibiakkan melalui biji benih dan keratan batang (kaedah tut). Buah delima berbentuk bebola dan terdapat kaliks kekal pada bahagian hujung buah. Semasa muda, buah delima berwarna hijau dan apabila masak berubah menjadi merah, merah jambu, kuning dan hijau kemerahan mengikut jenis. Isi buah delima dalam bentuk biji yang banyak secara individu dan diselaputi oleh isi lutsinar berwarna merah atau merah jambu yang manis.

Kulit buah delima mengandungi asid tannin yang amat berkesan untuk menghapuskan masalah cacing di kalangan kanak-kanak. Delima juga mengandungi zat besi, kalsium, fosforus, sodium, potasium, magnesium, vitamin A dan vitamin C. Ia berkesan untuk meredakan disenteri dan enteritis atau bengkak usus. Di negara Timur Tengah, air buah delima digunakan  untuk mengatasi masalah penafasan berbau. Buasir juga boleh dirawati menggunakan buah delima kerana astringen yang terdapat dalam airnya. Buah delima juga baik untuk ibu hamil.

Info akan disambung.....

12 comments:

  1. suka buah delima.....tapi tak selalu beli....
    kalau kat pasar malam ,kadang ada yg jual murah sikit......
    itulah sekarang popular jus delima........

    ReplyDelete
  2. Orang Tua cakap bagus utk Ibu ngandung..Wallahualam

    ReplyDelete
  3. ASsalam, akk pun suka buah delima, tapi jarang sangat beli heheh, masa mahalnya harga mencecah rm 5.00 sebiji, tapi la ni rm 1.00 je sebiji

    ReplyDelete
  4. ade pokok delima gk ke kt rmah 2?

    ReplyDelete
  5. Best nye sume pokok ada.... :)

    Mmg suka buah delima.... Sebiji mkn sensorg je, xnak kongsi...muahahaha

    ReplyDelete
  6. @zul permatang badak
    Saya pn suka mkn buah delima sbb ia sdp dn baik utk kesihatan. Cuma buah delima agak pyh sikit nk dpt sini. Hrga buah delima pn tak semahal dulu. Jus delima saya blm penah buat.

    ReplyDelete
  7. @ziana
    Buah delima baik ibu hamil dan anak dlm kandungan. Kata org2 tua, buah delima yg dimakan oleh ibu hamil tak blh dikongsi, kena habiskan sorang2.

    ReplyDelete
  8. @Embun Rosaliza
    murah tu kalau harganya singgit sebiji. Kat sini, RM2++ sebiji. Akak blh la beli dn mkn sbb stok byk kat sana.

    ReplyDelete
  9. @ezzyra
    Pokok delima abe tak tnm kat sini. Kalau tnm pn buah tak akan jadi elok mcm yg kita beli sbb cuaca krg sesuai dgn pokok.

    ReplyDelete
  10. @Melati Qistyna's Mummy
    Delima ni sata tak tnm sbb faktor cuaca yg kurang sesuai utk pkk delima. Kalau berbuah pn, ia tidak menjadi/sedap spt yg diimport. Mmg elok mkn buah delima sbb byk khasiat dan kebaikannya utk kita.

    ReplyDelete
  11. buah yang cantik.. berkilauan.. mcm permata cincin..

    ReplyDelete
  12. Buah delima cantik dan unik krn isinya lutsinar, rasanya manis dan sedikit kelat.

    ReplyDelete