VIP Dedaun Alam

Friday, April 29, 2011

Bunga Part XX

Atas permintaan en zul permatang badak(rakan maya satu aliran minat), bungaan dalam siri ke 20 ini adalah terdiri daripada bunga-bunga rumput atau rumpai yang tumbuh meliar. Beliau ingin lihat bunga yang terbiar diangkat ke mata dunia kerana kecantikan bungaan ini sering diabaikan. Bunga-bunga ini kebanyakan antara akan terlepas pandang dan pasti terpijak jika melalui kawasan yang ditumbuhi oleh pokok-pokok ini. Ada di antara pokok yang mengeluarkan bunga yang cantik ini bersaiz lebih rendah daripada rumput sambau. Kita hayati bersama keindahan bunga ciptaan Illahi.



Yang ini bunga widelia. Bentuknya seakan bunga matahari tetapi bunganya hanya sebesar lebih kurang 5mm sahaja.

Pokok widelia tumbuh secara menjalar di atas tanah dan sering dianggap menyusahkan oleh sesetengah orang kerana ia cepat membiak dan akan menguasai satu kawasan dalam tempoh yang singkat.

Ini bunga daripada pokok yang dahulunya dijadikan ubat untuk kembung perut bagi bayi. Pokoknya berbau agak busuk.

Ini bunganya dari dekat. Putih bersih dan dihiasi dengan bulu-bulu halus. Bunga ini bersaiz sebesar lidi.

\Yang ini tidak diketahui namanya. Banyak tumbuh meliar di kawasan rumah dan kebun. En zul mungkin tahu nama pokok ini.

Pokok ini tumbuh di celah-celah pokok rumput sambau. Kita mungkin terpijak tetapi lihatlah bunganya yang cantik dan memberi manfaat kepada semut kerana madunya.

Bunga sawi langit. Banyak tumbuh di kawasan terbuka.

7 comments:

  1. ada....kat dalam kebun...susah nak kawal rumput2 ni.....kecuali pelihara lembu.....pi tambat lembu kat situ........dgn bunga2 sekali lembu telan....he2....he....

    bunga2 ni anugerah alam....kalau tidak untuk burung....untuk semut..mmenghirup madunya......

    kita mungkin terlepas pandang tapi serangga2 kecil sentiasa nmengintai-ngintai.....bunga2 rumput ni........

    ReplyDelete
  2. try tngkap pokok2 bnga plak...klo tgk yg close up,x cam pkok..hehe

    ReplyDelete
  3. Pkk jenis rumput atau rumpai ni biarpn nmpk tak berguna pd kita tp ia penting utk melindungi tanah drp hakisan. Ia juga mempunyai kepentingan kpd haiwan dn serngga.

    ReplyDelete
  4. :ezzyra
    Bunga dr pkk bnga hiasan dh byk dlm ni. Lps ni nk post lbh byk lagi.

    ReplyDelete
  5. nama dia pelik2 . semua boleh buat ubat ?

    ReplyDelete
  6. Hehe..tak la pelik sgt nama pkk ni. Ada lg yg pelik dn unik namanya. Pkk widelia dn pkk sawi langit mmg blh buat ubat.

    ReplyDelete
  7. Bunga widelia boleh buat ubat sakit gigi. Ambil bunga dan picit pada bhgn yang sakit. Rasa mcm kena bius. Kesakitan akan hilang dengan izin Allah.

    ReplyDelete